|

KOBANNA: Lembaran baru kebangkitan ummat Melayu

Bangi, 30 Januari – ISMA telah melakar sejarah tersendiri dengan penganjuran ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa’ (KOBANNA) di Dewan Seri Sarjana, UNITEN yang telah menghimpunkan hampir 3,000 orang peserta yang datang dari seluruh pelosok tanahair. Para hadirin terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia dan remaja yang tidak mahu ketinggalan untuk mengutip mutiara-mutiara hikmah yang digali daripada fikrah Hasan Al-Banna, seorang tokoh pemikir dan pemacu agenda perubahan ummat yang pemikirannya terus kekal segar merentasi zaman.

Konvensyen ini dianjurkan dengan hasrat mengenengahkan agenda perjuangan yang didokongi ISMA untuk memacu perubahan dan pembaikan ummat berpaksikan pemikiran Hasan Al-Banna. Antara lain membina bangsa Melayu yang kuat dan berwibawa bagi memimpin perjuangan Islam di rantau ini dan menggunakan maqasid syarak sebagai timbang tara dalam menilai serta menentukan sikap terhadap kemelut dan situasi politik di Malaysia.

Berikut dipaparkan catatan-catatan perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh ahli-ahli ISMA dari serata tanahair sepanjang berlangsungnya KOBANNA:

Tepat jam 9 malam pada 29 Januari 2010, peserta-peserta ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa’ dari cawangan ISMA Kelantan telah bertolak ke Kuala Lumpur. Semua peserta telah berkumpul di Pulau Melaka, Peringat dan Kok Lanas sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki dua buah bas dua tingkat. Semuanya memulakan perjalanan dengan perasaan penuh kegembiraan serta semangat juang yang tinggi. Tidak cukup dengan menggunakan dua buah bas, sebanyak 3 buah kereta digunakan untuk menampung jumlah peserta yang ramai daripada cawangan ISMA Kelantan. Jumlah keseluruhan adalah 94 orang. BACA SELANJUTNYA DI SINI.

Pada 30 Januari, Sabtu yang lepas seramai 49 orang ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Pulau Pinang bersama ahli-ahli Pertubuhan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah menghadiri ‘Konvensyen Pemikiran Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa’ di UNITEN Kampus Putrajaya. Rombongan daripada Pulau Pinang ini diketuai oleh Yang Dipertua merangkap Ketua Perhubungan Negeri iaitu Ustaz Abd Rahim b Sudin. BACA SELANJUTNYA DI SINI.

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa telahpun berlalu dengan jayanya. Media ISMAmelaka.com sempat meninjau pendapat peribadi beberapa tokoh ISMA Melaka serta peserta-peserta yang turut sama memeriahkan rombongan 4 bas dan beberapa kenderaan persendirian. Ustadz Zaidi Abd Jalil, Naib YDP ISMA Melaka dalam ulasannya melihat usaha KOBANNA secara umumnya merupakan satu anjakan untuk ISMA dalam rangka menjadi pelopor dan rujukan dalam mengenengahkan fikrah IM dan implimentasinya dalam konteks masyarakat Malaysia. BACA SELANJUTNYA DI SINI.

Pada 30 Januari yang lepas, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mencatat sejarah dengan penganjuran ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa’ buat julung-julung kalinya di UNITEN, Bangi yang menyaksikan kehadiran hampir 3000 orang peserta dari seluruh pelosok negara. Kontinjen ISMA Negeri Sembilan turut memeriahkan program ini dengan penyertaan sekitar 400 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli ISMA, mahasiswa-mahasiswi IPT, para pelajar sekolah dan juga masyarakat awam. BACA SELANJUTNYA DI SINI.

Terlepas KBAZ (Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis) pada 2009, saya tidak mahu melepaskan peluang ke Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna beberapa hari lalu. Terpaksa memarkir kereta sedikit jauh, menandakan betapa ramainya jiwa-jiwa yang sudah bersedia untuk melazati konvensyen ini. Beberapa buah bas turut berbaris menurunkan penumpang. Pegawai-pegawai trafik dari PEMBINA berbaju putih setia memberi panduan menuju ke tempat sepatutnya. Hampir 7/8 atau 2700 orang memenuhi dewan tertutup UNITEN tersebut, membuat saya teruja. Bukan hanya golongan dewasa sahaja yang memenuhi kerusi-kerusi dewan, bahkan para syabab yang paling banyak melimpahi segenap pelusuk dewan, terutama di bahagian atas. BACA SELANJUTNYA DI SINI.

Tinggalkan Balasan