Pendapat

Projek penyesatan wanita Muslimah oleh Projek Dialog

PROJEK Dialog melancarkan beberapa siri kuiz pada 20 Disember lepas, kononnya untuk menjelaskan kepada wanita Muslimah tentang hak-hak mereka, dan juga untuk memperkasakan mereka.

Siri kuiz tersebut dipanggil “Hidayah Muslimah”, yang kononnya bertujuan memberi petunjuk kepada wanita Muslimah kerana Projek Dialog merasakan bahawa kebanyakan wanita Muslimah tidak mengetahui hak-hak mereka yang digariskan oleh Islam. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang dirasakan oleh Marina Mahathir, Penasihat Projek Dialog.

Terdapat 12 siri kuiz, yang akan dijalankan dalam tempoh 12 minggu. Bermula dengan minggu ini kuiz bertajuk “Srikandi Islam Yang Manakah Anda?”

Apa yang menjengkelkan adalah, soalan-soalan yang dikemukakan bersifat ala-ala kuiz personaliti, dan akhirnya merujuk penjawab kuiz kepada seorang tokoh yang kononnya menyamai personaliti dirinya.

Bayangkan, dengan soalan-soalan yang gampang, seperti :

“Masa kecil-kecil dulu anda suka…”
“Anda boleh lakukan apa saja, maka anda akan menjadi?”
“Anda bersama sekumpulan manusia terkandas di sebuah pulau. Anda akan?”

Dan juga dengan jawapan diberikan berbentuk objektif yang sekadar merujuk akhlak umum dan bukan akhlak Islamiyyah yang syumul.

Akhirnya penjawab kuiz akan dirujuk, kononnya personaliti diri mereka menyamai tokoh srikandi Islam bahkan seperti ummahatul mukminin Khadijah r.a. dan Aisyah r.a, serta sahabiyyah Rasulallah seperti Nusaibah r.a. Ini adalah satu bentuk penghinaan kepada srikandi-srikandi Islam.

Kuiz ini juga langsung tidak mempunyai bukti akademik dan intelektual bahawa sekiranya seseorang bersifat sekian-sekian, maka akan menyerupai tokoh srikandi sekian-sekian.

Adakah Projek Dialog akan turut menjelaskan sisi-sisi srikandi Islam ini yang berbentuk ketaatan pada suruhan Allah yang tidak digemari para liberal? Contohnya, adakah Projek Dialog akan mengemukakan hadith yang diriwayatkan sahabiyyah seperti :

Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ

“Wanita mana saja yang meninggal dunia lantas suaminya redha padanya, maka ia akan masuk surga.” (HR. Tirmidzi no. 1161 dan Ibnu Majah no. 1854)

Atau Projek Dialog akan sekadar petik hujah untuk menyokong agenda liberal dan feminisme mereka?

Soalan-soalan kuiz Projek Dialog, sengaja dijuruskan untuk memberi idea kepada para wanita bahawa, atas nama agama, wanita Muslimah boleh bebas dan tidak perlu terkongkong dengan mana-mana institusi, sama ada institusi kekeluargaan mahupun institusi keagamaan.

Wanita Muslimah yang tersohor dalam sejarah Islam, sama ada sejak zaman Rasulallah s.a.w ke zaman Salafussoleh sehingga kini, sepatutnya diangkat dengan kualiti-kualiti berdasarkan ketauhidan mereka kepada Allah.

Sheikh Mohammad Akram Nadwi telah menghasilkan karya yang sangat baik iaitu Al-Muhaddithat mengenai para sarjana wanita dalam Islam. Karya beliau telah mengangkat kedudukan wanita berdasarkan ajaran Islam sebenar.

Bahkan Sheikh Mohammad Akram Nadwi dengan jelas ingin menangkis tuduhan palsu aktivis feminisme yang suka mempersoalkan “kalau lelaki boleh, kenapa perempuan tidak?” dan mengemukakan hujah kerangka syariat Islam yang sebenar dan sejarah wanita sepanjang kegemilangan Islam.

Setelah menyedari kebanyakan wanita Muslimah di Malaysia tidak menyambut agenda feminisme, kini mereka menyembunyikan agenda feminisme mereka dengan menggunakan terma-terma lebih Islami, contohnya “srikandi Islam”.

Marina Mahathir yang dikenali sebagai tokoh Sisters In Islam, kini mencuba nasib menyebar dakyah feminisme menggunakan wadah Projek Dialog.

Wanita Muslimah di Malaysia tidak perlu terlibat dan menghabiskan masa menjawab kuiz Projek Dialog ini. Ia merupakan suatu penghinaan kepada tokoh-tokoh Islam, terutamanya dari generasi sahabiyyah Rasulallah.

Kuiz ini lebih elok digelar At-Tadhlil Muslimah (penyesatan Muslimah), berbanding Hidayah Muslimah.

Nurhidayah Ismail
Aktivis Wanita Isma

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

Papar selanjutnya

5 komen

  1. Nampaknya cubaan Projek Dialog untuk berinteraksi dengan menghasilkan program yang mengajak semua pihak untuk melontar buah fikiran secara kritis adalah sangat menjadi, kerana Wanita ISMA terus bersuara. Alhamdulillah; ini satu permulaan yang baik. Mungkin Wanita ISMA boleh cuba bentuk kuiz ini untuk memperkasakan agenda mereka pula.
    Satu pengamatan: hadis ‘taat suami’ digunakan oleh Wanita ISMA sebagai contoh untuk memburukkan usaha Projek Dialog; kenapa agaknya ya? Sungguh lucu.

  2. Hai saudari Nurhidayah,

    Terima kasih untuk artikel ini. Saya selaku wakil Projek Dialog ingin menjawab beberapa kenyataan yang telah dibuat di atas.

