PendapatUtama

Kumpulan liberal sanggup bersikap biadap kerana kebebasan bersuara

14671160_10209957991320456_2713643971928135541_n

Pada 4 Oktober 2016 yang lalu, sebuah mahkamah di Singapura telah menjatuhkan hukuman penjara enam minggu ke atas seorang penulis blog, Amos Yee kerana disabit kesalahan “melukakan sensitiviti agama” atau “wounding religious feelings”.

Walaupun berusia 17 tahun, Yee kini berdepan dengan hukuman penjara buat kali kedua dalam tempoh satu tahun dan ini menunjukkan kepada kita bahawa dia telah bertindak dengan penuh angkuh, jahil dan bersifat memberontak.

Disebabkan kes inilah Amnesty International mengatakan bahawa hukuman terhadap Amos Yee tersebut menandakan “hari yang kelam bagi kebebasan bersuara” atau “a dark day for freedom of expression”.

Tanpa mengakui bahawa tindakan Amos Yee dilakukan tanpa rasa hormat dan sensitif terhadap perihal bangsa dan agama, gerakan antarabangsa tersebut juga menyatakan bahawa “Amos Yee bukanlah seorang penjenayah. Dia tidak sepatutnya didakwa, apatah lagi disabitkan kesalahan. Dia dihukum hanya kerana menggunakan haknya untuk bebas bersuara”.

Reaksi ini tidaklah berbeza dengan apa yang berlaku di Negara kita, terutamanya dalam kalangan kumpulan liberal.

Seorang kolumnis The Malay Mail Online turut mendakwa bahawa “Being insensitive isn’t a crime” dan ada di antara kolumnis portal liberal menuduh bahawa pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang bertindak secara “police bullying” dan seperti samseng atau “thugs”.

Terkini, Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih 2.0 dilaporkan membuat kenyataan bahawa:

“It is not about keeping silent. People do all sorts of things, but it is not harmful. It does not bring physical violence to anybody. For me it is not about remaining silent, it is about allowing the space for people to express their anger. That is more important rather than criminalising it” (Malaysia Kini, 19 Oktober 2016)

Kenyataan Maria ini menjawab persoalan yang dilontarkan mengenai sikap berdiam diri atau tidak peduli terhadap tindakan melampau dan biadap penyokong Bersih 4.0 yang membuat kubur tiruan dan melakukan ritual pengebumian tradisional kaum Cina untuk Perdana Menteri Najib dan isterinya.

Selain dari itu, Maria serta kumpulan dan pelopor liberal juga tidak pernah menyatakan kecaman terhadap sikap penyokong Bersih 4.0 yang memijak gambar PM Najib dan Tuan Guru Abdul Hadi yang kedua-duanya melambangkan kesatuan Melayu Muslim di Negara ini.

Bagi Maria dan kumpulan liberal ini, selagi ia tidak menyebabkan kecederaan fizikal maka sesiapa sahaja boleh bertindak menghina, bersikap biadap dan kurang ajar terhadap sesiapa sahaja sebagai ruang untuk melepaskan kemarahan dan rasa tidak puas hati.

Berdasarkan premis berbahaya dan angkuh inilah umat Islam diuji pada bulan lalu dengan insiden melibatkan Twitter yang menghina almarhum Tuan Guru Haron Din oleh Sidek Kamiso dan Ahli Parlimen Bukit Jelutong DAP Jeff Ooi.

Baru-baru ini, Siti Kassim juga berbuat perkara yang sama iaitu menunjukkan jari tengah kepada panelis forum RUU355 dihadapan hadirin di tempat umum dengan penuh emosi dan rasa tidak hormat. Tidak hairanlah Mariam Mokhtar dari Sisters in Islam turut bersungguh-sungguh mempertahankan jari tengah Siti Kassim kononnya:

“Siti’s middle finger is not just about the freedom to express a view that opposes the establishment. It is also about woman against man and common sense against the thinking of the brainwashed. It is about more than rude gestures and decorum. Siti reacted in the only way that the hecklers would understand. She fought fire with fire” (Free Malaysia Today, Opinion, 16 October 2016)

Undang-undang negara kita dengan jelas memperuntukkan seperti berikut:

Seksyen 509 memperuntukkan kesalahan bagi seseorang yang melalui perkataan atau perbuatan bermaksud untuk mengaibkan kehormatan seseorang seperti yang dilakukan oleh Siti Kassim.

Seksyen 298A pula memperuntukkan kesalahan bagi mengucapkan kata-kata atau perbuatan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atas dasar agama seperti yang dilakukan oleh Sidek Kamiso, Jeff Ooi dan juga Nawamee.

Sudah tentu kumpulan liberal ini mencadangkan agar peruntukan tersebut dimansuhkan namun umat Islam harus sedar akan implikasi serta normalisasi yang akan berlaku sekiranya tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap mereka yang biadap dengan kata-kata mahupun tindakan, apatah lagi sekiranya penghinaan tersebut dibuat atas dasar bangsa dan agama.

Islam mengajar umatnya untuk mempamerkan akhlak yang baik tercetus dari hati yang sentiasa mengamalkan dan menjiwai nilai-nilai murni, bersopan santun dan menghormati orang lain.

Pernah suatu ketika sahabat ditegur oleh Rasulullah S.A.W. kerana Abu Dzar memanggil Bilal dengan ungkapan “Hai anak budak hitam!” Lalu Rasulullah S.A.W. pun bersabda “Sungguh, pada dirimu terdapat sisa-sisa jahiliyah”.

Kerana itulah Allah mengutuskan Nabi Muhammad yang mana disebut oleh Aishah R.A. bahawa akhlak Rasulullah itu adalah al-Quran.

Sudah tentu, ruang atau hak untuk melepaskan kemarahan bahkan menghina dengan kata-kata mahupun perbuatan, dalam apa situasi sekalipun, tidak ada di dalam al-Quran dan tidak dianjurkan oleh Islam.

Sekiranya individu serta kumpulan liberal seperti ini yang kita mahu sanjungi dan pertahankan, fikir-fikirkanlah kembali. Sesungguhnya, sabar itu indah dan ia separuh daripada iman.

Jari tengah atau kata-kata menghina tetap dikira penghinaan. Usahlah ditegakkan benang yang basah.

Oleh: Danial Ariff bin Shaari

Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. 1.Maria Chin Abdullah dan yg sekapal dgnya berfikir dgn kepala lutut dan bukanya dgn kepala otak. sebab tu pemikiran mereka pelik bin jelik. dia ni mualaf atau munafik ?
    2. Dari sudut pandang yg lain mungkin ini balasan Allah terhadap umat Islam yg suka bertelagah sesama sendiri hingga menjadi lemah dan dihina oleh orng lain, siapa tahu ?

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close