Berita Utama

Penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon, dua disambung reman

Sumber foto: Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Dua bekas pegawai kanan FELDA yang ditahan berhubung siasatan kes salah guna kedudukan dalam FELDA bagi projek penternakan ikan Sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014 disambung reman selama tiga hari.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan lanjutan tempoh reman berkenaan yang bermula esok di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.

Mereka yang disambung reman ialah bekas Pengarah Besar Felda bergelar Datuk dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) FELDA.

Manakala tiga lagi individu yang sebelum ini ditahan dibebaskan hari ini.

Mereka yang dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu ialah bekas pegawai projek penternakan ikan terbabit; Head of London Properties FELDA dan Penolong Pegawai Tadbir FELDA.

Sebelum ini, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close