Berita UtamaUtama

Memang wajar Nasharudin saman Rafizi: PAS

BANGI, 18 Rejab 1438H, Sabtu – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan Datuk Dr Nasharudin Mat Isa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli adalah langkah terbaik.

Ini kerana katanya, tindakan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, membuat tuduhan melulu sehingga mengaitkan PAS, boleh mengelirukan orang ramai.

Konflik antara tiga pihak itu tercetus apabila Rafizi menuduh pemimpin yang dekat dengan PAS menerima dana daripada syarikat kontroversi 1MDB, sebelum menamakan Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden PAS sebagai individu yang didakwanya itu.

Pendedahan itu bagaimanapun dinafikan Nasharudin, dan menyifatkan tuduhan Rafizi sebagai fitnah dan berniat jahat keatasnya.

Dalam masa sama Ahmad Yakob berkata, parti itu akan memutuskan hubungan kerjasamanya dengan PKR dalam muktamar PAS Pusat kali ke-63 pada hujung bulan ini dengan mengikut suara majoriti.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, penyokong dah ahli parti perlu bersabar menunggu muktamar yang bakal diadakan pada 29 April ini.

“Kita mahu setiap keputusan hubungan dengan PKR ditentukan suara ramai dalam muktamar,” katanya seperti dilapor Harakahdaily, hari ini.

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. As-sa-la-mu-‘a-lai-kum! Dua – dua ber-par-ti! Tak-kan syai-tan tak i-kut se-ka-li! Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum!

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close