Berita UtamaDunia

Christchurch: New Zealand rancang perkukuh perundangan ucapan kebencian

Kesalahan jenayah baharu akan lebih jelas, berkesan

WELLINGTON, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – New Zealand merancang untuk memperkukuhkan undang-undang ucapan kebencian serta meningkatkan hukuman kerana menghasut kebencian dan diskriminasi.

Tindakan itu sebagai respons kepada serangan oleh pengganas kulit putih di Christchurch dua tahun lalu yang membunuh 51 penduduk muslim.

Langkah itu diputuskan selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai serangan di Christchurch pada 15 Mac 2019 mengesyorkan, perubahan kepada ucapan kebencian dan undang-undang jenayah benci – dianggap sebagai pencegahan yang lemah bagi individu yang menyasarkan agama dan kumpulan minoriti lain dengan kebencian.

Suruhanjaya memaklumkan, undang-undang kebencian New Zealand telah menghasilkan hanya satu pendakwaan dan dua tuntutan sivil setakat ini.

“Melindungi hak kami untuk kebebasan bersuara sambil mengimbangi hak itu dengan perlindungan terhadap ‘ucapan kebencian’ adalah sesuatu yang memerlukan pertimbangan yang teliti dan pelbagai input,” kata Menteri Kehakiman, Kris Faafoi pada sidang media.

Kerajaan mengusulkan kesalahan jenayah baharu kerana ucapan kebencian yang dikatakan akan lebih jelas dan berkesan.

Di bawah usul itu, seseorang yang ‘dengan sengaja membangkitkan, mempertahankan atau menormalkan kebencian’ akan melanggar undang-undang jika mereka melakukannya dengan cara mengancam, kasar atau menghina, termasuk dengan menghasut keganasan, kata kerajaan.

Hukuman untuk kesalahan tersebut akan dinaikkan maksimum tiga tahun penjara atau denda hingga NZ$50,000 (RM147,134.22).

Pada masa ini hukumannya hingga NZ$7,000 (RN20,598.38) atau tiga bulan penjara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button