Kenyataan Media Konvensyen Pemikiran Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa
(Dari kiri, Aminuddin Yahaya – Setiausaha Agung ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman – Presiden ISMA dan Ustaz Wan Hisham Wan Embong – Pengarah Konvensyen)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perkembangan terkini isu-isu dan permasalahan dalam negara telah memperlihatkan permasalahan sebenar yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu. Kegagalan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa secara bersama telah memperlihatkan kelemahan yang sangat nyata. Fenomena ini telah menjadikan bangsa Melayu kelihatan satu bangsa yang sangat lemah hingga tidak mampu untuk membuat keputusan demi kepentingan mereka sendiri. Walaupun bangsa Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini namun perpecahan yang ketara menjadikan mereka mudah dibayangi oleh kekuatan bangsa lain. Andai kata masalah ini tidak segera dirawat maka nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini akan menghadapi masa depan yang gelap.
Konvesyen ini cuba mengemukakan penyelesaian terhadap kemelut kelemahan orang Melayu menurut apa yang telah disarankan oleh Imam Hasan al-Banna.
Kenapa al-Banna ?
Kita memilih Imam al-Banna sebagai rujukan kerana pemikiran beliau kekal segar sebagai pelopor pemikiran alternatif yang mendominasi pemikiran perubahan pada abad ke-20. Ini diakui sendiri samada oleh sarjana barat mahupun timur sebagai satu penyelesaian yang terbaik bagi membangunkan sesuatu bangsa. Pemikiran ini lahir setelah beliau membuat kajian serta mengambil kira kekuatan dan kelemahan gerakan Islam semenjak ratusan tahun yang lepas. Pemikiran ini dianggap satu penyelesaian yang kompreshensif sesuai untuk mana-mana bangsa di dunia.
Memperjuangkan bangsa bukan perkauman
Hari ini terdapat di kalangan orang Melayu sendiri yang ingin menghancurkan keperibadian kebangsaan mereka dengan mengatakan bahawa memperjuangkan bangsa Melayu adalah perkauman. Kefahaman ini disanggah oleh al-Banna yang menganggap perjuangan memuliakan bangsa demi agama adalah satu keperluan:
“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.
Jadi, al-Banna mengemukakan bahawa untuk menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Inilah agenda yang patut kita bersatu di atasnya.
Islam kuat dengan penganut yang kuat
Kita percaya agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu, yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam, berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan (musayasah). Oleh itu adalah menjadi gagasan kita untuk membangunkan semula bangsa Melayu supaya ia menjadi bangsa yang kuat yang boleh menentukan kata putus dalam hal kepentingan diri dan masa depan mereka. Dengan itu mereka layak menjadi bangsa memimpin dan menerajui risalah Islam.
Di sini ISMA mencadangkan perdamaian antara islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang hebat. Kami berpendapat pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi. Berlarutan dalam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan berkemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.
Kesatuan umat
Antara penghalang besar kepada Melayu hari ini untuk menjadi satu bangsa yang terhormat dan memimpin ialah disebabkan oleh sikap kepartian yang melampau hingga mengakibatkan perpecahan. Oleh itu ISMA berpendapat, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.
وأطيعوا الله و رسوله و لا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم و اصبروا ان الله مع الصابرين
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Anfal: 46).
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
26 JANUARI 2010


bagaimana pula stand dengan sahabat muslim selain daripada bangsa dan keturunan lain??
hanya melayu yang difokus boleh menyebabkan mereka yang seagama semacam dianaktirikan…??
Pendirian terhadap sahabat selain daripada bangsa Melayu ialah seperti Firman Allah: “Hanyasanya orang-orang yang beriman itu bersaudara”. Ukhuwah dalam Islam mempunyai hak dan tanggungjawabnya, dan ia mesti dipenuhi.
Fokus kepada orang Melayu kerana ia majoriti muslim di Malaysia dan tonggak Islam dalam erti kata perpecahan dan kelemahan mereka bermakna lemahlah kedudukan Islam. Isu bangsa Muslim lain dianaktiri tidak timbul langsung.
pendirian ini seolah-olah isma nak berkompromi dengan UMNO?
Istilah Melayu wajar dikupas melalui kacamata perlembagaan dan sejarah. Jika tidak tersilap, Melayu di Malaysia ialah seorang individu yang beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Dia akan menjadi Melayu walaupun keturunan asalnya ialah Jawa, Bugis, Banjar, Kampar, Kerinci, Minang, Siam, Melanau- asalkan dia seorang Islam .
Sdr. Hakim,
Ahli UMNO ada 3.4 juta orang, sedangkan jumlah orang Melayu melebihi 14 juta. Fikir-fikirkan.
Ramai orang yang membaca Himpunan Risalah hasil pemikiran Hassan Al Banna tidak merasa pelik apabila beliau terus mengulang kepentingan mengukuhkan bangsa Arab untuk tujuan kepentingan Islam.
Kalau baca kitab-kitab Sirah juga, Rasulallah melaungkan slogan kepada orang Arab, kerana majoriti kependudukan di Mekah dan Madinah adalah Arab. Tetapi baginda tidak pernah meninggalkan aspek meng”appreciate” bangsa lain. Kita dapat hayati melalui maksud sabda baginda “tidak lebih mulia bangsa Arab berbanding bangsa Ajam…”, dan Surah Al Hujurat, salah satu ayatnya “sesungguhnya yang lebih mulia antara kamu adalah bertaqwa”..
Untuk kita orang Melayu mengaplikasikan pemikiran beliau, perlu melihat konteks bangsa Melayu pula. Kerana sedar atau tidak, Melayu merupakan majoriti penduduk Islam di Malaysia. Islam di Malaysia tidak mampu tertegak tanpa golongan majoriti ini bersatu, mengikut ajaran Islam dan memperjuangkan Islam.
Kesatuan Melayu adalah wasilah menegakkan agenda Islam di Malaysia, bukan tujuan. Dan untuk mencapai tujuan ini, masih jauh lagi perjalanan..
Saudara-saudara yang lain, boleh juga kemukakan apakah “long term” planning kalian untuk menegakkan Islam di Malaysia.. ?
Allahua’alam.
[...] Posted by azrulazly in Uncategorized. Leave a Comment Laman rasmi http://kobanna.ismaweb.net/ Kenyataan media http://www.ismaweb.net/v4/kenyataan-media-konvensyen-pemikiran-al-banna-dalam-melakar-agenda-bangsa/ [...]
[...] Laman rasmi http://kobanna.ismaweb.net/ Kenyataan media http://www.ismaweb.net/v4/kenyataan-media-konvensyen-pemikiran-al-banna-dalam-melakar-agenda-bangsa/ [...]
[...] di SINI untuk kenyataan media rasmi ISMA sempena konvensyen [...]