    1) Projek Dialog tidak rasa bahawa paparan srikandi-srikandi Islam itu menjengkelkan kerana kita melihat mereka sebagai manusia yang mempunyai ciri-ciri manusia yang bagus dan relevan. Tujuan kita bukan untuk merampas kehormatan mereka tetapi untuk membina jambatan dan menunjukkan bahawa setiap wanita pun boleh menjadi sarjana tersohor dan sebagainya. Ini adalah untuk mewujudkan rasa hormat dan kagum dengan ikon-ikon wanita Islam. Tiada salahnya nak menyanjungi ciri-ciri baik seorang tokoh. Penghinaan itu wujud apabila tokoh-tokoh ini diangkat lebih tinggi dari manusia.

    2) “Soalan-soalan kuiz Projek Dialog, sengaja dijuruskan untuk memberi idea kepada para wanita bahawa, atas nama agama, wanita Muslimah boleh bebas dan tidak perlu terkongkong dengan mana-mana institusi, sama ada institusi kekeluargaan mahupun institusi keagamaan.

    Wanita Muslimah yang tersohor dalam sejarah Islam, sama ada sejak zaman Rasulallah s.a.w ke zaman Salafussoleh sehingga kini, sepatutnya diangkat dengan kualiti-kualiti berdasarkan ketauhidan mereka kepada Allah.

    Sheikh Mohammad Akram Nadwi telah menghasilkan karya yang sangat baik iaitu Al-Muhaddithat mengenai para sarjana wanita dalam Islam. Karya beliau telah mengangkat kedudukan wanita berdasarkan ajaran Islam sebenar.”

    Untuk menjawab tiga perenggan ini, semua kuiz kita ada rujukan akademik, rujukan Quran dan Hadith, dan juga rujukan kepada buku Sheikh Mohammad Akram Nadwi. Kebanyakan ciri-ciri srikandi Islam dipetik dari buku Sheikh Mohammad Akram Nadwi. Kuiz ini bukan untuk menyuruh wanita untuk meninggalkan suami ke meninggalkan agama ke.. Kuiz ini bertujuan memberitahu mereka segala hak-hak mereka yang boleh dicari dalam Quran dan Hadith. Projek Dialog bersetuju dengan ISMA bahawa Islam telah mengangkat kedudukan wanita dan kita ingin membantu ISMA untuk menyampaikan mesej itu kepada yang Muslim dan bukan Muslim, supaya semua akan memahami bahawa Islam telah menjaga hak dan kedudukan wanita dengan baik. Ini akan diperkenalkan dalam kuiz-kuiz yang lain yang mengemukakan kesalahan penderaan wanita yang disampaikan dalam ajaran Islam, dan juga memberi Hadith tentang layanan wanita yang betul.

    3) “Ia merupakan suatu penghinaan kepada tokoh-tokoh Islam, terutamanya dari generasi sahabiyyah Rasulallah.” Seperti yang telah dijelaskan tadi, Projek Dialog tidak merasai bahawa tujuan kuiz ini adalah untuk menghina tokoh-tokoh Islam, malah untuk berasa kagum dengan mereka.

    4) “Kuiz ini lebih elok digelar At-Tadhlil Muslimah (penyesatan Muslimah), berbanding Hidayah Muslimah.” Projek Dialog ingin menjemput pihak ISMA Wanita untuk cuba kuiz dulu 🙂

    http://www.projekdialog.com/quiz/

  3. Delusional lah wanita isma ni. Asal orang liberal bg pandangan pasal islam mesti dikatanya menghina islam etc. Baru buat kuiz kot? Insecure teruk akak ni

  4. Projek Dialog – yang dimaksudkan oleh Norhidayah ialah anda selektif dalam memilih kriteria pengukuran sifat Aisyah atau Khadijah sedangkan sifat isteri-isteri Nabi SAW adalah mengajak kepada kepatuhan syariat Islam seperti menutup aurat, tatatertib perkahwinan, taat kepada suami dll yang tidak bersifat kesetaraan gender. Walaupun anda merujuk karya ulama dalam sifat-sifat tokoh, namun kompilasi soalan anda hanya ke arah bertujuan menguatkan anggapan bahawa Islam menyokong kesetaraan gender. Projek Dialog dan Sister in Islam mempunyai sejarah memanipulasikan kenyataan ulama – rujuk video anda bersama Suri Kempe yang silap mentafsir surah Mujadalah, dan SIS memetik Syeikh Albani secara batil dalam pertikaian aurat, kerana itu quiz ini hanyalah bersalut Islam bagi perjuangan feminisme.

    Saya percaya Puan Hidayah telahpun mengambil kuiz tersebut, kerana itu beliau mengulas.

  5. I kinda agree with hidayah.

    It IS kuiz penyesatan muslimah

    Like for example.

    Soalan: dah tahu tentang tanggungjawab dlm rumahtangga? Jom test? Suami ada hak tak atas harta isteri?

    So APPARENTLY the ONLY CORRECT ANSWER is:

    Mana boleh!!??!?? Yada yada… shared account pun okay. Yada yada

    Is that your idea of empowering muslimah? Of letting them know hak hak diorang dalam hadis dan qur an?

    Sedangkan alam rumahtangga bagi seorang muslimah adalah mengenai peribadinya, pematuhannya pada syariat, ibadahnya, skills yg dibawanya ke alam rumahtangga, tuntutan agama terhadapnya sebagai isteri…

    And you make it about duitnya???? (Kena ada pendapatan sekurang2 nya utk survive) dan nafsu seksnya???

    Betul la ckp pn hidayah. Mmg low iq punya quiz

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close