Berita Utama

Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri petang ini

Perak, Terengganu, Pahang dan Sarawak dijangka berdepan cuaca buruk

BANGI, 16 Zulhijjah 1444H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan, kejadian itu dijangka berlaku di Perak iaitu Batang Padang.

Amaran itu juga membabitkan kawasan di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu dan Rembau, seluruh Melaka dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

“Di Sarawak membabitkan kawasan Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau),” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button