Berita UtamaDunia

29 kakitangan PBB terkorban dalam peperangan di Gaza

Sebahagian mangsa adalah guru bertugas di UNRWA

GAZA, 8 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Sekurang-kurangnya 29 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi mangsa dalam serangan rejim tentera negara haram dalam peperangan yang berterusan di Gaza.

Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam kenyataan mengesahkan jumlah berkenaan merangkumi semua kes sejak 7 Oktober lalu.

“Kini disahkan bahawa 29 rakan sekerja kami di Gaza telah terbunuh sejak 7 Oktober.

“Separuh daripada rakan sekerja ini adalah guru UNRWA, kami masih terkejut dan dalam keadaan berkabung.

“Kami masih bersedih antara satu sama lain dengan ahli keluarga yang lain,” katanya dalam kenyataan berhubung jumlah keseluruhan kakitangan yang menjadi korban sepanjang serangan berlaku.

Sebelum ini, ribuan penduduk Gaza mencari perlindungan di kemudahan UNRWA.

Agensi itu berkata, seramai 12 penduduk yang berteduh di sekolah kendalian UNRWA turut terkorban dalam serangan udara rejim Zionis dan hampir 180 cedera di sekolah agensi PBB.

Dalam perkembangan lain, Ketua UNRWA, Philippe Lazzarin memberi amaran bekalan bahan api di Gaza kini hanya mampu bertahan sehingga tiga hari sahaja.

Katanya, tanpa bekalan api mereka tidak boleh menerima bekalan air dan hospital-hospital juga tidak boleh beroperasi termasuk kedai-kedai roti di seluruh wilayah itu.

Katanya, enam trak berjaya mengumpul bahan api dari terminal di persimpangan Rafah, tetapi tidak dapat memenuhi keperluan harian 2.4 juta penduduk Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button