Berita UtamaKata PedangUtama

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Papar selanjutnya

3 komen

  1. Kita semua sudah tahu NGO-NGO dan parti-parti politik kafir harbi dan liberal dan hamba abdi mereka yang mendakwa diri mereka beragama Islam telah dan sedang menentang, menghina, memfitnah dan mempertikai ajaran agama Islam dan hukum Allah seperti Hudud, khutbah Jumaat dll, pakaian menutup aurat umat Islam, fatwa-fatwa dll dan menindas dan menafikan hak umat Islam seperti orang Melayu yang menjadi penduduk asal negara ini seperti merobohkankan berpuluh kampung Melayu @ umat Islam di sebuah yang dikuasai oleh rejim roket.

    Pemimpin-pemimpin NGO dan politik kafir harbi dan liberal berpura-pura tidak memusuhi agama Islam dan umat Islam dengan membuat penafian palsu ! Kita umat Islam sudah tahu dan memahami tipu muslihat yang diamalkan oleh musuh-musuh Islam untuk menipu umat Islam.

  2. Pantun khas untuk sifu roket dan pengikut-pengikut roketnya:

    Kayu jati dibuat kipas,
    Untuk mengipas diri sendiri,
    Jangan mudah menyalahkan PAS,
    Cermin muka sifu lihat sendiri.

    Kura-kura pergi ke Tioman,
    Niat hati menangkap belukang,
    Berpura-pura menjadi teman,
    Sifu menusuk dari belakang.

    Dahulu elok si gandaria,
    Indah bagaikan kain songket,
    Daripada kehilangan bahagia,
    Lebih baik kehilangan roket.

    Bagus hati bila tabah,
    ketika membaca surat biru,
    Jika dinasihati tak juga berubah,
    Baiknya PAS cari sahabat baru.

    KITA TIDAK AKAN MENGUNDI PARTI-PARTI KAFIR HARBI DAN LIBERAL DALAM PRU14 SEBAB MEREKA MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN MENINDAS UMAT ISLAM !

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close