Berita UtamaUtama

Penjawat awam tak perlu main golf di luar negara: SPRM


KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Penjawat awam peringkat pengurusan tertinggi di seluruh negara dinasihatkan supaya berhenti bermain golf di luar negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, mereka tidak perlu ke luar negara untuk bermain sukan itu kerana tindakan itu akan cenderung kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, katanya, penjawat awam tiada keperluan untuk bermain di luar negara kerana mereka bukannya pemain professional.

“Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam supaya menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.

“Di Malaysia ada begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya.

“Lebih baik bagi mereka memakmurkan saja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini,” katanya dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia.

Beliau berkata, meskipun kadangkala individu terbabit menunjukkan perjalanan mereka dibiayai hasil pendapatan sendiri, namun sebaik saja tiba di sana, mereka akan disambut golongan tertentu.

“SPRM melakukan pemantauan dan memperoleh maklumat mengenai pergerakan dan aktiviti yang dilakukan segolongan penjawat awam.

“Perbelanjaan itu termasuk untuk membeli-belah sewaktu berada di luar negara,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close