ISMAWeb » Tarbiyyah

Secebis coretan dakwah fardiyah
Hari itu, tekad dikuatkan juga. Kaki terus melangkah ke bangunan Nilam tempat kediaman adik-adik Tamhidi USIM. Target hari ni untuk mentajmik seberapa ramai boleh. Selepas maghrib akan membawa taklim mad’u yang berjaya ditajmik. Strategi? Kalau semalam ketuk pintu dengan beralasan nak cari orang dan tersalah masuk bilik, hari ini dengan alasan nak berniaga Al-Quran sekaligus mengajak mereka kembali kepada Al-Quran.

Semalam..

Ada debar dalam dada. Almaklumlah, berseorangan. Motor yang dinaiki diperlahankan sebaik sampai ke pintu pagar masuk Camelia Court. Ini bukan lah kali pertama masuk ke sini tapi yang berbeza adalah jika sebelum ini berteman kali ini berseorangan. Dengan lafaz bismillah, aku pun melangkahkan kaki ke bangunan asrama. Berbekalkan satu nama pelajar junior sekolah lama yang ingin ditemui aku terus berjalan menaiki tingkat dua.

“Assalamu’alaikum” sambil mengetuk pintu.

“Wa’alaikumussalam.” Sejurus selepas itu penghuninya membuka pintu dan menjawab salam. Wajahnya kehairanan apabila memandangku.

“Adik, rumah ni ada tak student nama Atiqah, dia kos Syariah Undang-Undang,” tanyaku sambil memaniskan senyuman.

“Atiqah… Atiqah Salman ke akak? Orang Pahang?” tanyanya.

“Ha’ah, adik kenal dia ke? Betul ini rumah dia?” tanyaku kembali.

“Saya kos Syariah Undang-Undang gak, kenal.. Dia satu kelas dengan saya tapi dia duduk kat bloK sebelah. Akak ada nombor telefon dia?” tanyanya kembali.

“Oh, takde. Dia duk satu kampong dengan akak, mak dia yang cakap dia masuk sini,” jawabku.

Azan berkumandang.

“Eh, borak punya borak tak sedar dah azan. Kalau tak kisah, boleh akak tumpang solat kat sini?” tanyaku sambil hati berdoa.

“Eh, boleh boleh.. maaf la akak, tak jemput masuk pun tadi” katanya sambil membuka pintu seluasnya.

Sebaik masuk, semua mata memandang kearahku. Nampak masing-masing sedang menelaah pelajaran.

“Assalamu’alaikum,” sapaku sambil menghulurkan tangan kepada seorang demi seorang.

“Tumpang bilik air ye, nak ambil air wudhuk dan solat” sambungku.

“Silakan..” jawab salah seorang dari mereka.

Adik yang membuka pintu tadi mempersilakan aku solat di biliknya. Sambil bersiap untuk solat, aku bertanya nama dan serba sedikit berkenaan adik itu.

“Kat rumah sewa akak selalu solat ramai-ramai, rasa tak seronok pulak solat sorang-sorang. Boleh temankan akak solat?” pelawaku.

“Kalau dalam bilik ni tak muat nak solat jemaah, kita solat kat luar lah akak,” pelawanya pula.

“Ok,” jawabku sambil membawa sejadah keluar dan membentangkannya. Pada ketika itu, ruangan luar sudah kosong.

“Masing-masing solat di bilik mungkin” getusku. Sambil menunggu, aku membaca Al-Quran.

Usai Afifah (adik yang membuka pintu) selesai memakai telekung, kami pun memulai solat.

Apabila selesai solat aku dapati hampir kesemua penghuni rumah itu menjadi makmum. Subhanallah! Sambil bersalaman seusai doa, kami bertanyakan nama masing-masing. Ada yang tidak terus membuka telekung seolah menanti acara seterusnya. Peluang aku gunakan sebaiknya.

Sambil melipat telekung, mereka bertanyakan perihal diriku.

“Seronok juga kalau dapat kenal adik ni semua, bukan senang dapat jumpa macam ni,” lontarku.

Hampir semua penghuni ada di hadapanku kini. Seorang demi seorang memberitahu nama dan kos mana. Kebanyakan mereka bertanyakan tips hidup di universiti dan tak kurang juga yang bertanyakan macam mana nak adapt dengan suasana sosial yang berlaku di USIM.

“Majority bersekolah agama mungkin,” getusku. Cerita punya cerita, jam menunjukkan pukul 10.00 malam.

“Eh, akak minta diri dulu ea, em, boleh akak datang lagi lepas ni?” tanyaku.

“Boleh akak, boleh… datang lar lag,”‘ jawab salah seorang dari mereka yang nampak sangat peramah.

“Ada potensi” getusku.

Sambil bersalaman, kami bertukar nombor telefon. “Manalah tahu lepas ni kalau adik-adik perlu apa-apa pertolongan, tekan je nombor akak,” jawabku apabila ditanya tujuan nombor telefon dipinta.

“Ok, Assalamu’alaikum,” sambil melangkah keluar.

“Wa’alaikumussalam,” jawab mereka hampir serentak.

“Alhamdulillah” lafaz hamdallah keluar bersama hembusan nafas lega.

Ikat hati

Lagu ‘Semesta Bertasbih’ oleh Opick kedengaran. Lagu yang di’set’ sebagai alarm. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Aku bangun dan mengambil air wudhuk.

Usai solat tahajud dua rokaat. Teman serumah bangun seorang demi seorang. Tadinya niat ingin mengejutkan mereka dihentikan. Terus saja aku mencapai handphone dan mendail nombor mad’u yang mungkin sedang lena jauh di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Sejak dari awal mereka berminat dengan tarbiyah, inilah yang sentiasa dilakukan. Adakalanya mereka pula yang membangunkan aku. Bangun malam ibarat sumbu yang menerangi iman. Kata-kata inilah yang sering aku ucapkan buat mereka.

Alhamdulillah, hampir kesemuanya berjaya dihubungi. Ada juga yang sudah solat sebelum aku hubungi. Selepas itu, aku bingkas bangun dan menyertai jemaah akhawat.

Program pun medan dakwah fardiyah mu

Hari ini program Kem Remaja Muslim 2011 selesai. Selepas bersalaman dengan para peserta dan AJK Pelaksana lainnya, aku masuk ke rumah penginapan untuk mengemas barang-barang. Tiba-tiba…

“Akak, boleh saya minta nombor akak” sapa seorang peserta yang merupakan ahli kumpulanku.

“Oh Maisarah, boleh,” jawabku sambil mengeluarkan handphone dari kocek.

“Berapa nombor Mai, nanti akak misscall,” pintaku.

“017……,” jawabnya sambil turut melihat skrin handphone ku. Sejurus selepas itu aku membuat panggilan ke nombornya.

“Ok akak, terima kasih, harap kita jumpa lagi dekat program lain lepas ni,” katanya sambil menghulurkan tangan.

Aku menyambut huluran tanganya lalu memeluknya. Nampak dia sedikit kekok. Sedikit nasihat diberikan.

“Assalamu’alaikum akak,” katanya sambil berlalu meninggalkanku.

Selepas program itu, kami saling menghubungi dan aku sering menawarkannya ke program KRIM, selain itu sesekali ibunya akan menghubungiku. Adik tu yang memberi nomborku kepada ibunya. Senang nak hubungi bila ada program. Alhamdulillah, kata ibunya, akhlaknya semakin baik.

Hari ini program JIRIM di Johor selesai. Ada seorang adik menemui aku sebaik saja program selesai. Seperti biasa kami akan saling bertukar nombor telefon, fb dan email. Semasa program, adik ni ada mengadu masalah keluarga yang dilaluinya. Anak sulung dari 4 orang adik beradik. Mungkin sebab aku pun anak sulong, jadi dia ni boleh masuk.

Mesej pertama yang aku terima darinya adalah:

“Terima kasih akak sebab buat program ni, kakak dan abang kat program ni lain, tak macam fasi yang pernah saya pergi sebelum ni,” isi sms nya.

Aku membalas sekadarnya memandangkan penat menyelubungi diri.

Malam itu.

“Akak, nanti Syazni nak bangun malam, tolong kejutkan boleh”‘ adik tu beri mesej.

“Oh, boleh boleh… insyaAllah,”‘ balasku.

Bermula hari tu kami sering bermesej. Aku jarang balas mesej dia tapi sering beri mesej kata-kata baik melalui sms atau Facebook.

Untuk peringkat KRIM, antara perkara yang boleh mengikat hati mereka contohnya ucap birthday, offer pergi program KRIM dan cuba jadi pendengar yang baik kalau mereka mengadu masalah.

TOT Teori dan Praktikal

Hari ini adalah malam terakhir program Daurah Murobbiyah. Program ala TOT berobjektifkan bagaimana untuk mentajmik, tips Murobbiyah sukses dan daie professional. Malam itu adalah malam acara muhasabah selepas pulang dari kolej kediaman USIM. Aktiviti turun medan dan apply perkongsian ‘dakwah fardiah’ siangnya sangat membantu akhawat.

Peserta terdiri dari pelbagai level kefahaman. Ada yang masih baru dan ada yang faham namun masih bingung tindakan apa yang perlu diambil.

Dimulakan dengan taklimat akhawat PIC dan sedikit pesanan jika berlaku pekara seperti diterjah oleh pak guard atau adik-adik tanya soalan pelik.

