Dunia

Afrika Selatan berisiko lumpuh depani wabak Ebola, COVID-19: WHO

Pemerintah berdepan cabaran kompleks yang burukkan sistem kesihatan

GENEVA, 11 Muharram 1443H, Jumaat – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran Afrika Selatan kini berdepan wabak baharu demam Marburg dan Ebola yang berisiko memberi tekanan besar pada sistem kesihatan. 

Pengarah Serantau WHO untuk Afrika, Matshidiso Moeti berkata, wabak baharu itu menyebabkan banyak cabaran yang terpaksa dihadapi pemerintah, termasuk ancaman pandemik COVID-19.

“Kita sangat prihatin terhadap Afrika Barat. Ini kerana memerangi wabak adalah cabaran yang kompleks,” kata Moeti. 

Ivory Coast mula memvaksinasi pekerja kesihatan bagi memerangi wabak Ebola di bandar Abidjan pada Isnin, setelah satu kes virus maut itu dilaporkan minggu lalu.

Sabtu lalu, negara itu mengesahkan kes pertama Ebola sejak tahun 1994. 

Pihak berkuasa mendakwa ia adalah kes terpencil membabitkan seorang wanita berusia 18 tahun yang pernah melakukan perjalanan ke negara jiran Guinea.

Minggu lalu, pihak berkuasa kesihatan di Guinea mengesahkan satu kematian dari virus Marburg, yang menyerupai wabak Ebola.

Afrika menghadapi lebih banyak wabak penyakit berjangkit setiap tahun daripada wilayah lain, kata Moeti.

“Sistem kesihatan di Afrika Barat khususnya, lebih lemah berbanding di kawasan lain di benua ini,” katanya.

Sementara itu, data WHO juga menunjukkan bahawa Afrika Barat mencatatkan jumlah kematian COVID-19 tertinggi dalam tempoh sebulan terakhir, membabitkan Ivory Coast, Guinea dan Nigeria. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button