ISMAWeb » Minda Presiden

Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 3)
Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal

Tahaluf dalam konteks amalan parti politik Malaysia

Tahaluf sebegini termasuk dalam tasarruf imam atau pemerintah, walau bagaimanapun kaedah yang sama harus dipakai oleh gerakan Islam dalam menjalin hubungan mereka dengan individu dan  organisasi bukan Islam.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan terdahulu, terdapat dua pandangan ulamak dalam hal ini. Pertama mengharamkan tahaluf secara mutlak dan yang kedua mengharuskannya dengan meletakkannya di bawah urusan pemerintah atau pemimpin. Persoalan ini terangkum dalam ijtihad maslahi. Pendapat tersebut dipersetujui oleh Ahmad al-Rashid yang berpendapat hukumnya harus dengan syarat-syarat tertentu  bagi kategori tahaluf siyasi dan bukan peperangan.

Di atas asas itulah, kita boleh mengambil kaedah ijtihad maslahi yang dipegang oleh para ulama untuk mengukur sejauh mana amalan tahaluf yang diamalkan oleh parti umat Islam di Malaysia bertepatan dengan ijtihad maslahi. Berdasarkan perbincangan yang lalu, berikut beberapa syarat yang dinyatakan oleh pada ulama yang dapat saya simpulkan. Syarat-syarat ijtihad maslahi (bab dhorurah) seperti berikut:

Hendaklah wujud maslahah rajihah

Tidak melebihi kadar yang diperlukan

Maslahah yang pasti (qat’iyyah)

Maslahah bersifat “kulliyah”

Ditambah dengan syarat-syarat tahaluf yang lain:

Hendaklah hukum Islam yang dominan (Syarbini)

Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi)

Mereka tidak berada di saf hadapan (Maliki)

Mereka adalah golongan yang minoriti (al-Hazimi)

Ada manfaat khusus yang boleh diambil daripada orang kafir

Daripada kajian dan penelitian terhadap dalil-dalil syarak di atas, al-aslu dalam konteks hubungan muslim dengan golongan bukan Islam ialah al-bara` yakni tiada pertanggungjawaban dan permuafakatan. Cuma dalam konteks semasa, konsep tahaluf dilihat sebagai hukum pengecualian dan termasuk dalam bab dhorurat. Perkara yang menjadi kesukaran kepada saya dalam pembentangan ini ialah tiada satu cadangan bertulis daripada mana-mana parti umat Islam yang menjelaskan kaedah ijtihad yang diambil dalam amalan tahaluf yang mereka lakukan. Oleh itu saya merumuskan perbincangan dan perbahasan ini banyak bergantung kepada aspek pemerhatian dan tindak-tanduk luaran semata-mata. Allahu al-Musta’an.

Analisa tahaluf siasi semasa

Oleh itu saya akan cuba bicarakan isu ini dalam konteks percaturan secara umum. Sejauh manakah tahaluf yang diamalkan oleh parti-parti Melayu membawa kemaslahatan kepada umat Islam secara keseluruhannya, bukan maslahah parti-parti.

Pada dasarnya kita sewajarnya bergantung harap hanya kepada kekuatan orang Islam. Bekerjasama dengan orang kafir adalah satu pengecualian atas sebab dhorurah atau hajat yang rajihah.

Hari ini kuasa politik orang Melayu ternyata lemah oleh sebab perpecahan mereka kepada beberapa puak. Dalam konteks BN, UMNO dilihat begitu tercabar dan begitu juga dalam konteks PR, PAS tidak dominan bahkan sering dilihat kalah.  Di pihak yang lain parti-parti bukan Islam semuanya bersatu memperjuangkan kaum mereka.

Ternyata parti-parti bukan Islam tidak boleh dipercayai dan mempunyai agenda. Dalam konteks PR, pemimpin DAP ternyata lebih menonjol berbanding PAS dan dengan nyata menentang negara Islam dan membawa agenda yang bercanggah dengan kepentingan orang Islam. Saya tidak lihat tahaluf dua pihak pada hari ini dengan parti bukan Islam boleh membawa apa-apa kemaslahatan atau keadaan yang lebih baik kepada umat Islam. Seperti disebutkan sebelum ini dominasi kekuasaan Islam adalah salah satu antara syarat untuk mengharuskan tahaluf.

Cuma satu pemerhatian kecil dominasi UMNO dalam konteks BN lebih kuat berbanding dengan dominasi PAS dalam PR.

Apakah maslahah yang rajih dalam konteks percaturan politik hari ini?

Pada pandangan saya maslahah terbesar ialah menjaga dominasi kekuasaan orang Islam. Itu adalah had minima daripada maksud siasah syariyyah. Parti-parti umat Islam dalam BN (UMNO) dan dalam PR (PAS) secara berasingan tidak akan dapat merealisasikan maslahah ini. Sebab itu saya mencadangkan wujud pemuafakatan di kalangan umat Islam dan secara khusus antara dua parti ini.

Walau bagaimanapun wujud kemusykilan-kemusykilan yang menghalang usaha ke arah itu:

Kemusykilan 1

Muwazanah antara dua kemudharatan

PAS mungkin mendakwa bahawa menjatuhkan UMNO lebih maslahah. Secara dakwaan PR akan membawa keadilan dan mengamalkan sebuah kerajaan berdasarkan prinsip good governance. UMNO adalah parti nasionalis sekular yang dianggap korup / rasuah dan melakukan banyak salah guna kuasa, dan PR membawa agenda sosialis liberal demokratik yang berkonsepkan multiracial. Dalam kes ini mujtahid kena mengimbangkan antara maslahah jatuhkan BN/UMNO yang korup dengan menaikkan PR yang menegakkan arus liberal. Situasi manakah yang lebih menjaga maslahah umat Islam, iaitu dominasi kuasa berada di tangan orang Islam.