Berbekalkan barang jualan seperti Al-Quran, keychain, bookmark, sticker kata-kata hikmah, stoking dan sarung lengan. Ada juga yang membawa baju t-shirt dan kain tudung. Matlamat tajmik dengan jalan berniaga.

Macam-macam cerita yang dikongsi peserta.

Ada yang jumpa adik sekolah lama. Ada yang tersalah jawab soalan sampai adik-adik ni rasa curiga. Ada yang masuk keluar balik sebab takut. Tapi ada satu yang menarik perhatian.

“Eh akak, duit saya besar lar, ada baki ke?” tanya seorang adik yang membeli keychain sambil menghulurkan duit RM50.

“Allah, besarnya duit dia… pe ag koyak kan lar.. hehe ,” jawabku sambil berseloroh disahut gelak ketawa kawan-kawannya.

“… Takpe, adik beri nombor telefon dan nama, sebelum balik akak akan pulangkan semula,” jawabku.

“Ok,” walaupun nampak macam teragak-agak, adik tu menyerahkan juga duit itu. Lepas tu, sebelum kami balik, kami pulangkan semula duit tu.

Ada lagi satu cerita…

“Akak!!! Saya dah lama cari Al-Quran macam ni, murah pulak tu,” kata seorang adik selepas kami tawarkan Al-Quran dan bookmark.

“Tapi…” wajah yang tadi happy berubah muram.

“Saya takde duit sekarang, belum ambil kat bank,” jelasnya.

“Oohh… warna yang adik pilih ni limited edition, takut habis plak. Takpe, ambil je Al-Quran ni, akak dahulukan duit akak, besok kita jumpa kat kampus boleh?” cadangku.

“Erk… boleh ke akak?”‘

Aku mengangguk.

“Ok, saya hutang…” katanya.

“Ok, saya terima hutangnya” jawabku diikuti gelak ketawa kawan-kawannya.

Keesokan harinya, kami saling bertemu dan aku mengajaknya makan tengahari bersama. Selepas itu berjalanlah proses taaruf dan offer tarbiyah padanya.

Secebis coretan dakwah fardiyah

Pada hari itu, ana telah membuat keputusan nekad untuk turun ke Matrikulasi tersebut bersama dengan seorang ikhwah yang ana sangat hormati kerana komitmen dakwahnya. Rencana awalnya hanya merancang untuk mengusulkan program di Sekolah Menengah Dato Penggawa Barat Pontian. Setelah melihatkan jam di tangan masih terpacak angka 12, jadi kami tidak fikir untuk balik awal tetapi cuba masuk ke Matrikulasi Teknikal Pontian pula.

Apabila menghampiri sahaja pintu masuk utama Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian, jantung berdegup kencang, perasan risau dan sedikit cemas. Dalam hati timbul persoalan yang ana sendiri tidak dapat menjawabnya ketika itu… Adakah dapat melepasi pos kawalan keselamatan kolej? Apa jawapan nak bagi, jika pengawal tanya “Nak jumpa siapa? Atas apa urusan? Ada kad melawat kolej?”…

Perut rasa sakit la pulak time tu… namun dalam benak hati yang kecil ni, ana banyak-banyak doa supaya dipermudahkan untuk melepasi pos pengawal.

Bila dah dekat pondok pengawal, kami terus angkat tangan dan melemparkan senyum manis kepada pengawal yang berada dalam pondok tersebut. “Alhamdulillah lepas juga, lega” dalam hati berkata.

Kenderaan yang ditunggangi terus memecut laju ke dalam kolej mencari-cari surau kat mana. Jam sudah menunjukkan 1 lebih menghampiri waktu zuhur, ngam-ngam sampai sebelum zuhur, sempat rasanya nak sembang dengan budak-budak matrik nanti.

Kami terus bersedia untuk solat zuhur berjamaah… azan pun sudah berkumandang. Setelah selesai solat, kelihatan beberapa orang pelajar yang masih stay kat surau tu. Ana terus bagi salam kat dia dan duduk kat sebelah. Kelihatan dia seperti AJK surau je.

“Saya Kina,” aku memperkenalkan diri. Kelihatan wajahnya berkerut sedikit.

“Nama saya Muhamad Nazmi,” katanya.

“Nazmi ambil kos apa?”

“Saya ambil kursus teknikal, kat sini hanya ada kursus teknikal dan akaun saja,” jawabnya.

Masa ambil wudu’ tadi, sempat jenguk info board kat surau tu, ada senarai ajk kerohanian dan surau. Sempat capture nama pengerusi surau dia, Mohd Ridhuan. Ana tanya nazmi, “Kenal Mohd Ridhuan tak? Pengerusi surau…”

Nazmi mengangguk menandakan dia kenal, jarinya terus menuding ke arah salah seorang pelajar yang ada kat situ.

“Boleh kenalkan saya dengan dia?”

Kami terus berjumpa dengan Ridhuan. Kami kenalkan diri sebagai pelawat daripada UTM dan tujuan kami datang untuk buat satu perkongsian dengan student matrikulasi. Mereka kelihatan ceria bila mendengar kami adalah pelajar universiti.

Sembang tidak terhenti di situ saja, kami banyak dapat info tentang matrikulasi seperti aktiviti hujung minggu, aktiviti surau, bila outing dan balik, berapa ramai student lelaki dan perempuan, ada usrah tak dan banyak lagi.

Setelah lama bersembang, kami terus promote buat perkongsian dan diskusi ilmu dengan student yang berminat di surau selepas solat asar, ada tayangan juga.. boleh ajak kawan-kawan.

Sebelum balik kami tidak lupa untuk minta nombor telefon Ridhuan dan Nazmi.

Syukur alhmdulillah, satu langkah permulaan telah dibuat. Jadi akan datang perlu sedia untuk turun lagi.

Hanya tiga pilihan
Apabila al-Amru bin Al `As r.a. mengepung kubu Babylon al-Muqaiqis (pemerintah Mesir) telah menulis surat kepada Amru al`As katanya:

“Kamu telah memasuki negeri kami, kamu bersungguh-sungguh untuk memerangi kami, kamu telah lama tinggal di bumi kami, tetapi kamu hanyalah kumpulan yang kecil, pasukan Romawi sudah bersiap sedia untuk memerangi kamu, mereka memiliki kelengkapan senjata dan bekalan yang cukup sedangkan kamu telah terkepung dengan Sungai Nil, kamu hanyalah tawanan ditangan-tanngan kami, maka hantarkan kepada kami beberapa orang lelaki kamu supaya kami mendengar pendapat mereka mudah-mudahan berlaku antara kita persetujuan yang kamu suka dan juga kami dan dapat memberhentikan peperangan antara kita sebelum ketibaan tentera Rom dan ketika itu tidak berguna lagi bercakap dan kamu tidak mampu lagi bercakap dan mungkin kamu akan menyesal sekiranya keputusannya tidak menyebelahi kamu maka utuskanlah kepada kami lelaki-lelaki kamu supaya kita boleh membuat persetujuan terhadap sesuatu yang diredai.”

Apabila utusan al Muqaiqis ini tiba kepada Amru al`As utusan itu ditahan selama dua hari dua malam sehingga menimbulkan kebimbangan di hati al-Muqaiqis sehingga beliau berkata: “ apakah pendapat kamu? Adakah mereka menahan utusan dan membunuhnya? Adakah ia amalan yang halal dalam agama mereka?

Amru al`As hanya inginkan agar utusan-utusan tersebut memerhatikan keadaan tentera-tentera Islam. Lalu Amru membalas surat melalui utusan al-Muqaiqis dengan katanya:

“Sesungguhnya tidak ada urusan antara aku dan kamu melainkan 3 pilihan: Sama ada kamu memeluk Islam, maka kamu menjadi saudara kami dan menjadi hak kamu apa yang menjadi hak kami jika kamu tidak bersetuju hendaklah kamu menyerah kalah dan membayar jizyah atau kami memerangi kamu dengan sabar sehingga Allah memutuskan antara kita sebaik-baik keputusan”.

Apabila utusan al Muqaiqis tiba kepadanya beliau bertanya: “Bagaimanakah pendapat kamu tentang mereka?” Utusan itu menjawab : “ Kami melihat satu kaum lebih sukakan mati daripada hidup, suka merendah diri daripada meninggi diri, tidak ada seorangpun dikalangan mereka yang menginginkan nikmat dunia dan mengharapkannya. Mereka hanya duduk di atas tanah dan makan di atas tanah, pimpinan mereka sama seperti mereka, kamu tidak dapat membezakan siapakah yang paling tinggi pangkatnya dan yang paling rendah, tidak ada tuan-tuan hamba dikalangan mereka. Apabila tiba waktu solat tidak ada seorangpun yang tertinggal daripada solat, mereka membasuh jari-jari mereka dengan air dan amat khusyu’ di dalam solat mereka”

Di situ al-Muqaiqis berkata: “ Demi Tuhan yang aku bersumpah dengan namanya, sekiranya mereka dihalang oleh gunung akan lenyaplah gunung, tidak ada sesiapapun yang mampu memerangi mereka sekiranya kita tidak berjaya berdamai dengan mereka hari ini. Mereka tidak akan menyahut permintaan kita lagi selepas hari ini jika mereka berjaya menawan bumi kita lalu al-Muqaiqis menghantar utusannya dan berkata:

“Hantarkan kepada kami utusan kamu supya kami boleh berbincang mudah-mudahan ada kebaikan kepada kami dan kamu”.

