Berita Utama

Parlimen Turki sokong rang undang-undang perluas kuasa Presiden

ANKARA, 22 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Parlimen Turki hari ini menyokong rang undang-undang kontroversi berhubung perluasan kuasa Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Parlimen dalam sesi lewat malam, meluluskan tujuh bahagian akhir Perkara 18 Perlembagaan dan pengundian akhir parti kerajaan, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), yang menerima 399 undi terhadap rang undang-undang itu.

Parti itu memerlukan sekurang-kurangnya 330 undi atau lebih – majoriti tiga per lima – untuk menerima pakai perubahan Perlembagaan dan menghantar ke referendum untuk kelulusan akhir.

Kira-kira 142 undi menentang rang undang-undang berkenaan ketika bacaan kali kedua.

Perubahan yang diusulkan itu akan mewujudkan jawatan eksekutif presiden untuk pertama kalinya di Turki.

Presiden mempunyai kuasa untuk melantik dan memecat menteri, manakala jawatan Perdana Menteri akan dimansuhkan buat kali pertama dalam sejarah negara itu dan digantikan dengan Naib Presiden.

Jika ia diluluskan, pilihan raya Parlimen dan undi presiden akan diadakan dalam masa terdekat, yang dijangka pada 3 November 2019.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close