KOBANNA berjaya, terima kasih untuk semua
Saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA) telah berlangsung dengan jayanya. Hampir 3000 orang peserta telah memenuhi Dewan Seri Sarjana UNITEN.
Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak urusetia yang diketuai oleh Ustaz Wan Hisham dan pasukannya yang telah berjaya mengendalikan dan menguruskan program dengan jayanya sampai ke penghujung tanpa masalah yang boleh disebut.
Terima kasih kepada seluruh kepimpinan ISMA di semua peringkat dan peserta-peserta yang menyokong kuat usaha-usaha menjayakan program ini. Dan terima kasih yang khusus kepada penderma dan penyumbang yang telah membantu meringankan beban tanggungan kewangan Konvensyen.
Dengan harapan Konvensyen seperti ini dapat kita laksanakan lagi pada masa akan datang. Semoga segala sumbangan dan usaha kita diterima Allah.
Sekian, terima kasih.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku



Syabas kepada pihak penganjur yang telah menjayakan KOBANNA. Semoga segala amal anda semua diterima Allah.
Tahniah kepada pengajur dan pembentang……
Namun pesanan buat semua barisan pekerja dan simpatisan ISMA, kita harus terus mengerah keringat dan membanting tulang tanpa rasa capek dan kelesuan.