Berita UtamaUtama

Tiada dalam sejarah bukan Islam dibicarakan di Mahkamah Syariah: Hadi Awang

KUALA LUMPUR, 9 Rejab 1438H, Khamis – Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi meminta Ahli Parlimen untuk memahami dan menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, ketika mencadangkan usul itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Tegas beliau, pindaan rang undang-undang itu langsung tidak ada kena-mengena dengan bukan Islam.

Ini kerana katanya, tidak ada sejarah 50 tahun pelaksanaan syariah di negara ini, pesalah bukan Islam ini dibicarakan di bawah mahkamah syariah

“Saya bukannya hendak wujudkan undang-undang baru tetapi untuk meminda berkaitan mahkamah syariah yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Belum ada bukan Islam yang terguna pakai dalam akta ini.

“Saya mohon Yang Berhormat bukan Islam, kerana tidak ada bukan Islam yang akan disabitkan,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu.

Hadi yang juga Presiden PAS berkata, beliau menolak dakwaan sesetangah pihak mengatakan hukuman yang dicadangkannya lebih menjurus kepada penyeksaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close