Berita UtamaPendapatUtama

Taman Medan: Tanda salib Evangelis dan gereja, pengalaman Singapura dan China

Oleh Helen Ang
Terjemahan oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

Adakah lot kedai di Taman Medan Petaling Jaya mempunyai permit yang sah untuk beroperasi sebagai sebuah gereja? (Jawabnya tidak, kata Pegawai Perhubungan Awam MBPJ).

Adakah organisasi yang menamakannya sebagai ‘gereja’ telah berdaftar sebagai pertubuhan keagamaan dan bukannya syarikat RM2?

HA satu

ha dua

Evangelista amok di media sosial

Penduduk Melayu yang memprotes salib itu telah dicerca dengan panggilan ekstremis, taasub agama dan pembenci agama lain.

Orang Kristian sepatutnya bertindak sebaiknya berdasarkan kesangsian dan syak wasangka yang mereka lakukan terhadap orang Islam, Hindu dan Buddha di Malaysia.

Bukan hanya di Malaysia golongan Evangelis telah membuat masalah, ia juga berlaku di China.

Baca berita terkini dari China.

ha tiga

China bertindak keras ke atas Evangelis Kristian

Pada pertengahan bulan ini, tanda salib telah diturunkan di sekurang-kurangnya tiga tempat ibadat di Cixi (Selatan Shanghai), Ningbo dan Lishui mengikut laporan The Gospel Herald pada Jumaat lalu.

Gambar-gambar boleh dilihat di The Telegraph.

Pada 16 April, Christian Today pula melaporkan kira-kira 400 gereja di wilayah Zhejiang telah dirobohkan atau dirosakkan pada tahun lalu oleh pihak berautoriti.

The New York Times pula melaporkan pada 24 Mac bahawa seorang paderi di Zhejiang telah dikenakan hukuman penjara setahun atau jenayah ‘mengumpul orang ramai untuk mengganggu ketenteraman awam’ sebagai respon kepada kempen kerajaan China untuk membuang tanda salib.

Golongan Evangelis telah menggelar kerajaan China sebagai ‘jahat’ dan ‘anti-Kristian’.

Bagaimanapun, label ‘rasis’ tidak boleh digunakan terhadap kerajaan China yang bertindak keras ke atas Cina Kristian.

Di negara yang didominasi bangsa Cina yang lain, iaitu Singapura, tindakan tegas juga telah diambil terhadap ‘rakyat punca masalah’, golongan Evangelis.

Kerajaan Cina di China dan Singapura tahu bagaimana untuk tegas kepada orang Evangelis, sebaliknya kerajaan Melayu dilihat mengamalkan sikap ‘tidak apa’.

 

Evangelis berdakwah kepada muslim di Singapura

Kerajaan Singapura lebih berhati-hati terhadap tindakan ‘agresif dan tidak sensitif Evangelis’ yang dibawa oleh kumpulan gereja di negara-negara umat Islam.

Dipetik daripada Kertas Putih untuk Menjaga Keharmonian Agama yang disiarkan pada 1989, seperti berikut:

“Dalam tempoh lima tahun, kerajaan (Singapura) telah menerima sejumlah aduan berkenaan usaha Evangelis yang agresif dan tidak sensitif, yang diamalkan oleh gereja dan pertubuhan Protestant. Sesetengah kumpulan agama telah bertindak ‘menyerang’ kumpulan agama lain.

“Pelajar universiti telah diganggu oleh pelajar Kristian yang keterlaluan. Di hospital, sebahagian doktor dan pelajar perubatan telah berusaha menukar agama pesakit kritikal ke dalam agama Kristian semasa pesakit itu hendak mati di katil mereka.

“Pada Ogos 1986, pentadbir dan penganut Hindu di sebuah kuil telah menemui poster seminar kristian yang ditampal di pintu masuk kuil mereka. Orang Hindu itu membantah apabila pendakwah Kristian mengedarkan pamplet kepada penganut Hindu yang sedang melangkah masuk ke kuil di Serangoon Road.

“Sesetengah orang Islam pula menerima beberapa petikan ayat provokasi daripada buku yang tidak diketahui. Dengan merasakan agama mereka terancam, orang Islam mula bertindak membalas tindakan Kristian. Ceramah-ceramah dan khutbah-khutbah di masjid dan perhimpunan orang Islam mengangkat seruan yang mengingatkan ancaman Kristian Evangelis.

