|

Perutusan tahniah buat Prof. Dr. Muhammad Badee’

20 Januari 2010

Ke hadapan saudara kami yang dikasihi,
Prof. Dr. Muhammad Badee Abdul Majid Sami
Mursyidul Am ke-8 Ikhwan Muslimin

Assalamualaikum wbt,

Perutusan Tahniah

Atas nama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), kami ingin mengucapkan tahniah kepada tuan di atas pelantikan sebagai Mursyidul Am ke-8, Ikhwan Muslimin. Kami sangat percaya bahawa dengan pengalaman yang luas di bidang dakwah dan harakah Islamiah, dan dengan bantuan dan bimbingan dari Allah swt, tuan akan mampu untuk memimpin Ikhwan Muslimin untuk terus maju ke hadapan.

Melalui perutusan sulung tuan, kami yakin bahawa dunia memerlukan bimbingan daripada tuan dan para pemimpin Ikhwan Muslimin untuk menerangi jalan keluar dari kemelut dunia pada hari ini. Kami berdoa kepada Allah swt agar Dia memberikan kepada tuan kesihatan yang terbaik dan semangat yang tinggi dalam menegakkan kebenaran Islam.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,


Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Tinggalkan Balasan