Dimensi

VIDEO | “We can forgive but cannot forget”, Dewan Pemuda PAS beri amaran

https://youtu.be/KZ2mZT843Rk

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Selangor hari ini memberi amaran kepada mereka yang cuba mengganggu-gugat kehormatan umat Islam di Malaysia. Katanya lagi, sebarang kekeliruan yang timbul mengenai RUU355 terhadap orang bukan Islam bolehlah merujuk kepada pihak PAS yang telah membuat pembentangan di Parlimen.

Hari ini beberapa NGO juga turut serta dalam berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum bantahan terhadap kebiadapan akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur monyet bersongkok dan berserban yang disamakan dengan Speaker Parlimen dan Presiden PAS.

Demonstrasi dan penyerahan memorandum ini telah diadakan di pejabat urusan Nanyang Siang Pau, Petaling Jaya, Selangor.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close