Berita Utama

MH370: Analisis serpihan masih diteruskan

BANGI, 19 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Analisis terhadap serpihan pesawat yang dijumpai dipercayai milik Malaysia Airlines MH370 akan tetap diteruskan meskipun pencariannya ditangguh.

Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Greg Hood berkata, analisis serpihan itu akan diteruskan dan dijangka berakhir pada Februari depan.

“Pencarian sebelum ini selesai. Kita telah mencari di 120,000 km persegi di Lautan Hindi, kawasan yang dua kali ganda daripada Tasmania dengan kedalaman antara 3,000 hingga 6,000 meter.

“Ia adalah carian yang terbesar dan paling mencabar dalam sejarah. Kami yakin bahawa pesawat berkenaan tidak berada dalam kawasan carian,” katanya dalam sidang akhbar di Melbourne, Australia, hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac 2014, ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close