Lalu Amru pun mengutuskan sepuluh orang sahabat antara mereka Ubadah bin al-Samit r.a. dan Amru memerintahkan beliau menjadi jurucakap mereka dan tidak menerima apa-apapun tawaran mereka melainkan 3 pilihan.

Ubadah bin Al Samit r.a. adalah seoang yang berwarna hitam kulitnya. Setelah mereka menaiki perahu menemui al-Muqaiqis dan masuk menemuinya Ubadahpun bergerak menemuinya lalu al-Muqaiqis merasa gerun dengan sebab kehitamannya dan berkata: “ Jauhkan daripadaku si Hitam ini dan bawakan kepadaku orang lain untuk bercakap denganku”.

Lalu sahabat-sahabat yang bersama berkata: “ Sesungguhnya lelaki hitam ini lebih baik daripada kami semua; ilmu dan pendapatnya, dialah ketua kami dan yang terbaik dikalangan kami dan dilantik untuk mengetuai kami, kami akan bersetuju dengan pendapat dan kata-katanya. Amir kami telah melantiknya selain kami untuk membawa perintahnya dan kami telah diperintahkan supaya tidak membantah pendapatnya”.

Al-Muqaiqis berkata: “Bagaimanakan kamu rela menjadikan sihitam ini lebih mulia daripada kamu sepatutnya dia lebih rendah daripada kamu”.

Mereka menjawab : “Tidak, beliau walaupn hitam sebagaimana kamu lihat tetapi beliau lebih mulia daripada kami kedudukannya, lebih dahulu memeluk Islam daripada kami dan lebih baik ilmu dan pendapat dan dikalangan kami warna kulit yang hitam tidak menjadi sebab dia ditolak”.

Lalu al-Muqaiqis berkata kepada Ubadah: “Ke marilah wahai si hitam dan bercakaplah dengan lembut kerana kehitamanmu menakutkan aku, jika kamu berkasar bertambahlah ketakutanku”.

Ubadah r.a. pun mara dan berkata: “Aku telah mendengar ucapanmu, sesungguhnya dibelakangku ada seribu orang sahabatku kesemua mereka hitam sepertiku, malah lebih hitam dan lebih menakutkan rupanya . Jika kamu melihat mereka maka lebihlah kamu takuti mereka daripadaku, aku telah dipilih dan aku telah hilang kepemudaanku walaupun begitu Alhamdulillah aku tidak akan takut untuk memerangi seratus orang musuh jika semua mereka memerangi aku begitulah juga semua sahabatku kerana kami hanya ingin berjihad di jalan Allah dan mencari keredaan Allah taala. Kami bukan memerangi musuh Allah kerana cintakan dunia dan bukan ingin mengumpul harta dunia walaupun Allah halalkannya kepada kami. Kami tidak peduli sekiranya kami memilki sepulau emas atau kami tidak memiliki melainkan satu dirham kerana matlamat kami di dunia ini hanyalah makanan yang boleh menghilangkan kelaparan dan selimut. Jika kami tidak memiliki dunia melainkan hanya kedua-duanya sudah bermadai untuk kami. Jika seseorang kami memiliki sepulau emas akan dibelanjakannya di jalan Allah dan hanya berpada dengan apa yang ada dalam genggaman tangannya kerana nikmat dunia bukanlah nikmat sebenarnya dan kemewahannya bukanlah kemewahan sebenar kerna kenimatan dan kemewahan sebenar hanayalah dinegeri akhirat. Itulah perintah Allah kepada kami dan perintah nabi kami dan meminta kami berjanji supaya setiap orang tidak menjadikan cita-citanya terhadap dunia hanyalah sekadar cukup untuk menahan lapar dan menutup aurat nya dan hanya menjadikan keredaan tuhannya dan berjihad terhadap musuhnya menjadi tujuan dan kesibukan hidupnya.”

Apabila al-Muqaiqis mendengarnya lantas beliau berkata kepada pengikutnya:

“Pernahkah kamu mendengar kata-kata seumpama lelaki ini sebelum ini? Wajahnya telah menakutkan aku tetapi kata-katanya lebih menakutkan aku daripada wajahnya, sesungguhnya lelaki ini dan sahabat-sahabatnya telah dikeluarkan Allah untuk memusnahkan bumi, aku tidak percaya melainkan rajanya akan menguasai dunia seluruhnya lalu al-Muqaiqis mengadap Ubadah dan berkata:

“Wahai lelaki, aku telah mendengar ucapan kamu, apa yang kamu kata mengenai kamu dan sahabat-sahabat kamu demi umurku tidak sampai kepadaku berita tentang kamu melainkan sebagaimana apa yang kamu khabarkan, tidaklah yang menjadi sebab kamu berjaya mengalahkan musuh kamu melainkan kerana mereka mencintai dunia dan amat mengharapkannya”.

“Sesungguhnya tentera Rom telah menuju ke sini dengan jumlah tentera yang ramai tidak terhitung, mereka adalah kaum yang terkenal tangkas, kuat yang tidak kisah siapa yang mereka jumpa dan perangi. Kami mengetahui bahawa kamu tidak akan mampu memerangi mereka kerana keadaan kamu yang telah lemah dan jumlah kamu yang sedikit. Kamu telah berada dibumi kami berbulan-bulan. Keadaan kehidupan kamu sudah sempit dan kami bersimpati terhadap kelemahan kamu dan kekurangan yang ada pada kamu. Kami ingin berbuat baik kepada kamu dengan berdamai dengan kamu dengan memberikan kepada setiap orang daripada kamu dua dinar seorang dan kepada amir kamu seratus dinar dan kepada khalifah kamu seribu dinar supaya kamu meninggalkan bumi kami sebelum kamu dikalahkan oleh tentera yang kamu tidak mampu mengalahkan mereka”.

Ubadah bin al-Samit r.a. berkata: “ Wahai yang ini; Kamu dan sahabat-sahabat kamu janganlah bongkak; apa yang kamu ugutkan kami dengan tentera Rom yang ramai dan kami tidak mampu mengalahkan mereka; demi umurku ini tidaklah menakutkan kami dan tidak akan mematahkan usaha kami, jika apa yang kamu katakana itu benar demi Allah maka itu lebih kami suka untuk berperang dengan mereka dan kami amat berharap dapat memerangi mereka kerana ia lebih baik kepada kami untuk mendapat ganjaran yang lebih besar daripada keampunanNya jika kami berperang dengan mereka. Jika kami memerangi mereka sehingga orang yang terakhir lebih tinggi peluang kami untuk mendapat keredaan Allah dan syurganya. Tidak ada yang lebih menyejukkan hati kami daripada kamu ketika itu kerana kami akan mendapat salah satu daripada dua kebaikan; sama ada kami mendapat ghanimah dunia jika kami memang atau ghanimah akhirat jika kami tewas daripada kamu dan syurga lebih kami cintai daripada dua pilihan itu setelah kami berusaha. Sesungguhnya Allah berfirman kepada kami dalam kitabnya:

Bermaksud “berapa ramai kumpulan sedikit telah mengalalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar”.

“Tidak ada seorangpun dikalangan kami melainkan sentiasa berdoa pagi dan petang supaya dikurniakan kepadanya syahadah dan supaya dia tidak dipulangkan kenegerinya, tidak kepada isteri dan anak-anaknya, tidak ada seorangpun daripada kami bercita-cita untuk kembali setelah setiap orang daripada kami telah meninggalkan isteri dan anak-anaknya kepada tuhannya hanya yang menjadi cita-cita kami adalah apa yang dihadapan kami.”

“ Apa yang kamu kata bahawa kami dalam kesempitan dan kesusahan mengenai keadaan dan kehidupan kami, sebenarnya kami dalam keadaan mewah dan cukup, kalaulah dunia seluruhnya milik kami, kami tidak memerlukan melainkan apa yang kami perlu, maka lihatlah bagaimana yang kamu mahu melihat kami.”

“ Tidak ada pilihan lain antara kamu dan kami selain tiga pilihan yang akan kami terima daripada kamu, pilihlah apa yang kamu suka janganlah kamu mengikut nafsu dalam perkara batil itulah perintah amir kami dan itulah perintah amirul mukminin dan itu juga janji kami sebelumnya dengan rasulullah s.a.w.”

“ Sekiranya kamu menerima Islam ia adalah Agama yang Allah tidak menerima selainnya, dia agama sekelian nabi-nabiNya, rasul-rasul dan malaikatnya. Kami diperintahkan oleh Allah untuk memerangi sesiapa yang menentangnya kami akan mengharap mereka memeluk Islam; jika mereka menerima Islam maka menjadi hak mereka apa yang menjadi hak kami dan mereka adalah saudara kami dalam agama Allah, jika kamu dan sahabat kamu menerima Islam berbahagialah kamu dunia dan akhirat dan kami tidak akan memerangi kamu dan tidak halal kami menyakiti kamu. Jika kamu enggan melainkan membayar jizyah maka tunaikan jizyah dalam keadaan kamu menyerah kalah kami akan beruurusan dengan kamu mengikut apa yang dipersetujuai setiap tahun selagi kamu dan kami hidup, kami akan memerangi sesiapa yang memusuhi kamu, maruah, harta dan bumi kamu. Jika kamu enggan maka tidak ada hukuman antara kami dan kamu melainkan pedang sehingga kami semua mati atau kami menguasai negeri kamu. Inilah agama anutan kami kerana Allah taala; tidak harus ada penyelesaian lain antara kami dan kamu selainnya; Maka apakah pendapat kamu?”.