Kemusykilan 2

Kewajipan menegakkan syariat

Ada tanggapan bahawa jika PR menang pilihan raya, ia adalah perubah untuk melaksanakan Islam atau menegakkan negara Islam. Dokumen bertulis PR dengan nyata mengatakan bahawa menubuhkan negara Islam bukan agendanya. Oleh itu pilihan antara BN dan PR bukan pilihan antara negara syariah dengan negara sekular tetapi alternatif untuk negara yang lebih telus dan demokratik sebagaimana didakwa. Walaupun PAS mungkin cuba untuk mendefinisikan manifesto PR bertepatan dengan semangat syariat, saya berpendapat itu takwil yang agak jauh.

Kemusykilan 3

DAP lebih Islam dari UMNO

PAS juga menganggap kerjasama dengan UMNO sebagai haram kerana ia parti nasionalis sekular. Hujah yang sama juga wujud pada kerjasama dengan DAP. Bahkan DAP pada pandangan saya lebih buruk daripada UMNO kerana dari segi ideologi dan juga memusuhi Islam. Penolakan UMNO boleh ditakwil atas sebab ketidakmampuan bukan kerana ingkar. UMNO boleh dikategorikan sebagai nasionalis sekular tetapi ia tidak menentang Islam sebagai agama.

Menurut Ahmad Rasyid (2004), mendapatkan bantuan dari orang fasik adalah harus. Mereka boleh ambil alih tempat orang kafir. Termasuk dalam neraca parti-parti ini. Banyak parti yang pemikirannya tidak sampai kafir dan ia tidak memusuhi Islam, tetapi ia terikut-ikut dengan arus dan tenggelam, lalu tidak beriltizam dengan syariat, tanpa memusuhi syariat sebaliknya ia didorong oleh fahaman nasionalis, kebebasan dan hak asasi manusia.

Kemusykilan 4

Sejauh manakah UMNO boleh dipercayai?

UMNO dikatakan telah menolak PAS keluar dari pakatan pada 1978. UMNO tidak boleh dipercayai. Secara teori orang beriman lebih boleh dipercayai daripada orang kafir. Saya kira perlu ada pendedahan yang lebih objektif tentang kenapa perkara itu berlaku. Bagi saya politik memang begitu ia berasaskan maslahah. Sebagai parti yang berpengalaman PAS harus boleh menguruskan urusan parti politik dengan baik.

Kemusykilan 5

Perpaduan Melayu adalah taktik UMNO untuk pecahkan PR

Perpaduan Melayu adalah taktik UMNO untuk pecahkan PR, dan apabila PR kalah UMNO akan kembali kepada tabiat asal. Bagi saya secara politik alasan ini agak releven. Saya mencadangkan sepatutnya ada jaminan dan ada fasa menguji niat antara dua pihak.

Penutup

Demikian sedikit sebanyak kajian yang dapat saya buat. Saya telah mendedahkan maksud siyasah syariyyah, kaedah maslahah, asal hubungan antara orang Islam dan orang kafir. Saya mengatakan bahawa tahaluf adalah sejenis pengecualian dan dia diletakkan di bawah tindak tanduk pemerintah berdasarkan maslahah. Saya juga telah menjelaskan syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulamak untuk bertahaluf. Di akhir kajian saya memilih untuk tidak membincang tajuk berasaskan senario-senario parti pemerintah dan pembangkang tetapi memilih hanya satu senario sahaja, iaitu permuafakatan antara orang Islam. Ia yang paling tepat pada hemat saya untuk menjaga maksud siasah syariyyah dan meraikan syarat ketat dalam melaksanakan tahaluf dengan pihak kafir sehingga saya percaya ia hampir mustahil berlaku.

Wallahu a’lam.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

* Kertas kerja ‘Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal’ ini telah dibentangkan di Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia pada 12 November 2011.

Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 2)
Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal

Asas hubungan antara Islam dengan kufur

Asas hubungan antara Islam dan kafir ialah berdasarkan al-bara’ (lakum dinukum waliyadin).

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali-’Imraan: 28)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal: 39)

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” ( Al-Mumtahanah: 8 )

Ini memberi makna bahawa tiada apa-apa hubungan antara orang Islam dan orang kafir yang sama dengan hubungan antara orang Islam dengan orang Islam. Tahaluf siyasi yang kita bincangkan sekarang adalah dalam kategori pengecualian. Paling tinggi hukum tahaluf ialah harus tidak lebih dari itu. Al-Aslu orang Islam mesti perkukuhkan hubungan sesama Islam sehingga kalimah Allah menjadi yang tertinggi.

“Orang kafir setengah mereka menjadi wali kepada setengah yanglain, jika kamu tidak melakukan seperti mereka akan terjadilah fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Tahaluf  siyasisyar’i dari sudut pengertian dan hukum

Tahaluf siyasi boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik. Untuk mengetahui hukum tahaluf siasi di sisi Islam, ulama memecahkan maksud tahaluf kepada dua komponen iaitu; pertama: meminta bantuan dari orang kafir dan kedua orang Islam membantu orang kafir. Tahaluf adalah kelakuan imbal balas antara dua pihak, orang Islam minta bantuan dengan orang kafir dan orang Islam memberi bantuan kepada orang kafir, berlaku di sana realiti tolong menolong. Satu segi kita minta tolong dan satu segi lagi kita menolong.

