Berita Utama

Tiada kebaikan pada kemungkaran LGBT

KEMUNGKARAN hanya membawa kemusnahan

Apakah kita menyangka bahawa ada kebaikan pada kemungkaran?

Sedangkan setiap kali apabila Allah menyebut tentang kemungkaran, akan disebut juga tentang kemurkaannya, azabnya dan tuntutan untuk mencegah.

Segala jenis dan rupa bentuk kemungkaran dibenci TUAN PEMILIK ALAM.

Tiada yang baik pada perkara mungkar.

Akibat daripada kemungkaran adalah kemusnahan. Kemusnahan tidak kira di peringkat individu, institusi kekeluargaan, masyarakat, negara bahkan dunia keseluruhan.

Allah berfirman dalam Surah Ar Rum, ayat 41 :

“Telah nampak  kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Adakah kita tidak takut dengan ancaman Allah ini?

Dalam Al Quran, ada dosa-dosa yang disebut secara spesifik dan kemudiannya mengakibatkan azab Allah turun ke muka bumi.

Kaum Nabi Luth ditimpa gempa bumi, angin kencang dan hujan batu sehingga menghancurkan keseluruhan negeri mereka. Atas dosa apa? Dosa kerana menjadi penyokong dan pendokong LGBTQ.

Itu tidak temasuk 11 kisah lain dalam Al Quran yang menceritakan tentang kemusnahan kaum-kaum terdahulu, akibat tidak endah akan larangan kepada kemungkaran.

MUNGKAR TETAP MUNGKAR, WALAU DIBERI NAMA INDAH

Walau kita melabelkan kemungkaran dengan seindah nama sekalipun, ia tidak mengubah hakikat bahawa kemungkaran adalah perkara tercela.

Lihatlah taktik syaitan, serta taktik orang-orang yang mengikut jejak langkah syaitan:

“Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain kata-kata indah untuk menipu (manusia).” (Surah Al An’am, ayat 112).

Sebagai contoh, kalau dulu zina merupakan dosa terkeji. Kini zina dipromosi melalui filem bahkan dalam majalah yang boleh dibeli di kedai runcit.

Kalau dulu, orientasi seks songsang Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) dikecam teruk. Kini dianggap biasa, bahkan menggunakan simbol pelangi konon untuk menggambarkan kepelbagaian jenis manusia.

Adakah kita akan makan tahi, sekiranya ia diberi nama sushi? Tepuk dada tanya selera, tanya iman.

Sehinggakan ada yang sombong menimbulkan persoalan haiwan juga adalah gay, maka fitrah manusia pun gay juga. Jelaslah minda orang yang mungkar adalah minda orang yang tidak bertamadun.

Konon dengan sindiran itu, pelaku mungkar ingin mempertahankan kemungkaran itu menjadi kebaikan yang dihalalkan.

ORANG YANG MENYERU DAN MENGIKUT MUNGKAR ADALAH HIZBUSH-SHAITAN

Pihak yang menyeru ke arah kemungkaran adalah gerombolan syaitan (hizbush-shaiton).

Hizbush-shaiton akan mempertahankan kemungkaran, berjuang serta menjulang panji kemungkaran. Dan akan berdakyah habis-habisan untuk menegakkan kemungkaran.

Jangan lupa teknik-teknik syaitan menjauhkan kita dari Allah, dan mendekatkan kita dengan mungkar.

Ingat sahaja kisah ahli ibadah yang terjerumus masuk neraka, kerana mengikuti jejak syaitan.

Bila syaitan meniupkan was-was, manusia yang cenderung kepada mungkar akan turut was-was.

Bila syaitan membuatkan kita lupa, manusia yang cenderung kepada mungkar akan turut lupa untuk taat pada Allah dan Rasul.

Bila syaitan memberi angan-angan, manusia yang cenderung kepada mungkar akan menurutinya.

Siapa yang menularkan budaya mungkar itu, beliau akan mendapat saham-saham dosa dari pelaku-pelaku yang mengikuti budaya mungkar itu. Dosa digandakan ke atas mereka yang memulakan dan mengetuai dosa, dan berterusan sehingga ke hari kiamat menjadi maksiat jariah yang tidak berkesudahan.

CEGAH KEMUNGKARAN DAN JERNIHKAN HATI

Hanya makhluk manusia yang ingin menjalani kehidupan manusiawi yang dipandu wahyu ilahi yang mampu melihat dengan matahati.

Manusia yang waras menurut iman memandang jijik dan loya terhadap daging berulat dari gaya hidup songsang seperti LGBT.

Manakala manusia yang buta hatinya memandang daging busuk lagi berulat dengan perasaan teringin dan terliur bahkan lebih teruk dari itu dia memekik menyeru orang lain menikmati hidangan syaitan terkutuk .

Hakikatnya golongan ini ingin terkeluar dari radar kehidupan sebagai manusia yang punya hati nurani, sebagai makhluk mulia kepada alam haiwan atau lebih sesat dari haiwan.

Andai bulan dan bintang serta seisi cakerawala di angkasa sana tergelincir sedikit sahaja dari orbitnya pasti akan mengundang kehancuran dan kemusnahan alam yang hebat.

Fitrah manusia adalah berpasangan dengan yang berlainan jenis. LGBT  sangat menyimpang dari erti kemuliaan, keluhuran, kesucian, keikhlasan, kasih sayang dan rasa hormat dari sebuah ikatan suci hasil perkahwinan lelaki dan perempuan. Budaya LGBT sudah pasti mengundang kehancuran budi dan keluhuran jiwa.

Wahai makhluk bernama manusia insaflah sebelum terlambat. Sebelum air mata tidak berguna lagi. Ambillah ibrah dari kisah yang lampau. Ambillah pengajaran dari teguran ikhlas dari para penegak amar makruf nahi mungkar sebelum ianya terlambat.

Jagalah kehormatan warga insan kerana ia bukan haiwan.

Ya ALLAH sinarilah jalan hidup kami dan jangan diabaikan.

Ya ALLAH  jauhkanlah dari hidup kami fitnah LGBT serta segala jenis kemungkaran yang lain.

Ya ALLAH sucikanlah keturunan kami  dari dinodai.

Hanya kepada ENGKAU  kami sembah.

Hanye kepada ENGKAU  kami memohon pertolongan dan perlindungan.

Tuhan kami…. ampuni kami.

Gantikanlah kejahatan hamba  dengan  kebaikan dari sisi ENGKAU.

Oh TUHAN…. Ampun ya RAB.

Ustazah Rafiah Ramli
Aktivis Wanita Isma Kota Bahru

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),  sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana atau Ismaweb. 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close