Petikan daripada karangan Dr Ali Muhammad Muhammad al-Solabi.

Inilah kefahaman generasi salaf, namun Islam kini kembali dagang sebagaimana ia bermula dengan dagang dan terasing namun manhaj nabi s.a.w. di zaman permulaan dakwah jelas tidak mencampur adukkan manhaj dan sibghatullah dengan mahaj-manhaj golongan yang tidak beriman dengan Allah. Rasa Izzah dengan Islam, tawakkal kepada Allah tidak akan mengizinkan golongan pendakwah mencari keredaan golongan yang membawa agenda musuh Islam dengan menolong mereka dan meminta pertolongan daripada mereka.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,

Pengerusi Biro Baitul Muslim,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Renungan2u

Jangan risau dengan apa orang kata
Senario A

Anda baru berpindah ke lokasi yang baru. Persekitarannya sangat berbeza kerana majoriti adalah komuniti Melayu yang agak ‘westernised’ tetapi rata-ratanya akrab di antara satu sama lain. Anda perlu bergaul dengan mereka kerana tugasan yang ada menyebabkan masing-masing sangat memerlukan di antara satu sama lain. Tudung ataupun hijab adalah suatu yang sangat janggal dan mereka semua memandang serong dengan anda yang berpakaian sedemikian. Apa rasa hati anda ?

Senario B

Sebagaimana teman sejawatan yang lain di pejabat, anda telah diwajibkan untuk menghadiri mesyuarat penting jabatan yang dikendalikan oleh bos anda. Dia adalah seorang  Muslim dan merupakan seorang ketua yang tegas dan serius. Mesyuarat yang bermula sejak jam 3 petang nampaknya belum nampak tanda akan berakhir walaupun jam telah menunjukkan pukul jam 6.30 petang. Agenda yang paling penting untuk mesyuarat ini kini mencapai kemuncaknya dan terus dibincangkan dengan penuh penumpuan oleh rakan-rakan sejawatan. Anda gelisah kerana belum lagi bersolat asar sedangkan waktu maghrib semakin hampir. Apa mereka akan kata kalau anda keluar untuk bersolat pada ketika ini?

Senario C

Anda menyertai rakan-rakan mahasiswa yang menginsafi bahawa anak bangsa anda adalah mereka yang perlu disedarkan. Ramai teman-teman sebaya anda yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti lepak, berpeleseran antara siswa dan siswi, kurang bermotivasi dan memang jelas tidak berwawasan. Namun mereka pula menganggap anda sebagai ketinggalan zaman, anti-sosial, ber-IQ rendah, pemecah-belah dan pelbagai ejekan dan tohmahan yang lain. Anda rasa tertekan dengan kata-kata mereka. Apa yang akan anda lakukan ?

Janganlah risau dengan apa yang orang kata…

Sebenarnya kita tidak perlu untuk menyebabkan diri kita sangat risau bagaimana orang lain memandang kita tetapi kita harus memberikan fokus bagaimana kita melihat dan menilai diri kita sendiri.

Kalau kita benar-benar meyakini bahawa apa yang kita buat adalah berdasarkan prinsip yang betul, maka kita harus bertegas dengannya. Namun elokkan sekiranya kita cuba untuk menjelaskan kenapa kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya mereka mahu mendengar atau berbincang dengan cara yang terbuka.

Kalau mereka menolak cara hidup atau amal kebaikan kita yang berlandaskan syariat ini, maka itu pilihan mereka. Kita hanya perlu menyampaikan dengan cara yang terbaik mungkin disamping berdoa supaya Allah membuka hati-hati mereka agar mereka jua diberikan petunjuk.

Jangan pula kita berkompromi dengan meninggalkan sesuatu yang benar ini kerana takut kehilangan kawan atau pun takut digelar sebagai kolot, ekstrimis, anti-sosial dan sebagainya. Kita perlu meletakkan fokus dan mengambil berat terhadap persiapan kita sebelum bertemu Allah swt.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Seorang pecinta kebaikan seharusnya beristiqamah dengan akhlak dan amalan yang baik sehingga kemurnian peribadinya terserlah kepada persekitarannya. Perilakunya yang tegas dengan kebenaran boleh menjadi pintu kepada hidayah Allah swt walaupun beliau mungkin berhadapan dengan rintangan daripada persekitarannya. Kita hanyanya berusaha yang terbaik sedangkan hasilnya adalah ketentuan yang bakal diberikan Allah di satu masa kelak.

Adalah menjadi resam dalam perjuangan hidup bahawa setiap amalan dan seruan kebaikan pasti mendapat tentangan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong”. (Surah al-Furqan: ayat 31).

Jadi, kita perlu bersama dengn istiqamah mendidik diri bagi merasai bahawa kita menitik-beratkan pandangan Allah tetapi bukan apa yang orang lain kata terhadap diri kita.

Saudaraku…

Teruskanlah perjuangan di mana jua anda berada dan sibukkanlah dirimu dengan amalan yang bermanfaat buat umat ini.

Janganlah risau dengan apa yang orang kata tetapi kita harus risau dengan apa yang Allah kata.

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,

Naib Presiden I I-Medik

Blog: Peduli Ummah

* Dr Zainur Rashid juga merupakan AJK ISMA Cawangan Seremban & Perunding Aman Palestin.

Wira dan peristiwa
Sejarah. Apabila disebut sahaja kalimah ini dihadapan mahasiswa dan mahasiswi, yang terbayang dalam benak fikiran mereka adalah buku tebal dengan bacaan berjela-jela, suasana suram, dan mengantuk. Satu mentaliti klise. Mungkin daripada satu sudut, benar. Cara pengajaran dan pembelajaran sejarah wajar diberi nafas baru. Daripada perspektif lain pula, mahasiswa dan mahasiswi sendiri perlu proaktif meneroka ufuk-ufuk baru daripada sejarah. Apa yang sangat perlu kita sepakati, sejarah boleh berulang.

Sejarah telah menyaksikan, jatuh bangun ramai wira di dunia. Daripada pelbagai aliran pemikiran dan falsafah kehidupan. Pro-pemerintah, pembangkang, anarki, demokrasi, diktator, federalisma, feudalisma, monarki, meritokrasi, oligarki, republik, teokrasi, autokrasi, sosialisma, kapitalisma, komunisma, liberal, ketenteraan, feminisma, gerila, sekular, humanisma, proletariat, aristokrasi, tirani, kristian ortodok, atheis, Islam, dan pelbagai lagi yang tidak tersebut di sini. Sangat berwarna-warni. Dan dari setiap satu ini, punyai wira atau wirawati mereka sendiri. Silih berganti sepanjang zaman.

Kita ambil komunisma sebagai contoh. Komunisma adalah manefestasi pemikiran Karl Marx terhadap kehidupan ini. Aliran pemikirannya dinamakan Marxisma. Manerusi ideologi Marxisma, punca kebejatan yang berlaku dalam masyarakat adalah kerana sistem sosial yang sarat dengan korupsi. Mereka melihat, dalam sistem sosial masyarakat, yang ada hanya golongan yang ditindas dan penindas. Golongan makan gaji dan pemberi gaji. Golongan ini menjadikan keadilan sosial sebagai inspirasi perjuangan. Faktor subjektif seperti budaya dan moral bukan penyebab utama. Komunis diterjemah menjadi satu gagasan yang besar, mencakupi aspek sosial, politik, dan ekonomi. Berlalu masa, kesinambungan perjuangan mereka diteruskan di merata negara oleh ‘wira’ seperti Vladimir Lenin, Joseph Stalin, Mao Zedong, Zhou Enlai, Ho Chi Minh, Nikita Khruschev, Fidel Castro, Che Guavara, Josip Broz Tito, Nicolae Ceausescu, Mikhail Gorbachev dan pelbagai lagi.

Benar, insprasi perjuangan mereka tidak Rabbani. Kerana itu, komunisma kini melalui era kematian. Namun, sejarah telah menjukkan kepada kita, pernah ada ‘wira’ yang berdiri teguh menjunjung tinggi gagasan perjuangan mereka. Kewujudan wira-wira ini merupakan sunnah alam.

Pembaca yang budiman,

Selain wira-wira, sejarah ini juga dibina dengan peristiwa yang berlaku sepanjang zaman. Satu peristiwa yang amat penting bagi seorang yang akidahnya adalah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad S.A.W adalah utusanNya ialah Perang Badar. 17 Ramadhan tahun Hijrah ke 2 adalah tarikh pertempuran ini berlaku dan Badar adalah tempatnya. Umum mengetahui, bilangan tentera muslimin sangat sedikit berbanding tentera musyrikin. Dengan kekuatan ketenteraan yang serba kurang dan tiada pengalaman peperangan yang besar atas nama Islam, kemenangan seakan-akan milik musyrikin sejak awal lagi. Namun, akidah adalah perbezaan utama antara 2 pasukan tentera ini. Satu berakidahkan selain Allah dan satu lagi menjadikan tauhid kepada Allah sebagai teras dalam setiap lapangan kehidupan. Maka Allah mengizinkan dan tentera muslimin menang. Cuba kita bayangkan sejenak, tanpa pengorbanan Rasulullah dan sahabat dalam peperangan ini, meletakkan jasad dan nyawa sebagai mahar perjuangan, mungkinkah beragama Islam kita kini? Keunggulan ganerasi awal yang dibina Rasulullah sangat sukar ditandingi dan peristiwa Perang Badar adalah manifestasi keimanan mereka.