Menurut Ahmad Rasyid (313), al-hilfu adalah tindakan imbal balas antara dua pihak. Satu pihak kita meminta tolong dari orang lain dan pada satu pihak yang lain kita menolong orang lain berdasarkan keperluan kita dan keperluan sekutu kita. Oleh itu saya berpendapat bahawa sighah al-tafa’ul lebih layak untuk mengungkap maksudnya. Dengan kita sebut al-tahaluf, sighah akan menunjukkan wujud tindak balas dua hala.

Hukum minta tolong daripada orang kafir

Berikut adalah nas-nas yangberkaitan dengan tahaluf siyasi:

Kumpulan hadis yang melarang

Hadis pertama:

قال البيهقي أَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُحَدَّثَنَاأَبُوالْعَبَّاسِ : مُحَمَّدُبْنُيَعْقُوبَحَدَّثَنَامُحَمَّدُبْنُعَبْدِاللَّهِبْنِعَبْدِالْحَكَمِأَخْبَرَنَاابْنُوَهْبٍأَخْبَرَنِىمَالِكُبْنُأَنَسٍعَنِالْفُضَيْلِبْنِأَبِىعَبْدِاللَّهِعَنْعَبْدِاللَّهِبْنِنِيَارٍعَنْعُرْوَةَبْنِالزُّبَيْرِعَنْعَائِشَةَرَضِىَاللَّهُعَنْهَاقَالَتْ : لَمَّاخَرَجَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- قِبَلَبَدْرٍفَلَمَّاكَانَبِحَرَّةِالْوَبَرَةِأَدْرَكَهُرَجُلٌقَدْكَانَيُذْكَرُمِنْهُجُرْأَةٌوَنَجْدَةٌفَفَرِحَأَصْحَابُرَسُولِاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- حِينَرَأَوْهُفَلَمَّاأَدْرَكَهُقَالَ : يَارَسُولَاللَّهِجِئْتُلأَتَّبِعَكَوَأُصِيبَمَعَكَ. فَقَالَلَهُرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- :«تُؤْمِنُبِاللَّهِوَرَسُولِهِ؟»قَالَ : لاَ. قَالَ :«فَارْجِعْفَلَنْأَسْتَعِينَبِمُشْرِكٍ»قَالَ : ثُمَّمَضَىحَتَّىإِذَاكَانَتِالشَّجَرَةُأَدْرَكَهُالرَّجُلُفَقَالَلَهُكَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍفَقَالَلَهُالنَّبِىُّ–صلىاللهعليهوسلم- كَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍقَالَلاَقَالَفَارْجِعْفَلَنْأَسْتَعِينَبِمُشْرِكٍقَالَتْفَرَجَعَثُمَّأَدْرَكَهُبِالْبَيْدَاءِفَقَالَلَهُكَمَاقَالَأَوَّلَمَرَّةٍ :«تُؤْمِنُبِاللَّهِوَرَسُولِهِ؟»قَالَ : نَعَمْ. فَقَالَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- :«فَانْطَلِقْ»

كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة

Hadis kedua:

قال البيهقي وَأَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُحَدَّثَنَامُكْرَمُبْنُأَحْمَدَالْقَاضِىحَدَّثَنَاعَبْدُاللَّهِبْنُرَوْحٍالْمَدَائِنِىُّحَدَّثَنَايَزِيدُبْنُهَارُونَأَخْبَرَنَاالْمُسْتَلِمُبْنُسَعِيدٍالثَّقَفِىُّعَنْخُبَيْبِبْنِعَبْدِالرَّحْمَنِعَنْأَبِيهِعَنْجَدِّهِقَالَ : خَرَجَرَسُولُاللَّهِ–صلىاللهعليهوسلم- فِىبَعْضِغَزَوَاتِهِفَأَتَيْتُهُأَنَاوَرَجُلٌقَبْلَأَنْنُسْلِمَفَقُلْنَا : إِنَّانَسْتَحِىأَنْيَشْهَدَقَوْمُنَامَشْهَدًافَلاَنَشْهَدُهُقَالَ :«أَسْلَمْتُمَا؟»قُلْنَا : لاَ. قَالَ :«فَإِنَّالاَنَسْتَعِينُبِالْمُشْرِكِينَعَلَىالْمُشْرِكِينَ». فَأَسْلَمْنَاوَشَهِدْنَا.

كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة

Hadis ketiga:

قال البيهقي وَقَدْأَخْبَرَنَامُحَمَّدُبْنُعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُأَخْبَرَنِىأَحْمَدُبْنُمُحَمَّدٍالْعَنَزِىُّحَدَّثَنَاعُثْمَانُبْنُسَعِيدٍالدَّارِمِىُّحَدَّثَنَايُوسُفُبْنُعَمْرٍوالْمَرْوَزِىُّحَدَّثَنَاالْفَضْلُبْنُمُوسَىالسِّينَانِىُّعَنْمُحَمَّدِبْنِعَمْرٍوعَنْسَعِيدِبْنِالْمُنْذِرِعَنْأَبِىحُمَيْدٍالسَّاعِدِىِّرَضِىَاللَّهُعَنْهُقَالَ : خَرَجَرَسُولُاللَّهِ -صلىاللهعليهوسلم- حَتَّىإِذَاخَلَّفَثَنِيَّةَالْوَدَاعِإِذَاكَتِيبَةٌقَالَ :«مَنْهَؤُلاَءِ؟»قَالُوا : بَنِىقَيْنُقَاعَوَهُوَرَهْطُعَبْدِاللَّهِبْنِسَلاَمٍ.

