Berita UtamaUtama

Rafizi ramal harga RON95 naik 20 sen minggu depan

BANGI, 11 Rejab 1438H, Sabtu – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meramalkan harga minyak mingguan RON95 akan naik antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berikutan reaksi pasaran dunia kepada ketegangan geopolitik di Timur Tengah, termasuk serangan Amerika Syarikat ke atas Syria, semalam.

Beliau menyalahkan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengembalikan subsidi, apabila pentadbiran beliau melaksanakan semakan harga minyak mingguan, yang menjerumuskan rakyat kepada turun naik harga minyak yang tidak menentu setiap minggu.

Beliau turut mengemukakan carta harga minyak rujukan dunia iaitu Brent (dalam USD setong) yang dikeluarkan Bloomber.

Katanya, harga minyak mentah dunia melonjak dari USD53.12 setong pada permulaan minggu ini (3 April 2017) dan ditutup pada USD55.12 semalam (7 April 2017), iaitu peningkatan mendadak sebanyak 4 peratus dalam masa seminggu.

“Bergantung kepada tindak balas Russia (sekutu kuat rejim Assad) dan tentera rejim Assad, jika ketegangan geopolitik itu tidak reda, minggu depan boleh menyaksikan peningkatan mendadak harga minyak mentah.

“Jika harga minyak mentah naik pada kadar yang sama iaitu 4% seperti minggu ini, harga Brent boleh mencecah USD57.20 setong. Saya lebih bimbang jika ia naik lebih tinggi dari itu dan melonjakkan harga minyak mentah melepasi USD58 setong,” katanya.

Rafizi berkata, beliau akan menerbitkan ramalan mingguan apabila berlaku kenaikan atau penurunan harga mendadak di pasaran dunia atau faktor lain seperti perubahan nilai mata wang ringgit, yang membawa kesan besar kepada harga petrol dan diesel.

Untuk itu beliau menggunakan kaedah berikut:

i. Membina pengkalan data harga minyak mentah Brent, kadar pertukaran matawang, harga RON95 dan harga mengikut kiraan formula yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan;

ii. Menggunakan kaedah statistik mudah untuk menentukan perkaitan harga RON95 dengan harga minyak mentah Brent serta kadar pertukaran matawang; dan

iii. Menggunakan perkaitan itu untuk meramalkan harga RON95 bagi minggu seterusnya;

Dengan menggunakan data mingguan seperti (i) hingga (iii) bagi bulan Februari dan Mac; plot perkaitan harga RON95 dengan harga minyak mentah Brent adalah seperti berikut:

i. Memandangkan harga Brent sudah pun mencecah USD55.12 semalam, ada kemungkinan ia akan terus naik melepas paras USD56 apabila pasaran dibuka pada hari Isnin; dan

ii. Maka, harga RON95 minggu depan akan naik di antara 10 sen ke 20 sen seliter dari harga sekarang.

Papar selanjutnya

5 komen

  1. Permainan Rafizi, bagaimana kita harus mengikut setiap kehendak dan pembulian terhadap kerajaan. Kerajaan cuba beberapa kali memenuhi cadangan, memperkenalkan harga minyak yg berubah setiap bulan dan terbaru mengikut harga mingguan pula. Namun Rafizi cuba mencari jalan memberi perspektif buruk, walaupun sebelum ini kerajaan mengikut saranan si Rafizi. Ingatkah kita dgn teori Rafizi bahawa harga minyak turun akan menyebabkan harga barangan turun juga. Ini semua idea sampah si oppurtunis!

  2. Suka hati hang lah….. dulh hang gak yang melalak suruh harga minyak diapungkan….. Hallo bro…. nak subsidi aperkejadah… yang kenyang ialah orang yang asyik isi minyak sampai 5 liter sehari… berbanding rakyat biasa yang isi 5 liter seminggu…..

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close