Pendapat

Liberalisme di Indonesia, peringatan untuk Malaysia

masjidistiqlalMasjid Istiqlal terletak berhadapan dengan Gereja Katedral di Jakarta.

Liberalisme di Indonesia telah sebati, ia disebarkan tanpa suara atau bunyi, meresap jauh di dalam diri.

1) Tiada sensitiviti. Di Indonesia, masalah utama mereka adalah ketidakupayaan untuk melihat masalah sebagai masalah. Akibat liberalisasi (keterbukaan dalam konteks agama), pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah di luar batasan.

2) Contoh ketara, tempat mengambil wudu’ di sana ada bercampur antara lelaki dan perempuan. Di mana tempat wudu’ lelaki di situ juga tempat wudu’ perempuan. Bahasa mudah, lelaki boleh melihat perempuan yg sedang berwudu’ dan begitu juga sebaliknya. Jika ada pengasingan tempat wudu’ pun, tempatnya masih terbuka dan masih boleh dilihat.

3) Pencairan akidah, ramai di kalangan mereka yang tidak bertudung namun masih bersolat di masjid. Biar ada yang mungkin berpendapat, mereka bagus kerana tetap menunaikan solat walaupun tidak bertudung. Namun dari sudut yang lain, ini menggambarkan rendahnya nilai agama bagi mereka. Agama itu adalah ritual semata-mata bukan implimentasi keseluruhan kehidupan, selektif hanya di masjid. Nilai maruah seseorang yang sebenar adalah bagaimana dia mengangkat nilai agama, jika rendah nilai agama, rendah juga nilai maruah mereka.

4) Perkara 1, 2 dan 3 boleh dilihat di Masjid Istiqlal (masjid terbesar yang terletak di Jakarta). Bayangkan di musolla dan masjid-masjid lain di sana dengan keadaan serupa. Sambil tidak menafikan ada juga yang masih menjaga adab dan pergaulan di dalam masjid.

5) Hanya tak sampai 50 meter di hadapan Masjid Istiqlal adalah terletaknya gereja terbesar di Jakarta. Paling menarik keluar sahaja pintu utama masjid sudah boleh nampak gereja.

6) Kedua-dua bangunan itu, gereja dan masjid mempunyai perkataan ‘Allah’ pada dinding bangunan masing-masing. (Mungkin sangkaan generasi muda di sana “Boleh sembah mana-mana, gereja atau masjid, Allah juga)

7) Masalah sosial pula boleh diklasifikasikan kronik. Malam minggu di Jogjakarta remaja melepak di tepi-tepi jalan (lelaki perempuan berpelukan, memasang musik, dan berhibur). Di Bandung, malam minggu adalah malam ‘berpacaran’, boleh nampak pasangan duduk berdua secara terbuka tanpa ada rasa malu.

8) Golongan sedikit berusia masih gigih mencari makan, mengayuh beca, menjual makanan, dan membuat apa sahaja pekerjaan asalkan dapat sedikit duit untuk menyara keluarga. Orang tua mencari duit, golongan muda-mudi berpeleseran membuang duit.

Saya menghabiskan masa-masa di Indonesia dengan sebuah buku bertajuk ‘Islam dan Liberalisasi’ di tangan, sambil cuba mencari rasionaliti isu liberalisasi di Indonesia secara realiti. Sejak pertengahan kurun ke-19 telah ada usaha-usaha kolektif Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, dan hari ini, ia membuahkan hasil. Ideologi liberalisme semakin subur di sana. Kalau kita masih bersangka baik dengan “liberalisasi”, Malaysia akan menyusul seperti apa yang Indonesia lalui hari ini. Wallahualam.

*Saya tidak menafikan adanya sudut positif di Indonesia, cuma saya tak bernasib baik melihatnya di depan mata 🙂

Oleh:
Muhammad Aidil Idham Sharom

Penulis merupakan ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di Royal College of Medicine Perak (RCMP). Tulisan di atas adalah sedikit perkongsian lawatan beliau ke Indonesia baru-baru ini.

Papar selanjutnya

7 komen

  1. Saya tertarik berkomentar terkait artikel ini…mungkin kenyataan yang terjadi di Indonesia tidak seburuk yang digambarkan di artikel tersebut. Terkait dengan masjid Istiqlal, di sana tersediia tempat wudhu yang terpisah untuk pria dan wanita. Mungkin kalau ada satu dua pengunjung yang "nyasar" karena mereka tidak membaca petunjuk dengan benar. Dari sisi letak masjid yang berseberangan dengan gereja, harus difahami bahwa gereja Katedral yang terletak di seberang jalan masjid Istiqlal (disebutkan tidak lebih dari 50 meter), telah berada di tempatnya sejak jaman penjajahan Belanda (sebelum Indonesia merdeka tahun 1945) dan Masjid Istiqlal"baru" dimulai pembangunannya tahun 1953…terkait lafadz "Allah" di dinding masjid istiqlal, tidak ada tertulis "Allah" dalam huruf latin, hanya ada lafadz Allah dalam arabic version..saya belum pernah berkunjung ke gereja katedral, jadi saya tidak tahu apakah ada kata "Allah" dinding gerejanya….demikian semoga dapat mengurangi kesalahfahaman…