قَالَ :«وَأَسْلَمُوا؟»قَالُوا : لاَبَلْهُمْعَلَىدِينِهِمْ. قَالَ :«قُلْلَهُمْفَلْيَرْجِعُوافَإِنَّالاَنَسْتَعِينُبِالْمُشْرِكِينَ»هَذَاالإِسْنَادُأَصَحُّ.

كتاب سنن البيهقي في باب ما جاء في الاستعانة

Kumpulan hadis yang mengharuskan:

1. Meminta tolong di dalam perang Hunain

أخبرناالحسنبنيعقوببنيوسفالعدل،ثنايحيىبنأبيطالب،ثنايزيدبنهارون،أنبأشريك،عنعبدالعزيزبنرفيع،عنأميةبنصفوانبنأمية،عنأبيه،أنالنبيصلىاللهعليهوسلماستعارمنهأدرعايومحنينفقال : أغصبيامحمد؟قال : «لا،بلعاريةمضمونة»«ولهشاهدعنابنعباسرضياللهعنهما» رواه الحاكم في المستدرك.

أَنّالْإِمَامَلَهُأَنْيَسْتَعِيرَسِلَاحَالْمُشْرِكِينَوَعُدّتَهُمْلِقِتَالِعَدُوّهِكَمَااسْتَعَارَرَسُولُاللّهِصَلّىاللّهُعَلَيْهِوَسَلّمَأَدْرَاعَصَفْوَانَوَهُوَيَوْمَئِذٍمُشْرِكٌ (قول ابن القيم الجوزي في زاد المعاد 2/190)

2. Nabi meminta tolong pengintip yang kafir

أَنّالِاسْتِعَانَةَبِالْمُشْرِكِالْمَأْمُونِفِيالْجِهَادِجَائِزَةٌعِنْدَالْحَاجَةِلِأَنّعَيْنَهُالْخُزَاعِيّكَانَكَافِرًاإذْذَاكَوَفِيهِمِنْالْمَصْلَحَةِأَنّهُأَقْرَبُإلَىاخْتِلَاطِهِبِالْعَدُوّوَأَخْذِهِأَخْبَارَهُمْ(قول ابن القيم الجوزي في زاد المعاد 2/127)

3. Nabi meminta tolong orang Yahudi (ada 3 hadis)

1. عنأبييوسفقال : أخبرناالحسنبنعمارة،عنالحكم،عنمقسم،عنابنعباس،أنهقال : استعانرسولاللهصلىاللهعليهوسلمبيهودقينقاع (كتاب الرد على سير الأوزعي)

2. عن قتيبةبنسعيدقال أخبرناعبدالوارثبنسعيدعنعروةبنثابتعنالزهريأنالنبيصلىاللهعليهوسلمأسهملقوممناليهودقاتلوامعه (رواه الترمذي)

3. أَخْبَرَنَاأَبُوعَبْدِاللَّهِالْحَافِظُأَخْبَرَنَاأَبُوالْوَلِيدِالْفَقِيهُحَدَّثَنَامُحَمَّدُبْنُأَحْمَدَبْنِزُهَيْرٍحَدَّثَنَاعَبْدُاللَّهِبْنُهَاشِمٍعَنْوَكِيعٍعَنِالْحَسَنِبْنِصَالِحٍعَنِالشَّيْبَانِىِّ : أَنَّسَعْدَبْنَمَالِكٍرَضِىَاللَّهُعَنْهُغَزَابِقَوْمٍمِنَالْيَهُودِفَرَضَخَلَهُمْ (البيهقي 9/27)

Terdapat percanggahan antara zahir hadis-hadis di atas, sebahagian hadis memberi makna haram dan sebahagian hadis memberi makna harus. Ini menyebabkan ulama telah berselisih pendapat kepada dua golongan:

Pendapat yang mengharamkan tahaluf secara mutlak

Pihak yang mengharuskan secara bersyarat dan menganggap ia adalah termasuk dalam tindak-tanduk imam berdasarkan maslahah.

Pendapat yang pertama

Pendapat kebanyakan ulama, mereka berhujah dengan hadis-hadis sahih yang menyebut: Aku tidak minta tolong daripada orang kafir.

Pendapat yang kedua

Pendapat dari Mazhab Hanafi yang mengatakan bahawa tahaluf adalah termasuk dalam urusan pemerintah. Namun telah mengetatkan syarat tahaluf antaranya:

Hendaklah hukum Islam yang dominan (Syarbini)

Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi)

Mereka tidak berada di saf hadapan (Maliki)

Mereka adalah golongan yang minoriti  (al-Hazimi)

Orang kafir ada manfaat khusus

Al-Rashid menfatwakan bahawa tidak harus tahauf dengan orang kafir dalam bab qital (peperangan) tetapi harus tahalusf siasi dengan syarat-syarat yang disebutkan.