Wira dan peristiwa. Begitulah 2 unsur penting dalam sejarah. Saling berkait dengan sangat rapat. Andai dipisahkan, maka tempang sejarah itu. Jesteru, apakah kaitan mahasiswa dan mahasiswi yang rata-rata sedang menghadapi peperiksaan ini, dengan wira dan peristiwa?

Menjadi seorang wira dengan peristiwa-peristiwa penting tidak banyak bilangannya. Daripada bilangan manusia yang begitu ramai, hanya segelintir sahaja tercatat dalam sejarah dengan peristiwa mereka. Mungkin, ada yang tergolong sebagai ‘the unsung hero’. Akan tetapi, yang lebih ramai hanyalah sebagai penonton atau pembaca semata-mata kepada sejarah. Mereka melalui hari-hari seperti biasa dengan rutin yang diulang-ulang. Tanpa sedar. Mereka lahir, membesar, bersekolah, belajar, bekerja, berkahwin, berkeluarga, menabung, melihat anak-anak mereka pula membesar, dan apabila sampai waktu yang Allah tetapkan, pulang menghadap pencipta, untuk dihisab amalan dunia. Bagaimana dengan kita?

Kebanyakkan daripada kita, melalui peperiksaan tanpa sedar. ‘Aku nak score exam ne’,’baca sikit-sikit, dapat naik tahun jadi la’,’lepas exam nak tour gi Turki’,’alahai, bile la exam ne nak abes’, dan pelbagai lagi ekspresi manusia. Sangat rugi seandainya kita hidup kosong tanpa apa-apa matlamat atau agenda. Sekiranya kita melihat peperiksaan sebagai peperiksaan, maka kita akan menghadapinya sebagai peperiksaan. Namun, seandainya kita melihat peperiksaan sebagai peluang untuk menjadi wira dan mencipta peristiwa sendiri, maka kita sebenarnya sedang bersiap menjadi seorang wira dan bakal mencipta peristiwa sendiri. Lantas, mana mungkin mereka yang mahu menjadi wira bermudah-mudahan culas dalam peperiksaan mereka. Malas mengulangkaji pelajaran, malas membuat latihan, luntur semangat walau peperiksaan belum berakhir, tidak menjaga solat, kurang membaca al quran, tidak menjaga hak-hak teman, kecewa akan kegagalan sebelum ini, dan pelbagai lagi tindakan negatif dalam tempoh peperiksaan tidak seharusnya dilakukan oleh mereka yang berazam menjadi wira. Kerana wira itu besar agendanya dan perbuatan negatif ini mencerminkan orang yang tidak beragenda, maka tidak seharusnya wira itu hidup dengan perbuatan seperti ini. Mari kita koreksi diri kita. Ana, antum, saya, kamu, penulis, pembaca, malah sesiapa sahaja. Untuk apa dan bagaimana kita menghadapi peperiksaan ini dan peperiksaan yang lalu. Bagaimana pula dengan yang akan datang.

Satu nasihat mudah sempena peperiksaan untuk diri saya dan sekalian jiwa yang membaca entri ini. Pastikan hidup kita beragenda. Adakah kita hanya mahu menjadi insan yang tenggelam dalam sejarah dunia tanpa apa-apa sumbangan? Cukupkah sekadar membaca sahaja kisah-kisah ganerasi awal Islam dan sejarah tamudun Islam yang gemilang lalu natijah daripada pembacaan tersebut adalah ‘pergh, hebat la sahabat dulu’,’oow, ne rupanya sejarah Islam’, dan ’eh, Islam pernah ada kat Sepanyol la dulu’?. Jangan jadi naïf. Adakah Islam sekadar menjadi bahan bacaan dan silibus? Tidak patutkah Islam tertegak di bumi nyata ini? Maka siapa yang perlu menegakkannya? Mana wira dan wirawati yang menanam benih perjuangan dalam dirinya lantas bangkit dengan peristiwa hebat lalu membina peradaban Islam yang gemilang ?

Pembaca yang dikasihi,

Persiapkan diri kita. Cari identiti dan agenda hidup. Jadikan Islam sebagai agenda yang kukuh terpasak dalam jiwa, sentiasa berlegar dalam benak pemkiran dan diterjemah dengan setiap gerak-geri kita. Maka berangkatlah sebagai wira yang bakal mencipta peristiwa besar bermula dengan peperiksaan ini. Demikian mahar seorang wira.

وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا

Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya) (At-Taubah:40)

Bukan sekadar peperiksaan.

Sekian.

Oleh: Muhammad AD bin Satiman,

Tahun 2, Kuliah Usuluddin,

Universiti Al-Azhar (Kaherah)

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Ibrah liberalisasi zaman Abassiyah
Lebih kurang 1200 tahun yang lampau, umat Islam pernah berada di puncak ketamadunan dunia. Ketika itu, ummah dipimpin oleh Khilafah Abbasiyah yang gah dengan pelbagai penemuan sains, falsafah, sejarah, kesusasteraan, matematik dan sebagainya. Melalui jalur ilmu inilah Eropah berjaya menemui kembali sinar ketamadunan mereka yang berkekalan sehingga hari ini. Namun demikian, ketinggian ketamadunan ini perlu dibayar dengan harga sebuah prinsip yang lahir dari Nabi SAW dan para sahabat.

Apabila umat Islam mula meluaskan empayarnya mereka bertembung dengan tamadun-tamadun silam iaitu tamadun Rom dan Parsi yang masih menyimpan khazanah-khazanah zaman kegemilangan mereka dahulu. Hasil dari pertembungan ini, para intelek dan ilmuan islam mula mengkaji khazanah-khazanah ini lantas mengeluarkan semula hasil-hasil kerja falsafah dari Plotinus, Aristotle, Plato, Socrates dan ramai lagi. Mereka teruja dengan kesamaan fikrah para ahli falsafah ini dengan doktrin tauhid yang dibawa Islam. Hasilnya, lahirlah sebuah komuniti ahli falsafah yang memainkan peranan besar di dalam masyarakat Islam.

Di samping komuniti ahli falsafah ini wujudnya dua lagi komuniti besar yang membentuk strata komuniti masyarakat Islam zaman Khilafah Abbasiah, iaitu komuniti Ulama dan komuniti Sufi. Selama berpuluh-puluh tahun komuniti Ulama mendapat tempat yang penting dalam pemerintahan Khilafah Abbasiah. Mereka memegang tampuk perundangan atau ‘Legisative Power’ di ketika itu.

Namun strata ini berubah apabila munculnya golongan falsafah yang semakin hari semakin liberal pemikiran mereka. Mereka digelar oleh golongan ulama sebagai golongan Mu’tazilah yang bermaksud ‘golongan yang terpisah’, iaitu terpisah dari mainstream disiplin ilmu yang sentiasa merujuk kepada teks al-Quran dan Sunnah. Saya secara peribadi memberi label ‘liberal’ kepada golongan ini kerana sejarah menunjukkan mereka adalah golongan yang meletakkan penggunaan akal di atas teks al-Qur’an dan Sunnah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Makmun iaitu Khalifah ke-7 Abbasiah, golongan liberal Muktazilah ini mula mendapat tempat di dalam ruang kuasa legislative. Mereka berjaya menyesarkan golongan Ulama dari kuasa legislatif sehinggakan mereka yang berasal dari sekolah-sekolah Ulama yang mahu mendapat kerja sebagai qadhi, hakim dan sebagainya terpaksa berikrar bahawa mereka akan mengutamakan akal di atas teks al-Qur’an dan Sunnah. Ringkasnya, pada era ini golongan Liberal berkuasa di Dunia Islam.

Pada sela waktu ini, munculnya seorang ulama yang ikhlas memperjuangkan keaslian Islam yang mengutamakan penggunaan teks al-Qur’an dan Sunnah dalam menentukan hala tuju ummah dari sekecil-kecil perkara kehidupan seharian kepada sebesar-besar pengurusan kerajaan. Dia adalah Imam Hanbali. Beliau tanpa lelah menyampaikan kepada masyarakat idea tentang bahaya pemikiran golongan liberal ini. Kemuncak perjuangan beliau berlaku apabila beliau dijemput ke Istana Khalifah untuk berdebat dengan golongan liberal Muktazilah tentang satu idea falsafah yang mengatakan bahawa al-Qur’an adalah makhluk.

Saya tidak mahu memanjangkan perbincangan tentang bagaimana falsafah al-Qur’an adalah makhluk begitu penting untuk didebatkan. Apa yang pasti, Imam Hanbali menolak sekeras-kerasnya falsafah ini di dalam debat tersebut. Akibatnya, beliau disumbat ke dalam penjara selama bertahun-tahun lamanya. Di dalam penjara, beliau didera sehingga sendi bahunya tercabut. Akhirnya dengan kesabaran beliau, setelah kemangkatan Khalifah Makmun, Khalifah ke-8 iaitu Khalifah Mu’tasim mengangkat semula martabat Ulama di atas permintaan rakyat.

Apa ibrahnya kisah yang panjang ini?

Saya tidak dapat lari daripada memerhatikan bahawa ummah islam di Malaysia pada hari ini berhadapan dengan ancaman yang sama. Ancaman golongan Liberal pada hari ini bukan sahaja bergerak di front-front biasa seperti Feminisme atau perjuangan mempertahankan LBGT. Malah mereka pada hari ini bergerak laju dalam arena politik, cuba mendapatkan kuasa legislatif dengan menggunakan front Liberal Demokrasi. Front Liberal Demokrasi ini wujud dengan jelas di dalam beberapa parti politik di Malaysia. Di dalam front Liberal Demokratik ini mereka bercakap dengan bahasa-bahasa yang mempesonakan seperti Hak Kesamarataan dan Hak Rakyat dan Kebebasan Bersuara.

