Berita Utama

Reman Timbalan Pengarah Urusan Iris Corp akan berakhir esok

BANGI, 25 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan melengkapkan siasatan ke atas dua tokoh korporat di sebuah syarikat berstatus MSC, ekoran tahanan reman terhadap suspek berakhir esok.

Timbalan Pengarah Urusan, Datuk Hamdan Mohd Hassan, 58, dan seorang pengurus jualan antarabangsa berusia 36 tahun, Iris Corporation Bhd telah ditahan reman sejak Jumaat lalu.

Kedua-dua tertuduh kini disiasat selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Hamdan didakwa terlibat rasuah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan meminta ‘sogokan’ antara 2013 dan 2015 berhubung projek e-pasport di Guinea.

Sebelum ini, Iris Corp mengumumkan penggantungan sementara jawatan Hamdan sehingga siasatan ke atasnya selesai.

SPRM menahan Hamdan di kediamannya di Tropicana Indah pada 29 Januari lalu, termasuk membekukan akaun bank beliau berjumlah kira-kira RM1 juta.

Pelbagai jenis mata wang asing dianggarkan berjumlah RM100,000 telah dirampas di kediaman Hamdan d Tropicana Indah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close