Membantu orang kafir

Dalam hal ini Sheikh al-Rasyid menyebut dua kaedah:

1- Haram bagi muslim berperang dalam saf menyebelahi pihak kafir menentang golongan muslimin yang lain dan haram juga meramaikan bilangan mereka jika dia menyebelahi pihak kafir walaupun ia tidak berperang atau memanah. Beliau memetik firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa’ ayat 97 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”

Dalam sahih Bukhari, dari Ikrimah menjelaskan: Ibn Abbas memberitahuku tentang ada kalangan orang-orang Islam yang bersama orang-orang musyrikin bagi menambahkan bilangan mereka untuk menentang Rasulullah s.a.w. yang datang membawa panah dan memanahkannya sehingga salah seorang daripada mereka tercedera dan terbunuh dalam peperangan tersebut. Turunlah ayat al-Quran yang membicarakan soal itu. “Sesungguhnya orang yang dimatikan oleh malaikat menzalimi diri mereka”. Dalam ayat itu Allah mencela mereka yang meramaikan bilangan orang musyrikin walaupun hati mereka tidak bersetuju dengan mereka.

2- Fatwa tidak harus seorang muslim itu berada dalam saf non muslim bagi memerangi non muslim yang lain melainkan terpaksa atau darurat seperti diugut bunuh, begitu juga tidak harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi non muslim.

Tahaluf siasi dan ijtihad maslahi

Tahaluf siasi atau kerjasama politik adalah sebahagian dari tidak tanduk imam atau pemerintah Islam. Tahaluf adalah sebahagian dari dasar hubungan luar yang wujud dalam Islam. Selain dari tahaluf, kaedah lain yang sering digunakan ialah hudnah iaitu gencatan senjata dan juga kaedah musolahah / muwadaah yakni perdamaian. Setiap satu kaedah mengikut situasi tertentu, pemerintah secara asas boleh menggunakan salah satu kaedah ini sesuai dengan keadaan dan maslahah untuk umat Islam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama.

Masalah ini bersamaan dengan hukum tawanan perang. Pemerintah boleh memilih antara perang, damai (gencatan senjata), musolahah dan tahaluf.

Berkata Ibnu Qayyim (Zadul Ma’ad 266); “Adalah Rasulullah s.a.w membebaskan setengah mereka (tawanan perang) dan membunuh setengah yang lain, mengambil tebusan dari setengah yang lain dengan harta dan setengahnya dengan tawanan Islam. Baginda lakukan semua itu berdasarkan maslahah”.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

* Kertas kerja ‘Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal’ ini telah dibentangkan di Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia pada 12 November 2011.

Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 1)
Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal

Pendahuluan

Struktur politik Malaysia kini terbahagi kepada dua kelompok besar, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Kesan daripada itu umat Islam terbahagi kepada dua kelompok besar yang masing-masing tidak ada nokhtah persamaan dan dalam masa yang sama bukti-bukti menunjukkan bahawa pihak non muslim bersatu dalam hal berkaitan dengan kepentingan mereka.  Di sana wujud peranan anasir luar yang juga ingin memastikan masa depan negara menjurus ke arah kepentingan mereka. Dibimbangi tahaluf ini tidak membawa apa-apa faedah dan keuntungan kepada kepentingan umat Islam keseluruhan.

Konsep Siyasah Syar’iyyah

Secara umumnya manusia adalah makhluk yang hidup bermasyarakat secara semula jadi. Kepimpinan politik adalah satu yang dhoruri dalam apa sistem sekali pun, demi menjaga kestabilan, keamanan dan kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi. Ini kerana secara semula jadinya, manusia suka bercakaran antara satu sama lain.  Orang yang kuat akan menindas orang yang lemah dan begitulah seterusnya.

Siasah dalam Islam terbina atas tujuan yang sama iaitu untuk menjaga kemaslahatan hidup manusia, cuma yang membezakannya ialah peraturannya itu mengikut syariat. Ada pemerintahan yang diatur secara tabe’i dan ada yang berpandukan manhaj ilmu. Manakala yang berpandukan syarak dinamakan siyasah syar’iyyah.

Ibnu Khaldun (t.t 190) berpendapat, untuk memastikan kehidupan manusia terkawal ia hendaklah merujuk kepada undang-undang politik yang dipaksakan untuk diterima oleh semua orang, mereka hendaklah akur dengan hukumnya sepertimana berlaku kepada negara Parsi dan umat yang lain. Jika diandaikan negara tanpa siyasah seperti ini, ia akan menjadi kucar-kacir dan tidak boleh dikawal, seperti sunnah Allah pada orang yang terdahulu. Jika undang-undang ini dipaksakan oleh pemikir-pemikir dan pembesar-pembesar negara, ia dinamakan siyasah ‘aqliyyah dan jika ia dipaksakan daripada Allah dengan syariat yang diturunkan olehNya maka ia dinamakan siyasah diniyah (agama) untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Definisi Siyasah Syar‘iyyah

Terdapat beberapa definisi yang diberikan oleh ulama terhadap siyasah syar‘iyyah;

Ibnu Khaldun berpendapat kerajaan (al-mulk) tabe’i (biasa) ialah menanggung semua manusia mengikut kehendak tujuan dan shahwat, dan kerajaan siyasi (politik) menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan akal dalam membawa kemaslahatan dunia dan menolak kemudharatan. Oleh sebab itu, khilafah ialah menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan syarak untuk mendatangkan kemaslahatan akhirat dan dunia yang kembali kepadanya. Pada hakikatnya khilafah ialah menggantikan sahibul al-syariah (Rasulullah s.a.w) dalam mengawal agama dan menyusun urusan dunia dengannya.

