Pendapat

Komplot Lee Kuan Yew dan Israel didedahkan

LeeKuanYew

Perhubungan Rahsia

Malam Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan rahsia antara Israel dan Singapura. Lee Kuan Yew mendedahkan dalam bukunya, “Dari Negara Dunia Ketiga kepada Negara Dunia Pertama: Kisah Singapura 1965-2000,” yang diterbitkan pada tahun 2000, rahsia yang telah disimpan selama hampir 40 tahun: iaitu Angkatan Pertahanan Israel yang menubuhkan tentera Singapura. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, seorang kolonel, yang kemudiannya dinaikkan pangkat ke brigadier jeneral. Selepas meninggalkan tentera, beliau menjadi perunding kepada tentera Singapura. Beliau meninggal dunia 15 tahun lalu. “Untuk menyembunyikan kehadiran mereka, kita memanggil mereka`Mexicans’.”kata Lee.

Tentera Singapura hari ini dianggap yang paling kuat dan paling maju di Asia Tenggara. Hubungan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan meliputi hubungan kerjasama dalam bidang industri ketenteraan.Tentera Singapura merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Singapura sedang bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf F-5 pesawat pejuang Tentera Udara Turki. Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal Gil, yang dihasilkan oleh Raphael (Lembaga Kemajuan Persenjataan Israel), telah dibangunkan dengan kerjasama antara kedua-dua negara.

Singapura Dikelilingi Negara Muslim

Lee Kuan Yew merahsiakan hal ini kepada ramai. Beliau juga berkata “kita perlu memastikan bahawa ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Melayu Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura,”Singapura yang mempunyai keluasan kira-kira 670 kilometer persegi, kebanyakannya penduduk Cina, hidup di antara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Mereka takut kepada serangan Malaysia kerana merupakan sebahagian daripada negara itu. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun itu, kerajaan British memutuskan untuk menarik diri dari jajahannya dan memutuskan untuk memisahkan Singapura daripada Malaysia dan mewujudkan ia sebagai sebuah negara yang baru dan berasingan.

Singapura diisytiharkan merdeka pada 9 Ogos 1965. Pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga daripada tenteranya bukanlah penduduk Singapura, dan pemimpin negara mereka sendiri tidak yakin dengan kekuatan tentera mereka. Menteri Pertahanan, Goh menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand, dan meminta bantuan.

Kidron tiba di Singapura dalam masa beberapa hari, bersama-sama dengan Hezi Carmel daripada Mossad. “Goh memberitahu kita bahawa hanya Israel boleh membantu mereka membina tentera yang dinamik,” Carmel berkata. Mereke berdua kemudian bertemu dengan Lee, namun Lee memberitahu Keng Swee untuk menagguhkan permintaan beliau sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir memberikan jawapan untuk membantu mereka dalam membina angkatan tentera . ”

Ia tidak jelas sama ada Lee sebenarnya percaya India dan Mesir mampu untuk membina tentera Singapura atau semata-mata untuk menjaga air muka mereka. Selepas beberapa minggu menunggu, India dan Mesir mengucapkan tahniah kepada Singapura tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk terus berhubung dengan Israel.

Pada masa yang sama, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Yitzhak Rabin, Mejar Jeneral Rehavam Ze’evi, diputuskan untuk membina tentera Singapura. Ze’evi (digelar “Gandhi”) telah melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi berkata beliau mahu mewujudkan tentera yang ideal bagi Singapura,”

Ze’evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai ketua kumpulan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, juga dibawa masuk ke dalam pasukan. Beberapa ahli kumpulan ditugaskan untuk mengkaji dan menulis tentang pembinaan pangkalan tentera manakala Golan mengkaji tentang penubuhan infantri. Pada mulanya mereka menghasilkan “Brown Book,” yang menceritakan tentang doktrin pertempuran, diikuti oleh “Blue Book,” menerangkan tentang ciptaan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura untuk penelitian. Pada Oktober 1965, delegasi tentera dari Singapura tiba di Israel.

Diterjemah oleh: Syazana Aqilah

Sumber: CS.UWEC.EDU

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close