Berita Utama

PAS rayu Himpunan RUU355 dibenar di Dataran Merdeka

BANGI, 21 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – PAS kekal dengan pendirian untuk mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi Himpunan RUU355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekretariat Himpunan RUU355 akan membuat rayuan bagi meneruskan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.

“Sekretariat Himpunan RUU355 telah menerima surat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 13hb Januari 2017 yang menolak permohonan kami bagi mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

“Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak. Pihak kami akan membuat rayuan bagi meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz hari ini dengan tegas berkata, DBKL tidak akan membenarkan apa-apa perhimpunan di buat di Dataran Merdeka atau Padang Merbok.

“Tak boleh, saya dah beritahu beberapa kali, Dataran dengan Padang Merbok bukan untuk apa-apa perhimpunan. Semua perhimpunan (dibuat) dekat Stadium Titiwangsa. Itu (tak boleh buat di Dataran) tak perlu diberitahu lagi, semua orang dah tahu. Dah berapa kali saya beritahu, kecuali orang yang tak faham,” katanya.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, himpunan ini perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu perhimpunan sejarah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan berpaksi kepada sikap hormat menghormati antara kaum dan agama bagi mengamalkan tuntutan agama setiap penganutnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close