Imam Haramain pula berpendapat imamah sebagai ri’asah yang sempurna, za’amah yang menyeluruh merangkumi tanggungjawab khusus dan juga umum dalam urusan agama dan dunia. Kandungannya ialah menjaga sempadan dan mengurus rakyat, menegakkan dakwah dengan hujjah dan pedang, menghalang penyelewengan dan kezaliman, membela orang yang dizalimi daripada orang yang zalim, mendapatkan hak-hak daripada mereka yang enggan dan menunaikannya kepada orang yang berhak. Apa yang dituntut oleh syariat daripada makhluk  ialah berpegang dengan agama, takwa, berpaut dengan amalan yang menghampirkan diri kepada Allah, berkerja keras untuk mencari redha Allah, bercukupan dengan dunia, mengelak dari ajakan hawa dan menghindarkan diri dari jalan dosa. Namun begitu Allah mencipta manusia dengan sifat semula jadi yang berkeinginan dan bersyahwat. Menurut Imam al-Haramain lagi, terjadi hubungan antara agama dan dunia seakan-akan tonggak dan sistem yang menjadi jalan membawa kepada penghasilan maqasid syarak dan peribadatan yang menyeluruh yang mengungkap tentang maqasid kulliyyah mengikut aspek syariat, kandungannya menyeru kepada kemuliaan akhlak dan menegah daripada kekejian.

Menurut al-Haramain, kebanyakan manusia tidak pernah terhalang dari terjerumus ke lembah hawa nafsu dengan semata-mata janji syurga atau neraka, dorongan dan ancaman, lalu Allah s.w.t memberi mandat kepada sultan dan pemimpin untuk menghalang, supaya hak-hak dapat dipenuhi, habuan disampaikan kepada empunyanya, menegah orang yang menceroboh, menyokong orang yang adil, mengukuhkan binaan rasional, menghapus segala bentuk pelampauan dan kerosakan, lalu teraturlah urusan dunia dan dengan itu tercapailah maksud agama.

Imam al-Ghazali dalam menjelaskan hubungan antara agama dan politik, berpendapat ungkapannya yang mashyur: al-diin ussun wa al-sultanu harisun.ma la ussa lahu famahdumun wa ma la harisa lahu fa dha’ik.

Saya bawakan ulasan ini supaya kita dapat menyelami maksud siyasah syar‘iyyah bukan sekadar daripada takrif-takrif yang kering sahaja. Jelas kepada kita daripada pandangan-pandangan tadi tujuan daripada siyasah syar‘iyyah itu dari segi maksud dan cakupannya yang amat luas.

Kesimpulannya, tujuan daripada siaysah syar‘iyya hialah mengekalkan qawa’ed (asas-asas) Islam secara sukarela atau paksa. Jadi maksud adalah agama tetapi penerusannya bergantung kepada dunia.

Tasarruful imam manutun bil al-maslahah (Tindak tanduk pemerintah terikat dengan maslahah)

Kaedah ini telah kemukakan oleh Imam al-Syafe’i yang berpendapat, kedudukan imam nisbah kepada rakyat seperti wali kepada anak yatim. Dalilnya kata-kata Saidina Umar daripada al- Barra’ bin Azib katanya: “Aku meletakkan diriku dalam menguruskan anak yatim seperti wali anak yatim. Kalau aku berhajat aku ambil daripadanya, bila aku dah senang aku kembalikan dan kalau aku dah cukup aku berpada daripadanya”.

Seorang imam atau pemimpin Islam harus mengetahui kaedah ijtihad bagaimana mengeluarkan hukum daripada nas al-Quran, hadis, umum-khusus, mutlak-muqayyad, qat’i-zanni, ijmak , kias, istihsan, masoleh mursalah, nasikh mansukh, taufik dan ta’arudh.

Tidak mungkin seorang yang tidak tahu kaedah-kaedah hukum tersebut dengan sewenang-wenangnya mahu mengeluarkan ijtihad berdasarkan kaedah maslahah atau juga bercakap tentang maqasid syarak. Ijtihad adalah satu disiplin yang mesti dipatuhi dengan teliti kerana hukum  adalah kalam nafsi azali yang hanya diketahui melalui imarat atau dalil- dalil.

Ijtihad maslahi adalah satu kaedah penting dalam siyasah syar‘iyyah. Ini kerana apa yang disebut dalam istilah fuqaha’ nas yang terhad sedangkan peristiwa sentiasa berubah-ubah. Memahami kaedah ijtihad maslahah amat penting supaya pemerintah boleh keluarkan hukum sesuai dengan kehendak syarak bagi menangani kes-kes baru dan berubah-ubah. Kita pernah dengar istilah taghayyurul ahkam bi taghayyuru zzuruf. Ini bukan bermakna pengeluaran hukum dikesani oleh faktor suasana seperti difahami oleh sesetengah orang, tetapi pada hakikatnya pemerintah/mujtahid berpindah dari satu usul ke satu usul yang lain apabila berlaku perubahan pada kes.

Bagi menjelaskan lagi konsep maslahah ini, saya akan menerangkan perbezaan antara beberapa istilah seperti umum, kias, dan maslahah. Ketiga-tiga kaedah ini sebenarnya instrumen yang digunakan oleh ulama untuk mengumumkan atau menjelaskan bagaimana berlaku ta’diah hukum dari kes asas kepada kes-kes yang baru.