Mereka dengan jelas meletakkan penggunaan akal di atas segala apa yang dipanggil teks agama. Lebih dari itu, arus Liberal hari ini lebih bahaya dari arus liberal Muktazilah kerana arus Liberal hari ini lahir dari semangat Sekularisme yang menolak agama. Ulama dan golongan agamawan (asatizah) harus bangkit sebagai baris hadapan melawan arus ini jika mahu melihat arus Islam terus mekar dalam membentuk tamadun ummah ini.

Demikianlah bagaimana sejarah Ummah terus berulang. Belajarlah dari sejarah wahai para Islamis.

Oleh: Anas Aminin W M Izzuddin

Setiausaha ISMA India

Sumber: Laman Web ISMA India

Erti perjuangan si anai-anai
Anai-anai adalah sejenis serangga ciptaan Allah yang memiliki potensi dan prestasi yag sangat hebat. Mereka hidup di dalam komuniti yang komited dengan sistem yang telah diatur bagi mempastikan kejayaan hala tuju kehidupan mereka.

1- Gabungan individu di dalam jamaah anai-anai sentiasa tekun mengerah keringat tanpa mengenal erti kepenatan bagi mencapai misi dan visi perjuangan hidup mereka. Masyarakat anai-anai yang komited ini telah dididik sejak kecil agar ber’iman’ dengan misi perjuangan mereka dan bersungguh-sungguh bagi memenuhi objektif bersama.

2- Anai-anai tidak bergaduh mengenai siapa buat kerja kurang atau pun kerja lebih. Bahkan kerja mereka terfokus kepada bidang tugas yang ditetapkan oleh kepimpinan jamaah anai-anai iaitu ratu anai-anai. Walaupun ramai orang yang tidak menyukai dan cuba untuk menghapuskan mereka, survival anai-anai adalah sesuatu yang hampir pasti disebabkan kesungguhan mereka untuk hidup dan berkembang dengan strategi yang ditentukan oleh ratu. Dalam erti kata lain, anai-anai bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ’jihad’ secara ber’pasukan’.

Ratu anai-anai

3- Ratu anai-anai dan barisan kepimpinannya akan sentiasa ditaati oleh pengikutnya yang berada di bawah sistem pentadbiran dan pengurusan yang satu sekali pun mahligai atau wilayah mereka semakin membesar seolah-olah wujudnya sebuah empayar yang hebat. Individu dan masyarakat anai-anai amat ber’disiplin’ di dalam mengatur dan melaksanakan gerak kerja mereka.

Namun ada 3 sempadan daripada jamaah anai-anai.

1-     Kewujudan anai-anai tidak disukai oleh mana-mana tuan rumah terutamanya kalau rumah mereka diperbuat daripada bahan yang tidak ‘immune’ kepada serangan anai-anai. Masyarakat anai-anai akan cuba dihapuskan sebelum ianya membiak dan menyebabkan kerosakan yang lebih besar. Kesilapan tuan rumah yang lambat mengawal anai-anai boleh menyebabkan kemusnahan yang besar kepada binaan tersebut. Satu pilihan lain yang boleh diambil oleh anai-anai ialah membina mahligainya sendiri jauh-jauh tanpa mengganggu atau mengambil alih binaan yang telah dibina oleh tuan rumah tersebut.

2-     Walau bagaimana besar dan cantiknya mahligai yang dibina oleh anai-anai, umum mendapati bahawa binaan mereka bukanlah binaan yang kuat kerana tidak menggunakan bahan yang solid dan strukturnya agak mudah untuk dihancurkan oleh musuh-musuh mereka. Sudah lama ratu dan kabinet anai-anai memikirkan tentang kelemahan institusi mereka namun mereka terpaksa akur dengan taqdir Ilahi dan pasrah dengan ketentuan daripadaNya.

3-     Kerja dan hobi anai-anai ialah membina, memperbaiki dan membesarkan rumah atau mahligai mereka (biasanya dipanggil busut anai-anai). Mereka begitu terfokus sehingga misi dan visinya adalah rumah, rumah dan rumah ! Jadi manusia yang beragenda besar tidak akan menghabiskan masa, duit, tenaga, fikiran dan kehidupannya untuk rumah, rumah dan rumah seperti jemaah anai-anai ini.

Mahligai anai-anai

Kesimpulan :

Rahsia kemenangan perjuangan adalah berpaksikan kepada kekuatan keimanan, perjuangan secara berpasukan dan memiliki anggota yang berdisiplin.

Organisasi yang hebat tidak boleh kekal menumpang di atas satu sistem yang rapuh walaupun kelihatan besar kerana binaan itu akan runtuh mahupun diruntuhkan.

Kewujudan perosak di dalam binaan akan menyebabkan kemusnahan yang besar sekiranya lambat dikesan dan dirawati

Banyak kebaikan yang boleh dimiliki oleh jamaah anai-anai namun komuniti anai-anai ini perlu berusaha untuk berdikari agar tidak dimusnahkan oleh empunya binaan.

Manusia yang hebat mesti mempunyai agenda hidup yang tersusun yang tentunya lebih baik daripada jamaah anai-anai yang komited terhadap rutin hidup mereka membina, memperbaiki dan membesarkan rumah di sepanjang masa.

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,

Naib Presiden I I-Medik

Blog: Peduli Ummah

* Dr Zainur Rashid juga merupakan AJK ISMA Cawangan Seremban & Perunding Aman Palestin.

Ada apa dengan 10 Muharram?
Tanggal 6 Disember ini sekali lagi umat Islam akan menyambut hari Asyura. Namun ada apa dengan hari Asyura ini. Sejauh mana kepentingan hari ini pada kehidupan individu Muslim dan bagaimana hari ini mampu memberi refleksi terhadap kehidupan mereka. Bagi sesetengah orang, apabila disebut hari Asyura sahaja akan terbayanglah bubur Asyura. Namun sedar tak sedar tarikh 10 Muharam ini sebenarnya mengungkap 1000 satu makna yang tersendiri.

Sesungguhnya hari Asyura merupakan hari yang sangat mulia dan sangat bersejarah bagi umat Islam. Berada dalam salah satu empat bulan yang haram menjadikannya sangat istimewa. Hal ini kerana Allah telah mengangkat darjat hari ini dengan berlakunya pelbagai peristiwa penting dan besar.

Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, benarkah Allah telah melebihkan hari Asyura dengan menjadikan bukit dan lain-lain lagi?” Jawab Rasulullah, “Benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan Luh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan penyakit nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah menerima taubat nabi Adam dan diampunkan dosa nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura.”

Bahkan hari Asyura juga ialah hari yang amat bermakna bagi kaum Yahudi dan dikenali sebagai Yom Kippur. Pada hari ini orang Yahudi akan berpuasa selama 25 jam selain mengharapkan keampunan tuhan agar dosa mereka diampunkan.

Ibn Abbas RA menceritakan bahawa Nabi SAW tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi SAW bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Pada hari ini Allah SWT menyelamatkan Musa AS dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka nabi Musa berpuasa pada hari tersebut. Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi SAW berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari)

Ibrah bagi mereka yang ingin berfikir

Setelah mengetahui hari Asyura yang kaya dengan sejarah ini, persoalannya ialah bagaimana kita dapat mengambil pengajaran daripada segala peristiwa yang berlaku untuk meningkatkan lagi iman kita. Peristiwa-peristiwa  besar seperti Allah menyelamatkan Nabi Musa AS dan Bani Israel daripada kekejaman Fir’aun dan tenteranya, Nabi Nuh AS dan pengikutnya diselamatkan Allah dari banjir yang besar, Nabi Ibrahim diselamatkan dari api raja Namrud dan Nabi Isa diangkat ke langit perlulah disambut dengan penuh iman yang akhirnya membuatkan kita untuk lebih bersyukur dan meletakkan segala pergantungan hidup kita hanya kepada Sang Pencipta.

Walau bagaimanapun, konsep syukur yang kita perlu faham di sini bukanlah hanya tertakluk kepada sujud syukur dan ucapan alhamdulillah semata-mata, tetapi rasa syukur yang sebenar lahir dari hati yang ikhlas seharusnya dizahirkan dalam bentuk amalan seperti menggunakan nikmat yang ada dengan sebaiknya. Sebagai contoh memberi nasihat, mencegah kemungkaran, menunaikan hak dan melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain, berpuasa misalnya.

Sejarah pensyariatan puasa pada hari Asyura bermula ketika junjungan kita Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari tersebut. Pada ketika itu, puasa pada hari Asyura merupakan kelaziman bagi masyarakat Quraisy dan Nabi dalam masa yang sama telah pun mula berpuasa sejak di Makkah lagi. Oleh kerana merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa AS dan kerana ingin menunjukkan ketaatan dan kesyukuran baginda, maka Nabi mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga menjadi suatu kewajipan ketika itu.

Daripada Aisyah RA katanya,

“Orang Quraisy zaman jahilliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura lalu baginda bersabda: “Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya.”

