Berita UtamaUtama

Hadi tolak pelawaan Kit Siang untuk bersatu semula

MARANG, 28 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – PAS konsisten mempertahankan pendiriannya untuk tidak mengadakan sebarang perbincangan atau kerjasama dengan seterunya, parti rasis dan cauvinis, DAP.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu telah dimuktamadkan ekoran DAP tidak menunjukkan sebarang bukti sokongannya terhadap perjuangan Islam yang menjadi teras utama PAS.

Malah katanya, sehingga ke hari ini DAP masih menentang Islam dan pembentukan kerajaan Islam yang dibawa oleh parti itu.

“DAP menunjukkan perangai sebenar kepada umat Islam di Pulau Pinang. Parti itu gagal untuk menjaga kepentingan rakyat di Pulau Pinang.

“Kita tidak hanya bercakap mengenai memenangi pilihan raya umu tetapi kita mahu membawa perubahan. Agenda kita (DAP-PAS) berbeza,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas huluran salam perdamaian Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini, yang menyatakan kesediannya untuk bekerjasam semula dengan Abdul Hadi sebagai usaha menyelamatkan Malaysia dan menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close