Berita Utama

PAS belum putuskan untuk jalin kerjasama dengan Bersatu: Hadi Awang

SHAH ALAM, 22 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – PAS belum memutuskan untuk menjalin kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sebarang pertemuan dan rundingan bersama PPBM setakat ini hanya berkisar kepada perkara biasa dan bukannya berkaitan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita terbuka untuk berbincang dengan parti-parti politik di negara ini (tetapi) jangan jadikan PAS sekadar anak tangga untuk mereka ‘naik’ saja (raih sokongan pada pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Muslimat Muda di sini, hari ini.

Abdul Hadi turut tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan parti pembangkang menentang Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

Beliau berkata keinginan pakatan DAP-PKR-PAN untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru dilihat sebagai tindakan terdesak mereka selepas PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

“Kalau PAN bertanding tempat PAS, mereka yang wujudkan tiga penjuru, bukan kita, kita ada di kawasan asal sejak tahun 1950an. Siapa yang menumpang, siapa yang baharu datang, itu kena sedarlah,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Tak payah la kawan Parti bunga tu. Dia sepakat belakang tabir lantik Dap jadi TPM dengan Menteri Kewangan. Rosak masa depan melayu Islam dinegara in. Tengok Selangor semakin membiak pusat judi, arak, pelacuran. Pas pun tak terdaya nak menghalang disebab non muslim Pkr dan Dap bersama. Manakala melayu Pkr bersikap macam lalang.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close