  2. Walau tentang liberalisme secara umum saya juga melihat yang sama, liberalisme terjadi di mana2, tapi penggunaan keadaan Masjid Istiqlal dan Gereja Katedral yang berseberangan sebagai indikator liberalisme tidaklah tepat adanya. Karena selama keduanya tetap tidak saling mengganggu, maka ini adalah bentuk dari toleransi dalam pluralitas, bukan liberalisme. Penggunaan lafadz Allah, kalaupun benar lafadz tersebut digunakan, itu juga hak mereka umat Nasrani, karena Bible dalam bahasa Arab menyebut kata Tuhan/God sebagai Allah in arabic juga, sama sekali bukan indikator liberalisme, karena umat Muslim tetaplah sholat di masjid Istiqlal, dan umat Nasrani tetaplah di rumah ibadah mereka sendiri. Saya kira kita bersama, berikut penulis, perlu belajar lebih jauh lagi mengenai liberalisme dan indikator yang tepat, tidak dengan asal saja mendeduksi suatu perkara yang belum tentu relevan adanya. Demikian, semoga tidak menimbulkan kesalahpahaman juga.

  3. Surah Al Ikhlas:
    Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
    (Al-Ikhlaas 112:1)
    "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
    (Al-Ikhlaas 112:2)
    "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
    (Al-Ikhlaas 112:3)
    "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
    (Al-Ikhlaas 112:4)
    -kalau kita membenarkan orang nasrani menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan mereka,berarti kita bersetuju bahawa Allah mempunyai anak?Lakumdinukumwaliyadin,kalau dibenarkan,kelak menimbulkan keraguan…

  4. Bible asal adalah dalam tulisan Hebrew, iaitu bahsa yang digunakan oleh orang Yahudi.
    Dalam kesemua kitab sebelum Al-Quran (Taurat, Injil, Zabur), tiada satu pun di dalam kitab tersebut yang menyebut nama Tuhan dengan sebutan "Allah". Yang ada hanyalah menyuruh pada mentauhidkan Tuhan yang Maha Esa.

    Itulah keistimewaan Al-Quran sebagai kitab panduan yang lengkap dari nabi dan Rasul yang terakhir, sebutan "Allah" hanya mula wujud dalam Al-Quran.

    Lalu menjadi persoalan bagaimana bisa dalam Injil di Indonesia dan negara-negara Arab yang lain ada menyebut Tuhan itu dengan nama "Allah"?

    Jawapannya, inilah strategis yang digunakan untuk lebih mudah membawa orang Islam masuk menganuti agama mereka. Sebutan God digantikan dengan "Allah" agar lebih dekat pada sasarannya iaitu memurtadkan umat Islam. Penggunaan God digantikan dengan sebutan "Allah" hanya diusahakan oleh mereka pada negara-negara yang majoritas rakyatnya beragama Islam.
    Sasarannya adalah golongan muda yang masih dangkal kefahaman Islamnya.

    Sebenarnya, apa yang penulis khuatirkan sudah pun terjadi di Malaysia. Kuasa Mahkamah Sivil di Malaysia boleh mengatasi kuasa Mahkamah Syariah.
    Walau bagaimana pun, Malaysia tetap meletakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan, dan syarat perkahwinan di Malaysia mewajibkan umat Islam menikahi sesama Islam, yang mana undang-undangnya mewajibkan pasangan yang bukan Islam mesti memeluk agama Islam terlebih dahulu jika ingin mengahwini orang Islam.

    Walaupun kerajaan Indonesia meletakkan kesamarataan dalam beragama (pluralisme), usaha-usaha menyuburkan Islam tetap giat dibangunkan oleh ulama-ulama di Indonesia dengan pembukaan-pembukaan pondok pesantren. Sehingga kini masih menjadi perdebatan di antara golongan liberalis dengan golongan Islamis di Indonesia hingga membawa pada persetujuan autonomi seperti yang telah berlaku di Acheh.

    Ancaman gerakan liberalis ini tidak harus dipersalahkan pada lokalitinya.
    Karena dikhuatiri akan menghidupkan sentimen perpecahan sesama umat Islam di antara tempat asal yang berbeda.
    Yang diperangi dan dimusuhi adalah liberalisme, bukan memusuhi tempat.
    Ia adalah ancaman yang harus diambil berat oleh semua umat Islam yang memiliki kesadaran pentingnya menghidupkan tarbiyah dan dakwah serta bahayanya fahman liberalisme dan pluralisme.

  5. Ramai yg xtau termasuk sy ttg nama Allah yg hanya wujud dlm alquran sahaja,bukan dlm kitab bible asal tulisan Hebrew. Hanya mereka yg menggunakn nama Allah tlh mjadi adat bertahun2 tanpa diendahkan org Islam krn tiada ancaman aqidah sehinggalah baru2 ini spt cth bible yg dterjemah bahasa Arab mggunakn nama Allah.ia mmg agenda paderi sjak 100thn dl utk memudahkn penyebaran dakyah mereka dgn menterjemahkn bible dlm byk bahasa. Bagusla Malaysia wpun ngra Kita liberal juga tp masih Ada kesedaran&semangat yg tinggi. Umat Islam format semua individu utk mengamalkn kepercayaan masing2 tp pd masa yg sama wajib melindungi agama Islam. At least Ada pengajarannya..kita skrg tau asal usul nama Allah.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close