Berita UtamaUtama

RUU 355: Kesan pindaan dalam menjaga maqasid al-syariah

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai RUU 355, perlu dilihat sama ada hukuman sedia ada dalam sistem jenayah syariah berkesan untuk dijadikan undang-undang itu sebagai altenatif dalam menjaga maqasid al-syariah.

Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, banyak pihak berpendapat hukuman ringan oleh Mahkamah Syariah ketika ini tidak dapat memberikan kesan pencegahan kepada perlakuan jenayah.

Katanya, ada juga pendapat menyatakan bahawa hukuman yang terhad ini dianggap merendahkan Islam, hukumannya terlalu ringan dan amat jauh daripada hukuman sebenar yang ditetapkan Islam.

Memberi contoh hukuman bagi kesalahan seperti zina dan minum arak, beliau yang menjadi ahli panel pada Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, semalam, berkata hukuman yang dikenakan sekarang ini hanyalah denda RM5,000 atau penjara tiga tahun dan enam kali sebatan.

Hukuman itu, katanya, jauh lebih ringan berbanding undang-undang Islam iaitu rejam hingga mati atau 100 kali sebatan bagi kesalahan zina dan 40 atau 80 sebatan bagi kesalahan meminum minuman keras.

Shamrahayu berkata, objektif hukuman Islam iaitu untuk pencegahan jenayah, tidak boleh dihargai jika kuasa menghukum yang diberikan kepada Mahkamah Syariah tidak memenuhi kualiti dan kuantiti yang diperlukan.

Beliau berkata, hukuman sebat mengikut undang-undang syariah dalam pandangan ulama tidak sekuat sebatan dalam peraturan konvensional atau undang-undang sivil.

“Sebatan syariah jauh lebih ringan kesannya yang mana sehingga kini kita boleh lihat prosedur sebatan ini dalam peruntukan undang-undang prosedur jenayah syariah. Sebagai contoh, kita lihat peruntukan Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Peruntukan sama dapat dilihat dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002.

“Seksyen 125 Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah menjelaskan peruntukan seksyen ini dan Seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat,” katanya.

Mengulas berhubung alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close