(Riwayat Bukhari)

Ibn Hajar Al-Asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan syariat puasa telah disyariatkan di bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajipan. Usaha Nabi yang bersungguh-sungguh untuk memuliakan hari ini menunjukkan hari ini benar-benar bermakna. Maka, amatlah rugi sekiranya kita sebagai golongan yang memahami tidak memanfaatkan sepenuhnya hari ini untuk beribadah dan mengejar redha Allah. Dalam masa yang sama, hal ini tidak bermakna kita hanya melebihkan amalan kita pada sesetengah hari dan mengurangkannya pada hari yang lain, tetapi dari sudut positifnya kita dapat menjadikan hari ini sebagai pemangkin untuk kita meningkatkan pengabdian kita kepada Allah.

Tambahan pula, dengan menghayati kisah di sebalik hari Asyura seperti hari pertama diciptakan langit dan bumi, sekurang-kurangnya dapat menyentuh hati kita untuk lebih menghayati ruh ketuhanan dan kekuasaan Allah.

Di samping itu, kita juga dapat mengambil pedoman untuk tidak mudah-mudah meniru perbuatan agama lain sepertimana mafhum sebuah hadis nabi mengatakan sekiranya kita meniru perlakuan sesuatu kaum, maka kita adalah sebahagian daripada mereka. Nabi telah menunjukkan contoh dengan berazam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram pada tahun seterusnya setelah mengetahui bahawa orang yahudi turut mengamalkan puasa tersebut.

Pada hari Asyura tersebut, kita juga perlulah mengenang suatu peristiwa yang amat menyayatkan hati  iaitu peristiwa syahidnya Husain bin Ali, cucu junjungan besar kita Nabi Muhammad. Umat Islam perlulah saling meningkatkan iman masing-masing dan menguatkan ikatan persaudaraan agar kita menjadi lebih kuat untuk menghadapi situasi yang semakin mencabar dewasa ini dan tidak mudah dikalahkan oleh musuh-musuh Islam.

Oleh: Ahmad Saiful Hafizi Johari,

Tahun 2, Perubatan,

Universiti Kaherah

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Dirikan solat Subuh berjemaah
Mari kita bayangkan kebarangkalian berlakunya satu situasi ini dalam kehidupan seharian.

‘Kokkokkokkok… Kokkokkokkok…’

Arghhh, kebencian sangat menebal dalam diri mendengarkan jam loceng berbunyi sekuat hati. Jam ku gapai menunjukkan jam 4 pagi. Di Jordan kala musim sejuk, inilah masa yang paling sesuai untuk bangkit bersiap menunaikan solat Subuh. Kepenatan masih terasa di urat-urat badan dan aku memutuskan untuk tidur kembali. Aku tak punya kekuatan untuk bangkit. Tiba-tiba, kedengaran pengumuman mengatakan 1000 dinar akan diberikan oleh utusan raja bagi sesiapa yang menunggu di luar kawasan rumahnya sekarang.

Tanpa berlengah, kepenatan hilang dan aku berlari sekuat tenaga ingin mengambil ganjaran yang diberikan. Kata utusan raja, ‘Sekiranya esok dan hari-hari kemudiannya engkau menunggu di tempat yang sama pada waktu yang sama, ganjaran yang sama akan diberikan setiap hari’. Aku berada di awangan. Selamanya takkan aku lupa dan lalai untuk mengutip ganjaranku setiap pagi. Oh ironinya, diri akukah itu?

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.”  (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk merangkak mendapatkan 1000 dinar, tak kuasa aku melakukannya. Menjatuhkan air muka sahaja. Lainlah sekiranya raja memberikan jutaan dinar, baruah berpatutan untuk aku merangkak mendapatkannya. Subhanallah. Namun kekasih junjungan mengatakan kita akan merangkak untuk mengerjakan solat Subuh sekiranya kita tahu ganjarannya. Bayangkan betapa hebatnya solat Subuh berjemaah sehingga kita boleh mendapatkan ganjaran sedemikian bukan sekali dalam satahun tetapi setiap hari selagi nyawa dikandung badan.

Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.

Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

“Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ” (HR Imam Al-Bukhari)

Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing syaitan di sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu mengenali mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan kemuraman dan kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.

Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda:

“Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” (HR Al-Bukhari)

Inilah ujian yang perit namun mereka yang benar-benar beriman akan mampu melaksanakannya. Nilai yang tertinggi akan diberikan kepada mereka yang istiqamah melakukannya pada awal waktu dan secara berjemaah dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Kekuatan dan perpaduan umat Islam dapat diterjemahkan dengan kemampuan kita untuk bangun mengerjakan solat Subuh berjemaah. Bagaimana harus kita bicarakan tentang strategi-strategi untuk mengalahkan Zionis laknatullah di Palestin dan dari sumber mana untuk kita dapatkan jutaan ringgit untuk menolong saudara-saudara kita di Somalia yang kebuluran sedangkan kita tidak punya sebarang kekuatan? Dalam surah Ar-ra’d, Allah ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib diri mereka sendiri ”.

Sekiranya seluruh umat Islam mampu untuk bangkit mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita akan yakin bahawa kemenangan Islam itu sangat dekat. Sehingga orang Yahudi mengatakan bahawa mereka sangat takut sekiranya mereka menyaksikan orang Islam memenuhi masjid di waktu Subuh. Namun, kenyataan hari ini mengatakan bahawa umat kita masih jauh daripada impian ini. Bagaimana mungkin kita menang pertempuran dengan musuh di luar sedangkan kita tewas dengan hawa nafsu sendiri?

Benarlah kemuliaan umat Islam itu terletak pada kemampuan mereka untuk bangun di waktu fajar. Rasullullah s.a.w pernah mendoakan umatnya, “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (yaitu mengerjakannya).” (HR Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Hinggakan kehebatan solat subuh berjemaah ini diibaratkan sama seperti beribadah keseluruhan malam. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. HR Muslim.

Wahai sahabat, marilah kita teliti perjalanan hidup kita. Di manakah letaknya taraf solat Subuh kita seharian? Ayuh kita ketepikan kelembutan selimut serta tilam dan marilah kita bersegera bangkit mengerjakan solat Subuh dan yang terbaik sekali secara berjemaah demi meraih keredhaan Allah dan melihat wajahNya yang agung di akhirat kelak seperti diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (HR Bukhari dan Muslim).

Inilah ganjaran yang paling hebat yang mampu diperolehi oleh manusia iaitu mampu untuk melihat tuhan mereka di akhirat kelak. Dan antara caranya adalah dengan mengerjakan solat sebelum terbitnya matahari.

Akhirnya, semoga beginilah situasi kita setiap pagi,

‘Kringg kringg’. Dengan mata yang masih diulit sisa-sisa mengantuk, aku melihat jam. Pukul 4 pagi. Terngiang-ngiang di telinga surah al-Israa’ ayat 78,

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari dan hingga waktu gelap malam, dan sembahyang subuh, sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”

Mengenangkan cintaku kepadaNya, aku bingkas bangun. Mengenepikan selimut seberat 8 kilogram, melawan kedinginan suhu udara dan air lantas mengambil wuduk. Seterusnya mengejutkan dan menunggu teman-teman yang lain, mengambil al-Quran di rak dan bersama-sama meredah kegelapan fajar menuju ke masjid. Benar. Itulah aku setiap pagi dan setiap hari.

Oleh: Hamizah  Abdul Rahman,

Tahun 4  Perubatan,

Jordan University of Science and Technology

Sumber: Laman Web ISMA Jordan

Fiqh Dakwah Fardiyah (Siri 1)
Metodologi Dakwah Fardiyah

Dakwah Ilallah adalah semulia-mulia amal dan sebaik-baik perkataan di sisi Allah swt. Salah satu seni dakwah terpenting dan kaedah tajmik yang meluaskan qaedah sulbah ialah dengan dakwah fardiyah (DF).

Dakwah fardiyah adalah seni perhubungan antara seorang da’ie dengan mad’unya (sasarannya) dalam bentuk hubungan peribadi secara langsung.

Dakwah fardiyah boleh dilakukan sama ada dari individu yang intima’ kepada mana-mana jamaah yang melaksanakan tugas dakwah, menyampaikan fikroh Islam sehingga menarik untuk menggabungkan diri ke dalam jamaah tersebut. Ia juga boleh dilakukan oleh individu yang tidak terlibat dengan mana-mana jamaah atas tujuan menyerunya ke jalan Allah.

Dakwah fardiyah berada di kedudukan asas dalam fiqh dakwah Ikhwanul Muslimin dan ia adalah salah satu perkara yang perlu dan mesti terutama di marhalah ta’sis iaitu marhalah memilih jil ta’sis untuk menjadi kawader dakwah yang mampu memikul beban dakwah yang cukup berat.

Manhaj dakwah kita menekankan bahawa pentarbiyahan individu, merubah dan memimpin jiwa manusia agar selari dengan manhaj robbani memerlukan kepada bi’ah atau lingkungan persekitaran. Ia adalah satu keperluan untuk membina rijal dan mentarbiyah mereka.

Dakwah fardiyah dan seni tajmik adalah wasilah mendapatkan tenaga baru dakwah dan menyusun mereka di dalam susunan tarbiyah dan organisasi.

Namun dalam melaksanakan seni dakwah fardiyah dan tajmik, terdapat kelemahan yang ketara di kalangan para penggerak dakwah terutama dalam aspek-aspek berikut :

Dakwah yang bersifat umum (generalize) dalam mensyarahkan asas-asas Islam. Kurang menimbulkan daya tarikan. Mungkin juga para du’at tidak membuat kajian mendalam terhadap latar belakang ma’du terutama aspek kejiwaan, pemikiran dan sosial.

