Berita UtamaDunia

Russia lapor kes selesema burung H5N8 pada manusia

Tujuh pekerja kilang dijangkiti wabak disahkan sihat

MOSCOW, 9 Rejab 1442H, Ahad – Russia melaporkan kes strain selesema burung, H5N8 ke atas manusia sekali gus memberi amaran kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pegawai kesihatan Russia, Rospotrebnadzor, Anna Popova berkata, tujuh pekerja di kilang unggas di selatan negara itu dijangkiti wabak berkenaan, susulan ia ditemui pada Disember lalu.

“Ketujuh-tujuh orang kini dilaporkan sihat,” katanya.

Popova berkata, langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan pantas bagi menghentikan penularan  wabak itu.

Malah, katanya,  tiada tanda-tanda penularan wabak itu antara sesama manusia.

Pada masa sama, beliau memuji makmal Vektor Russia yang menemukan wabak itu, selain mengasingkan bahan genetik strain dari pekerja yang dijangkiti.

Menurut laman WHO, walaupun jangkitan manusia dengan virus A (H5) jarang berlaku dan biasanya terjadi kepada individu yang terdedah kepada burung yang dijangkiti, ia boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian kepada manusia.

Sejak tahun 2014, enam daripada 14 kes selesema burung H5N6 membabitkan manusia telah menyebabkan maut. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button