Berita Utama

Mahkamah lanjut reman KSU, anak

PUTRAJAYA, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Tempoh reman Ketua Setiausaha sebuah kementerian dan anak lelakinya berusia 34 tahun dilanjutkan empat hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di sini, hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kedua-dua suspek terbabit.

Seorang lagi anak lelaki suspek berusia 29 tahun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Suspek bergelar ‘Datuk’ yang berkhidmat di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu tiba bersama dua anaknya di perkarangan Mahkamah Majistret di sini, pada jam 9.55 pagi ini.

Suspek dan anak lelakinya itu ditahan pada 4 Januari lalu di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya, dipercayai terlibat dalam menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan pihak tertentu.

Lebih RM3 juta, pelbagai mata wang asing dan jongkong emas dirampas oleh SPRM, hasil daripada pemeriksaan selama 12 jam di rumah suspek.

Turut dirampas ialah 150 barangan terdiri daripada tas tangan pelbagai jenama seperti Prada, Louis Vuitton dan Chanel selain jam tangan berjenama Swarovski.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close