Dakwah yang bersifat spontan dan tidak ada perancangan dan bersistem yang tersusun. Berkemungkinan para du’at hari ini tidak memiliki panduan khusus seni dakwah fardiyah, kemahiran seni tajmik, tidak tahu abjadiyat dakwah dan tarbiyah dalam memahami perkembangan mad’u dan kurang membaca buku berkaitan seni dakwah fardiyah. Di samping itu tidak ada usaha mengumpul pengalaman dan perkongsian dalam melaksanakan seni dakwah fardiyah. Mereka yang terlibat perlu ada unit (lujnah) khusus yang menilai, memantau dan mengembangkan seni ini sehingga ia membina bunu’ at-tajribah (bank pengalaman) untuk panduan kepada du’at lain.

Tidak mengambil kira realiti kekangan hidup semasa dan tekanan musuh-musuh Islam dalam merosakkan pemikiran umat dan meleburkan keperibadian muslim terutama dalam era globalisasi. Serangan pemikiran hari ini tidak tertumpu kepada media cetak semata-mata tetapi menggunakan media maya seperti facebook, website, twitters dan sebagainya. Usaha yang sedikit dari pejuang harakah Islam dibandingkan dengan musuh-musuh Islam yang menggunakan teknologi moden hari ini.

Para du’at perlu membuat penilaian semula terhadap cara-cara, metodologi dan kaedah-kaedah agar keberkesanan pelaksanana tajmik dan seni dafkwah fardiyah. Dakwah fardiyah perlu dilakukan secara manhajiah (bermetod) dan mubarmajah (berprogram ) supaya seni ini menjadi satu institusi dominan dalam membina kader-kader baru dakwah.

Kenapa Dakwah Fardiyah perlu kepada metodologi ?

Untuk mengembangkan seni dakwah para du’at dan memperkayakan uslub dakwah terutama dalam amal tajmik. Ini penting kerana seni tajmik diperolehi melalui pengalaman dan pergaulan yang luas bersama kelompok ma’du. Ia tidak diperolehi secara teori dan pembacaan buku.

Memberikan pengetahuan dan maklumat kepada da’ie bagaimana membina seorang mad’u sehingga dia menggabungkan dirinya ke dalam jamaah. Daie diberikan maklumat bagaimana menyampaikan fikroh Islam kepada ma’du, memahami marhalah-marhalah, langkah-langkah pelaksanaan dan peta amal dakwah fardiyah secara syumul dan bersepadu, jauh dari melakukan secara semberono atau spontan tanpa berobjektif.

Belajar membuat penilaian kepada ma’du , membina kaedah-kaedah penilaian dan pengukuran dalam membuat pemilihan mad’u  yang baik, memenuhi kriteria ke sof jamaah.

Mengurangkan jangkaan-jangkaan perbezaan dalam menilai dan menimbang kriteria individu yang dicalonkan untuk menganggotai organisasi melalui syarat-syarat keanggotaan ahli baru.

Menjaga kesatuan kefahaman jamaah dan wasilah jamaah. Ia bertujuan menjauhkan  jamaah dari pelbagai aliran pemikiran kepada satu aliran pemikiran sahaja.

Menggunakan  cara yang pintas (accelarated method) dan memaksimakan usaha dalam melakar langkah dan marhalah keanggotaan ahli baru dengan menempatkannya di tempat sesuai untuk mematangkan proses tarbiyah tersebut.

Peringkat-Peringkat Dakwah Fardiyah

Peringkat 1 : Membuat pemilihan yang baik. ( Husnul inttiqo’)

Peringkat 2 :  Bina hubungan personal dan bertaaruf dengan peribadi mad’u. (As-silah as-syaksiyah wa at-taaruf ‘ala syaksiyah al-mad’u)

Peringkat 3 :    Membina kepercayaan (thiqah) mad’u dan mencintainya. (kasb thiqoh al-mad’u wa mahabbatuhu)

Peringkat 4 : Melakukan persiapan fikroh dan pembinaan akidah ma’du. ( I’dad fikri wal bina’ aqidi)

Peringkat 5 : Mentarbiyah dan membentuk sikap ( tingkahlaku ) mad’u. (at-tarbiyah as-sulukiyah)

Peringkat 6 : Mengasaskan fiqh amal jamaie dan dakwah kepada mad’u. ( ta’sis fiqh amal jamaie wa dakwah)

Peringkat 7 : Memberi pengenalan tentang konsep jamaah muslimah. ( at-ta’rif bi jamaah muslimah)

Peringkat 8 : Membuat proses selektif  keanggotaan dalam bentuk latihan dan praktikal kepada mad’u. (al-ikhtiyar al-amali)

Peringkat 9 : Pencalonan keanggotaan. (at-tarsyih)

Peringkat 10 : Penawaran untuk menggabungkan diri dengan jamaah islamiah. (mufatahah wal intisab wal bai’ah)

Inilah beberapa peringkat yang perlu dilakukan oleh para kader atau murobbi dalam pengoperasian seni dakwah fardiyah dan tajmik. Insya Allah akan dihuraikan peringkat-peringkat ini dalam tulisan akan datang.

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,

Naib Yang Dipertua,

ISMA Seremban

Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Kerana mulut badan merana
Saya teringat kepada satu pepatah Melayu yang begitu bermakna yang  pernah diajarkan oleh guru Bahasa Malaysia semasa belajar di sekolah  menengah dahulu yang berbunyi:

“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”

Saya tidak mampu mentafsirkan bahagian pertama pepatah ini akan  kenapa pulut boleh membinasakan santan, tetapi saya amat pasti bahawa  frasa seterusnya tidak memerlukan sebarang pentafsiran yang mengatakan  bahawa kerana mulut badan boleh binasa.

Pepatah  Melayu ini merupakan satu daripada ribuan khazanah peringatan yang  ditinggalkan oleh nenek moyang kepada kita semua. Ia memperingatkan  kepada kita bahawa perbuatan mengatakan atau mengucapkan perkataan yang  tidak baik boleh mendatangkan bencana, bukan sahaja kepada diri sendiri  bahkan juga terhadap orang lain.

Lidah dan pena adalah anugerah Allah kepada kita untuk berkomunikasi  tetapi sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan dan penulisan  yang mendatangkan keburukan seperti berdusta, menyebar fitnah dan  bermaksud jahat yang membawa menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi  kalau sesama Muslim.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata,  lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan  kebajikan dan jalan kejahatan).” (Surah al-Balad: ayat 8-10)

Apakah di antara kesan-kesan daripada tidak menjaga tutur-kata?

1- Fakta-fakta tersebut mungkin salah dan kita akan menanggung dosa

2- Perkataan tersebut boleh menyebabkan saudara Muslim kita berkecil hati

3- Ukhuwah di kalangan sesama umat Islam kian tercalar

4- Menyukarkan usaha-sama di kalangan umat Islam

5- Boleh menyebabkan pergaduhan, perpecahan dan huru-hara

6- Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar-luaskan dosa di kalangan umat

7- Kejayaan dan kegembiraan di pihak musuh-musuh Islam

Adalah  lebih elok sekiranya kita membudayakan sikap berhati-hati dalam  percakapan atau penulisan sehari-harian walaupun dengan menulis sebuah  status baru di FB. Jika dikhuatiri tidak elok dan mungkin boleh  memudaratkan, lebih baik kita berdiam diri. Ini akan mengelakkan diri  daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati.

Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi jika ada orang tengah yang  silap mendengar atau juga mungkin ‘batu api’ yang kemudiannya bertindak  menyebarkannya. Bak kata pepatah ´terlajak perahu boleh berundur,  terlajak kata buruk padahnya´.

Samada disedari atau pun tidak, lidah dan pena kita juga boleh  menjadi alat penyebaran fitnah dan mengadu domba yang boleh menyebabkan  perpecahan dan huru-hara di kalangan masyarakat Islam.

Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (Surah al-Baqarah ayat 191)

Kita juga tidak mahu supaya kita termasuk di kalangan mereka yang  dicelakakan oleh Allah swt sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Surah al-Humazah: 1)

Hanya orang yang berpekerti buruk akan melahirkan perkataan yang  buruk walaupun dia mungkin berwajahkan seorang yang kelihatan soleh dan  solehah. Manakala orang yang cerdik tidak akan mengeluarkan perkataan  buruk apatah lagi ‘bermulut celupar’ yang secara langsung melambangkan  kejelekan dirinya sendiri.

Ajarilah  jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan  kerendahan. Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, nescaya ia akan membenci  kehinaan. Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar, nescaya ia  akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil. Ar-Raqaiq (Muhammad Ahmad ar Rashid)

Ayuh teman dan kenalan, mari fokuskan hati dan pemikiran kita kepada  agenda-agenda besar yang akan menyumbang ke arah pembinaan jati-diri  umat dan jauhilah tabiat suka berdebat, berhujah, bertengkar dan banyak  berbicara yang tidak akan membawa kita berganjak ke mana-mana.

Marilah kita sama-sama membudayakan sikap menjaga lidah dan pena.

Ya Allah, bantulah kami dan umat Islam sekeliannya dalam mendepani ujian kehidupan ini… Amin Ya Rabb.

Prof.  Madya Dr. Zainur Rashid  Bin  Zainuddin,

Naib Presiden I I-Medik

Blog: Peduli Ummah

* Dr Zainur Rashid juga merupakan AJK ISMA Cawangan Seremban & Perunding Aman Palestin.