Berita Utama

Polis tahan lelaki hina Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 19 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun di ibu negara semalam, bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi Facebook.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.45 malam Selasa.

“Lelaki itu ditahan kerana membuat kenyataan menghina terhadap Sultan Johor di Facebook.

“Kita turut merampas telefon bimbit dan sekeping kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan jelik itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, polis akan memohon tahanan reman di mahkamah di sini, sebelum meneruskan siasatan terhadapnya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close