Berita UtamaPendapatSuara UmatUtama

Semua jenis hiburan melanggar syarak wajib disekat termasuk K-Pop, drama Melayu

kpop
SURAT PEMBACA. Apalah yang nak dipertahankan sangat kerosakan yang dibawa masuk melalui hiburan melampau oleh artis-artis tempatan mahupun antarabangsa, terutamanya K-Pop.

Sudah jelas hukum berhibur menurut Islam, iaitu mestilah tidak melanggar hukum syarak, tiada percampuran lelaki dan perempuan dan tidak melalaikan daripada perkara wajib seperti solat.

Masyarakat Malaysia sudah pun tahu kesan dan akibat apabila terlalu berhibur secara melampau. Kes bunuh diri kerana putus cinta, zina, buang anak dan sebagainya menjadi berita saban hari.

BANTAH TPPA DI WWW.JANGANJUALNEGARA.COM

Apabila berlaku kejadian gadis dipeluk oleh artis Korea pada Januari lalu, semua orang marah.

Peliknya, ada yang memberi pandangan mengapa perlu berat sebelah, drama dan filem tempatan pun apa kurangnya.

Ustazah Suriani Sudi, Timbalan Ketua Wanita Isma
Ustazah Suriani Sudi, Timbalan Ketua Wanita Isma

Saya petik semula kenyataan Timbalan Ketua Wanita Isma Ustazah Suriani Sudi yang disiarkan Ismaweb pada 14 Januari lalu. (Rujuk di sini)

Beliau mahu hiburan-hiburan yang melampau perlu disekat sama ada dari dalam negara mahupun dibawa masuk dari luar negara menerusi media atau konsert yang dianjurkan.

“Selama ini, filem dan drama tempatan yang ada pun banyak menayangkan aksi terlampau oleh pelakon penggiat-penggiat seni.

“Dengan pakaian yang tidak senonoh, berpelukan dan sebagainya. Tidak ada bezanya dengan K-Pop. Semua yang melanggar syarak wajib disekat,” katanya mengulas kejadian memalukan apabila beberapa orang gadis Islam dipeluk oleh artis lelaki K-Pop di atas pentas dalam sebuah konsert pada Januari lalu.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ustazah Suriani.

Jangan pula ada yang melatah dengan berkata, nanti apa pula pekerjaan artis-artis ini jika semua mahu disekat?

Macamlah tak ada pintu rezeki lain yang halal. Bukankah bumi Allah itu luas?

Jangan pula disalah faham, Islam tidak menghalang hiburan, tetapi biarlah ia menepati panduan syarak. Drama, filem, nyanyian, nasyid dan segala jenis yang berkait hiburan tidak perlu disekat semuanya, tapis dan buanglah adegan yang tidak bermoral dan mengundang bala itu.

Seruan saya, marilah sama-sama kita mendidik anak bangsa agar kembali kepada Islam, berjuang untuk Islam, hidup cara Islam, berhibur mengikut garis panduan Islam, agar perjuangan Islam terus dimartabatkan di bumi bertuah ini.

Abu Nizar
Pembaca Ismaweb

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana mahupun Ismaweb.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close