Berita UtamaDuniaUtama

Letupan bom di gereja: Al-Sisi isytihar darurat tiga bulan

KAHERAH, 13 Rejab 1438H, Isnin– Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengisytiharkan darurat  tiga bulan susulan pengeboman dua gereja oleh militan Daesh yang mengorbankan puluhan nyawa, semalam.

Sisi berkata, perintah darurat itu perlu dibentang ke Parlimen dalam tempoh seminggu dan memberi amaran usaha memerangi pengganas akan mengambil masa yang lama.

Pengisytiharan itu dibuat dalam ucapannya di istana presiden selepas mesyuarat majlis pertahanan negara, malam tadi di Alexandria dan Tanta

Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan pembentukan Majlis Tertinggi bagi menghadapi keganasan dan ekstremisme di Mesir.

Serangan berlaku seminggu sebelum kunjungan Pope Francis, bertujuan menunjukkan sokongan kepada minoriti Kristian di negara itu.

Bom pertama meledak di gereja Mar Girgis dekat bandar Tanta di utara Kaherah, membunuh 27 orang,dan  mencederakan 78 yang lain.

Letupan kedua berlaku beberapa jam kemudian oleh pengebom bunuh diri di Iskandariah, yang menjadi tempat tinggal Pope Koptik. Insiden itu membunuh 17 orang termasuk tiga anggota polis dan mencederakan puluhan yang lain.

Pope Tawadros yang menghadiri perhimpunan mingguan di Katedral Saint Mark, masih berada dalam bangunan sewaktu letupan terjadi namun selamat. -Agensi

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close