“Pada 1986, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) memanggil pemimpin 11 organisasi Kristian yang telah berdakwah kepada orang Islam, lalu menasihati mereka untuk menghentikan aktiviti yang boleh menimbulkan silap faham dan konflik. Sebahagian mereka mengabaikan nasihat ini.”

Sumber: https://www.singaporeunited.sg/CEP/Lists/NewsRoom/DispForm.aspx?ID=96&ContentTypeId=0x01002CDD51959E531143A170A7401EE1CA7E

http://www.malaysiakini.com/news/269156
http://www.malaysiakini.com/news/269156

Mengajak orang sakit tenat masuk Kristian di katil mereka

Ketahuilah bahawa ayah Lee Kuan Yew telah ditukar agamanya semasa berada di katil sebelum meninggal dunia. Berikut adalah kisahnya:

Transkrip temubual wartawan Seth Mydans dari New York Times & International Herald Tribune bersama Lee Kuan Yew pada 1 September 2010.

Lee: Adik bongsu saya telah mengkristiankan ayah saya. Dia tidak berhak berbuat begitu. Dia adalah seorang doktor, dan pada minggu terakhir sebelum ayah meninggal dunia, dia bawa ayah saya ke rumahnya dan sudah tentu dia boleh menjaga ayah saya dengan baik kerana dia seorang doktor. Saya tidak tahu adakah ayah sedar semasa dia menukar agama kepada agama Kristian.

Wartawan: Tukar agama ayah?

Lee: Ya.

Wartawan: Ia berlaku di penghujung cerita.

Lee: Ya, tapi saya tak tahu sama ada ayah saya setuju atau tidak. Ketika itu, dia mesti membuat keputusan yang rasional. Adik saya mendakwa ayah telah bersetuju lalu dia pun bertukar agama.”

Sumber: http://www.pmo.gov.sg/mediacentre/transcript-minister-mentor-lee-kuan-yew%E2%80%99s-interview-seth-mydans-new-york-times-iht-1

Ketahuilah juga bahawa Evangelis DAP Tony Pua dan Ong Kian Ming adalah produk sekolah Kristian di Singapura.

ha lima

Di Singapura, Evangelis yang mengganggu orang akan dipenjara

Pada awalnya, orang Islam Singapura merasakan bahawa agama mereka sedang diancam.

Mereka pun menjalankan kempen mereka menentang ‘bahaya yang dimulakan oleh Kristian Evangelis’.

Orang Islam Singapura yang terancam oleh tindakan keterlaluan Evangelis Kristian telah membuat laporan polis sehingga menyebabkan pendakwah Kristian yang berbahaya itu telah ditangkap dan dipenjarakan.

Pihak berkuasa Singapura telah menunjukkan satu tindakan tegas dan pendekatan yang padu apabila berhadapan dengan golongan Evangelis.

Pada Jun 2009, Mahkamah Singapura telah mendapati Ong Kian Cheong dan isterinya Dorothy Chan Hien Leng (dalam gambar di bawah) bersalah kerana mengedarkan bahan Kristian bertajuk ‘Siapa Allah’ kepada penerima beragama Islam.

Ong dan Chan telah dihukum penjara lapan minggu dan juga telah dipecat daripada kerja mereka.

http://www.yawningbread.org/arch_2009/pic-1060d.jpg
http://www.yawningbread.org/arch_2009/pic-1060d.jpg

Seorang lagi dipenjara kerana umpan orang Islam masuk Kristian

Pada Ogos 2010, Singapura sekali lagi memenjarakan Andrew Kiong Kheng Kiat selama dua minggu kerana mencederakan perasaan jirannya yang beragama Islam. Kiong telah meninggalkan beberapa keping kad yang mengandungi ayat-ayat yang bercanggah dengan Islam di cermin pemandu kereta-kereta yang dimiliki oleh orang Islam di kawasan blok kondominiumnya.

“Di Singapura, Kristian bukanlah agama asal, sebapuh daripada penganutnya sekarang tidak dilahirkan dalam agama Kristian,” menurut sebuat artikel bertajuk ‘Religion: The Big Switch’ yang disiarkan di akhbar harian The Straits Times.

(Nota: Hannah Yeoh tidak dilahirkan dalam agama Kristian, dia masuk Kristian ketika berumur 19 tahun).

Hannah Yeoh = DAP SuperCyber Bully
Hannah Yeoh = DAP SuperCyber Bully

Evangelista memang sah kaki buli

Gereja mega di Singapura seperti City Harvest yang dikenali sebagai alat pemasaran dan promosi budaya untuk menarik orang muda, adalah faktor berkembangnya Kritian, lapor akhbar The Straits Times bertarikh 9 Ogos 2008.