Al-Umum adalah kaedah ta’diah menggunakan lafaz. Maksudnya apabila sesuatu nas itu menggunakan lafaz yang umum maka ta’luk hukum kepada semua orang yang sama sifatnya. Contohnya lafaz innama al mukminun ikhwah (sesunguhnya orang mukmin itu bersaudara), maka persaudaraan itu menjadi ikatan hubungan antara semua orang yang beriman tidak kira bila masa dan di mana jua mereka berada, bukan berkenaan dengan orang yang berada pada zaman turun ayat sahaja atau pada mereka yang menjadi sebab turun ayatnya sahaja.

Ada sesetengah kes tidak terangkum dalam umum lafaz tetapi ia boleh dita’diah melalui illah atau sebab hukum. Sebagai contoh kias beras ke atas gandum. Hadis hanya menaskan hukum  riba ke atas gandum. Lafaz gandum tidak meliputi beras secara makna tetapi melalui jalan illat/sebab itu dari segi makanan asas. Jadi lafaz gandum yang disebut oleh hadis merangkumi kalimah beras secara illat. Seperti juga lafaz “uff” dalam ayat “la taqullahuma uff” merangkumi lafaz al-dharb (pukul) secara illah iaitu menyakiti. Larangan berkata uff dalam ayat tersebut kerana perkataan uff boleh menyakiti ibu bapa, apatah lagi memukul, tentu ia lebih menyakiti.

Selain daripada illat, satu perkara lagi yang juga boleh mengumumkan/ta’diah hukum dari satu kes ke kes yang lain yang seumpamanya ialah al-munasabah atau sering disebutkan hari ini sebagai maslahah (masoleh mursalah). Saya telah sebutkan konsep maslahah dan kategori maslahat yang telah dikeluarkan oleh ulama melalui cara istiqra’ iaitu penyelidikan yang menyeluruh. Antara maslahah ialah memelihara agama. Atas asas itu Saidina Umar memerintahkan agar mengumpulkan al-mushaf dan menulis hadis dan lain-lain. Begitu jugalah, atas asas yang sama Jabatan Agama Islam Malaysia menyenaraikan kalimah-kalimah yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam seperti Allah, Kaabah dan sebagainya, di mana ia termasuk dalam maslahah menjaga agama.

Konsep maslahah dan pembahagiannya

Hukum syarak tertegak atas dua asas sama ada mendatangkan manfaat (maslahah) atau menghindari kemudhoratan atau mafsadah.

Menurut al-Ghazali (1413: 287), mendatangkan manfaat dan menghindari mudhorat adalah tujuan atau maksud seluruh makhluk, kesejahteraan hidup mereka pada menghasilkan maksud tersebut. Namun apa yang kita maksudkan dengan maslahah ialah memelihara maksud syarak. Manakala memelihara maksud syarak untuk makhluk ada lima perkara; iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Jadi segala yang mengandungi unsur menjaga lima usul ini dianggap maslahah dan segala yang merosakkan lima perkara ini dinamakan mafsadah, manakala menghindarinya dianggap maslahah.

Perlu difahami bahawa syariat seluruhnya datang untuk mentahkik maslahah hidup manusia di dunia dan akhirat. Ini bermakna bahawa seorang yang ingin melakukan ijtihad maslahi harus mengkaji nas-nas syarak supaya mereka dapat memahami apa itu maslahah di sisi syarak. Kita tidak boleh menyandarkan (iktimad) maslahah secara sendiri mengikut akal kita semata-mata. Dalam hal ini, ada maslahah yang dianggap muktabarah (disahkan) oleh syarak dan ada maslahah yang dibatalkan (dihapuskan). Kebanyakan maslahah telah dinaskan oleh syarak, yang kadang-kadang berlaku percanggahan antara maslahah pada zahir yang perlu ijtihad dari mujtahid. Ada satu jenis maslahah yang mungkin tidak ada nas secara langsung tetapi ia terkandung dalam jenis maslahah yang dinaskan secara umum (jenis). Maslahah ini dinamakan ‘masolih mursalah’.

Saya telah sebutkan bahawa maslahah syar’iyyah telah dinaskan dan ulama telah mengenalpasti dari nas-nas wahyu terdapat tiga kategori maslahah iaitu:

1- Dhoruriyyat

2- Hajiat

3- Tahsiniyyat

Boleh dikatakan keseluruhan hukum syarak boleh dikategorikan kepada tiga kategori di atas. Perlu diingatkan sekali lagi bahawa ijtihad maslahi bukan suatu yang terlepas bebas daripada nas terpulanglah kepada mujtahid untuk mengeluarkan pendapat atas nama maslahah.

Kategori maslahah [i]

Maslahah dhoruriyyah ialah yang paling mustahak/asas yang mana tidak tercapai maslahah-maslahah tersebut kecuali dengan adanya ia. Contohnya menjaga nyawa ialah memelihara hidup, memelihara anggota dan segala yang tidak mungkin berlaku kelangsungan hidup kecuali dengannya dan begitulah seterusnya.

Maslahah hajjiyyat pula bukan bertujuan untuk menjaga usul yang lima, sebaliknya bermaksud menolak kesukaran, mengangkat kesempitan  atau mengawasi lima usul tersebut. Seperti tegahan penjualan arak, haram melihat aurat wanita dan sebagainya.

