Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

30 terbunuh, lebih sejuta terjejas banjir di Thailand

BANGKOK, 13 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Banjir di Thailand diramal semakin buruk berikutan hujan lebat yang berterusan, terutama di beberapa wilayah di selatan negara itu.

Setakat ini, 30 orang dilaporkan terkorban dan lebih sejuta lagi penduduk terjejas akibat banjir.

Hujan lebat di wilayah Prachuab Kiri Khan di Selatan Thailand kelmarin menyebabkan Lebuhraya Phetkasem, laluan utama di selatan Thailand, terputus apabila salah satu daripada jambatan dihanyutkan oleh arus deras.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir kali ini disifatkan sebagai terburuk yang melanda rantau itu sejak hampir 50 tahun yang mengorbankan 30 nyawa setakat ini.

“Kira-kira 1.1 juta penduduk daripada 369,680 keluarga di 12 wilayah di selatan Thai terjejas akibat banjir,” kata ketua jabatan Chatchai Promlet dalam kemas kini harian mengenai bencana itu

12 wilayah di selatan Thailand yang terjejas akibat banjir adalah Pattalung, Narathiwat, Songkhla, Pattani, Trang, Yala, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Chumpon, Ranong, Prachuab Kiri Khan dan Krabi. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close