Ancaman keharmonian sosial oleh Evangelis telah disedari dengan bersungguh-sungguh oleh Singapura. Bukan hanya orang Islam yang kecewa dengan Evangelis Kristian yang melampau ini, bahkan juga orang Buddha dan Hindu.

Pada Februari 2010, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD) telah memanggil paderi veteran Evangelis Rony Tan (yang asalnya bukan beragama Kristian) untuk memaksanya memohon maaf daripada pihak penganut Buddha dan Tao di atas kata-katanya yang menimbulkan kekacauan.

Evangelista telah membuli semua penganut agama lain.

ha lapan

Usaha kembangkan Kristian

Persatuan Buddha Singapura telah menyiarkan satu nota di laman web mereka dengan menyebut bahawa “Sepanjang beberapa tahun ini, telah berlaku insiden ahli keluarga yang bertukar ke agama lain digalakkan untuk menghapuskan artifak agama Buddha dan Tao di rumah mereka.”

Lee Kuan Yew semasa menjadi perdana menteri pada 1980an, telah bercakap panjang mengenai bahawa percampuran politik dan percampuran agama.

Dalam ucapannya bersempena hari kebangsaan negara itu pada 16 Ogos 1987 (serentak dengan Ops Lalang di Malaysia), Lee memberi amaran kepada orang gereja dan pendakwah Kristian daripada menggunakan ‘gereja atau agama dan mimbar’ untuk mengganggu kerajaan supaya berlaku kesan serius.

Dengan memberi amaran kepada paderi Evangelis daripada berkecimpung dalam politik, Lee mengingatkan mereka supaya tidak meniru kejayaan yang dibuat oleh televangelis Amerika Jerry Falwell yang mengemukakan inisiatif ‘Moral Majority’ bagi mempengaruhi Presiden Ronald Reagan dan anggota parti Republican lain.

ha sembilan

Singapura takut pertembungan agama

Zakir Hussain dalam artikelnya bertajuk ‘Religious Harmony: 20 years of keeping the peace’ (The Straits Times, 24 Julai 2009) menulis bahawa ‘pengaruh karismatik Evangelis Pentecostal Amerika telah disedari dan dirasai di Singapura.

Berikutan amaran Perdana Menteri Lee Kuan Yew pada ucapan hari kebangsaan 1987, Menteri Pembangunan Masyarakat telah menjalankan satu kajian yang mendapati bahawa semangat keagamaan semakin tinggi di kalangan penganut-penganut agama.

Setahun kemudian, Lee sedar bahawa orang Kristian Singapura terutama yang mempunyai karisma telah berada dalam fasa mengkristiankan orang lain. Dia menambah, tindakan Evangelis ini telah membawa kepada pergeseran. Perkara ini disebut semasa menyampaikan ucapan di majlis himpunan Buddha pada Disember 1988, seperti yang diulang semula oleh Menteri Perumahan merangkap Menteri Undang-Undang S Jayakumar.

Pada 1990, Timbalan Perdana Menteri Goh Chok Tong memberitahu Parlimen bahawa pentadbirannya takut berlaku pertembungan antara agama atau antara agama dan kerajaan.

Jayakumar, Menteri Persekutuan Singapura, yang juga ditugaskan merangka undang-undang baharu bagi membendung sikap keagamaan melampau, pada tahun 2009 telah risau terhadap pihak yang membabi buta mengabaikan keamanan kerana ‘orang tidak tahu betapa nipisnya dinding keharmonian agama dan kaum itu’.

Dr Kumar Ramakrishna, dalam kertas kerjanya untuk Fakulti Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam di Singapura (Nanyang Technological Universiti) dalam isu cabaran fundamental agama di bandar, telah mengangkat peranan kumpulan ‘fundamentalis Kristian yang agresif’.

Sebenarnya jika diperhatikan, bukan sahaja orang Melayu di Taman Medan sahaja akan bertindak di luar batasan, di mana-mana di dunia pun, akan dianggap sebagai buruk sangka dan tidak boleh dipercayai.

Sumber: Blog Helen Ang
https://helenang.wordpress.com/2015/04/20/taman-medan-evangelistas-and-church-crosses-the-spore-and-china-experience/

Artikel berkaitan: GEREJA HARAM!

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close