Berita Utama

AWAS, Kejara dilaksana April

BENTONG, 27 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dijangka akan dilaksanakan pada April tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelaksanaan sistem itu akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sekali gus membentuk sikap berhemah pemandu.

Katanya, tujuh kamera AWAS akan dipasang di kawasan berisiko tinggi di seluruh negara, termasuk tempat kemalangan maut membabitkan sebuah bas ekspres di Pagoh, baru-baru ini.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses menaik taraf sistem itu. Ia akan mula beroperasi dalam tempoh tiga bulan.

“Di bawah sistem itu, pemandu yang menyalahi undang-undang trafik akan dikenakan tindakan bermula dengan amaran, kemudian saman dikeluarkan bagi kesalahan yang berulang dan tindakan akhir menggantung lesen memandu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close