Berita UtamaDunia

Virus cacar monyet merebak di Eropah, WHO adakan mesyuarat tergempar

Pakar jangka wabak tidak akan seteruk COVID-19

GENEVA, 20 Syawal 1443H, Sabtu – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersedia mengadakan mesyuarat tergempar mengenai wabak virus Monkey Pox (cacar monyet), yang kini sudah merebak di benua Eropah.

Pihak berkuasa kesihatan beberapa negara sedang bekerjasama dengan WHO untuk memberikan maklumat mengenai cara virus yang jarang berlaku itu merebak di negara yang berbeza, selepas tidak dapat mencari kaitan antara kes awal.

Jerman menyifatkannya sebagai wabak terbesar di Eropah, kes kini disahkan di sekurang-kurangnya lima negara, termasuk United Kingdom, Sepanyol Portugal, Jerman, dan Itali, serta AS, Kanada, dan Australia.

“Dengan beberapa kes yang disahkan di United Kingdom, Sepanyol dan Portugal, ini adalah wabak cacar monyet terbesar dan paling meluas yang pernah berlaku di Eropah,” kata perkhidmatan perubatan angkatan tentera Jerman.

Dengan pandemik COVID-19 yang masih berlarutan, ketakutan kesihatan baharu dalam bentuk jangkitan virus cacar monyet meletakkan pihak berkuasa kesihatan dalam keadaan berjaga-jaga.

Sementara itu, pakar kesihatan berkata, wabak itu tidak mungkin berubah menjadi pandemik.

“Bagaimanapun, sangat tidak mungkin wabak ini akan berpanjangan. Kes-kes itu boleh diasingkan dengan baik melalui pengesanan kenalan dan terdapat juga ubat-ubatan dan vaksin berkesan yang boleh digunakan jika perlu,” kata Fabian Leendertz, dari Institut Robert Koch.

Jangkitan virus, yang lebih biasa di Afrika barat dan tengah, pertama kali dikenal pasti pada monyet. Memandangkan ia jarang merebak di luar Afrika.

Siri kes di Eropah ini, yang melebihi seratus, telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pihak berkuasa kesihatan.

Cacar monyet adalah serupa dengan cacar dan simptomnya termasuk demam, sakit kepala, bengkak nodus limfa dan ruam. 

Menurut data WHO, vaksin yang digunakan untuk membasmi cacar adalah sehingga 85 peratus berkesan terhadap cacar monyet.

Kes pertama cacar monyet di Eropah telah disahkan di UK awal bulan ini.

Penyakit virus yang jarang ditemui pertama kali dilaporkan di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970-an. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button