Berita UtamaPendapatUtama

Perangi feminisme: Baharuddin Abdullah

feminismeAPA ITU FEMINISME

Feminisme adalah satu idea yang berpendapat bahawa kononnya golongan wanita adalah golongan yang ditindas oleh kaum lelaki, maka golongan feminis mahukan wanita diperkasakan.

Idea ini dibawa oleh golongan Kiri (sosialis/Komunis). Secara umumnya wanita yang merupakan feminis adalah lesbian, mereka sering mempersendakan agama, dan mereka juga biasanya golongan Athiest, berfahaman Sosialis. Mereka mendakwa agama adalah menindas dan tidak adil pada wanita.

KENAPA FEMINISME HARUS DITENTANG

Feminis mahukan pemerkasaan wanita (women empowerment). Dengan itu wanita tidak digalakkan berkahwin kerana ia akan dikhuatiri menyebabkan wanita bergantung pada lelaki dan dikongkong. Feminisme adalah perosak sesebuah institusi kekeluargaan dan menyumbang kepada gejala lesbian serta Atheisme (ketidakpercayaan pada kewujudan Allah). Golongan feminis juga suka melecehkan ahli agama.

APA YANG HARUS KITA LAKUKAN

Sama seperti Sosialisme, Komunisme, dan Liberalisme, Feminisme semakin menular dalam masyarakat kita terutama di universiti-universiti awam (IPTA). Terdapat banyak NGO dan NGI di Malaysia yang membawa ajaran feminisme ini antarannya adalah All Women’s Action Society (AWAM) dan Sisters in Islam (SIS). Sesuatu harus dilakukan terhadap gerakan NGO-NGO seperti ini.

Dengan ini saya meminta badan-badan seperti JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, dan Kementerian Pengajian Tinggi memainkan peranan dan bertindak memerangi feminisme.

Saya minta supaya NGO-NGO feminis ini diharamkan dan kalau boleh dikeluarkan fatwa haram kepada umat Islam yang terlibat dalam menyebarkan gerakan ini.

Baharuddin bin Abdullah

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana. Ia juga tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Satu komen

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close