Berita UtamaUtama

Tidak cadang naikkan umur bersara: Menteri

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Rejab 1438H, Ahad – Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan umur bersara wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Bagaimanapun, beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan terbuka menerima cadangan dan pandangan mengenai usia persaraan yang sesuai daripada ramai pihak.

“Ia perlu diperhalusi kerana melibatkan pelbagai agensi dan perubahan polisi secara menyeluruh.

“Kajian secara mendalam perlu dilakukan kerana peningkatan usia bersara wajib baru sahaja diimplementasikan kepada 60 tahun pada Julai 2013,” katanya.

Umur persaraan penjawat awam di negara ini dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001, 56 tahun kepada 58 tahun (tahun 2008) dan 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close