Berita UtamaDunia

Barat didakwa sengaja biar Afghanistan tanpa sebarang bantuan

Keadaan semakin kritikal dana AS$8 bilion masih tidak mencukupi

KABUL, 20 Rejab 1443H, Selasa – Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa, David Miliband mendakwa, Barat sengaja membiarkan rakyat Afghanistan menjalani kehidupan dalam kelaparan sehingga berlaku krisis kemanusian.

Miliband yang melobi dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Bank Dunia untuk bantuan kemanusiaan serta pembinaan semula ekonomi Afghanistan menegaskan, negara ini tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

“Krisis di Afghanistan sangat kritikal sehinggakan PBB memohon dana sebanyak AS$8 bilion bagi tahun ini dan berkemungkinan dana ini akan meningkat kepada jumlah besar menjelang tahun depan,” katanya.

Menurut beliau, apa yang dilakukan Barat terhadap Afghanistan bukan sahaja memburukkan kerajaan Taliban sebaliknya menjejaskan keadaan rakyat dan disifatkan terlalu kejam.

Malah, keadaan semakin kritikal apabila kebanyakan penjawat awam Afghanistan kini tidak dibayar gaji termasuk guru-guru serta petugas hospital sejak April tahun lalu.

Beliau menambah, sekatan AS telah menjejaskan kemelut perdagangan di Afghanistan dan masalah itu berterusan sehingga kini.

“Disebabkan tiada negara untuk menyokong sistem perbankan negara ini dan keadaan ini mewujudkan krisis kecairan,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak menganggap bantuan kemanusiaan sebagai penyelesaian kepada krisis sebaliknya menegaskan infrastruktur ekonomi perlu diperkukuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button