Maslahah tahsiniyyat atau kamaliyyat pula lebih rendah, ia tidak menjaga asal maslahah yang lima, tidak juga bertujuan untuk pewaspadaan tetapi untuk mengangkat kehebatan, memelihara kemuliaan seperti merendahkan pandangan dan sebagainya.

Jelas dari keterangan tersebut bahawa maslahah berbagai-bagai kategori, jika berlaku percanggahan secara mudah yang dhoruri diutamakan kemudian hajjiyat dan tahsinat. Perbahasannya panjang dalam kitab Usul Fikh.

Muwazanah (menimbang) antara maslahah

Kadang-kadang berlaku percanggahan antara dua maslahah atau juga antara maslahah dan mudhorat yang menuntut ijtihad dari pemerintah. Ia adalah satu medan yang sangat luas kerana tiada perkara yang semuanya maslahah kecuali iman dan tiada perkara yang semuanya mudhorat kecuali kufur. Selain dari itu semuanya ada maslahah dan ada mudhorat. Kita sering dengar kaedah dar’ mafasid muqadamun ala jalbu al-masoleh (menghalang mudhorat lebih utama dari mendatangkan maslahah). Ulama sering menggunakan contoh jika berlaku peperangan dan pihak musuh menggunakan tawanan Islam sebagai perisai, adakah harus bagi tentera Islam membunuh perisai tersebut?

Isu tahaluf siasi yangakan kita bincangkan nanti boleh diteliti melalui kaedah ini.

Menurut Izzudin Abd. Salam (74), apabila berkumpul maslahah dan mafsadah, jika menghasilkan maslahah dan menghalang mafsadah boleh dilakukan, kita kena lakukan demikian kerana arahan Allah dalam firmanNya yang bermaksud; “Dan bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung.” Jika tidak dapat menghalang mafsadah dan menghasilkan maslahah sekaligus, kita hendaklah melihat, jika mafsadah lebih besar dari maslahah, kita tolak mafsadah dan kita tidak mengambil kira kemaslahatan yang terabai. Firman Allah Taala yang bermaksud; “Mereka bertanya tentang arak dan judi, katakanlah padanya ada dosa yang banyak dan manfaat bagi manusia, sedangkan dosanya lebih besar dari manfaat keduanya”.

[i] “Taklif syarak merujuk kepada menjaga (al-hifzu) maksudnya pada penciptaan. Maqasid ini terbahagi kepada tiga tidak lebih dari itu: pertama dhoruriyyat, kedua hajiyyat, ketiga tahsiniyyat”.

“Adapun dhoruriyyat maknanya sesuatu yang tidak boleh tidak dalam menegakkan kemaslahatan agama dan juga dunia, sekira-kira jika diandaikan tiada, tidak boleh jalan segala maslahah dunia secara istiqamah (konsisten), bahkan akan merosak, menyukarkan dan terhenti kehidupan dan di akhirat tidak mendapat kejayaan dan nikmat serta kembali kepada kerugian yang nyata”.

“Perkataan menjaga (al hifzu) berlaku dengan dua aspek: pertama; perkara yang menegakkan rukun dan asasnya yakni menjaga dari aspek mengadakan (wujud) dan kedua; perkara yang menghalang kerencatan/kecacatan yang sedang berlaku atau akan berlaku dengan menjaga dari aspek mentiadakan”.

“Usul ibadat yang merujuk kepada menjaga agama dari mengadakan seperti iman, mengucap syahadah, solat, zakat, puasa dan haji dan seumpamanya. Dari sudut adat merujuk kepada menjaga nyawa/jiwa dan akal dari aspek pengwujudan seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan seumpamanya. Dan muamalat merujuk kepada aspek menjaga keturunan dan harta dari aspek pengwujudan dan merujuk kepada menjaga nyawa dan akal juga tetapi dari melalui jalan adat. Jinayat termasuk amar makruf nahi mungkar merujuk kepada menjaga semua dari aspek pentiadaan”.

“Manakala muamalat perkara yang merujuk kepada masalah manusia dalam hubungan sesame mereka seperti pindah milik dengan tukaran atau tanpa tuaran, akad kontrak terhadap riqab (hamba), manfaat dan juga kemaluan (al abdho”). Adapun Jenayah adalah perkara yang membatalkan perkara terdahulu disebutkan, disyariatkan hukum yang menghalang pembatalan atau merosakkan maslahah-maslahah tersebut seperti qisas dan diyat untuk  jiwa dan had untuk akal serta ganti rugi nilai harta bagi keturunan, dan potong dan ganti bagi harta dan seumpamanya”.

(Al Muwafaqat, juzuk 2, m/s 10)

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

* Kertas kerja ‘Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal’ ini telah dibentangkan di Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia pada 12 November 2011.

Mahmud Abbas ke PBB tidak menguntungkan Palestin
Tindakan Presiden Mahmud Abbas memohon keanggotaan penuh negara Palestin di PBB akan membawa kerugian kepada rakyat Palestin sendiri.

Tindakan bersendirian Abbas akan mengakibatkan Palestin akan kehilangan 78% daripada buminya yang dijajah oleh Israel, hak kembali jutaan rakyat Palestin yang menjadi pelarian di seluruh dunia akan dinafikan di samping kedaulatan sebenar yang bakal diperolehi rakyat Palestin hasil daripada  pengiktirafan yang diharapkan tidak terjamin.

Mahmud Abbas sebelum ini kecewa apabila rundingan damai dengan Israel tergendala, apabila Israel gagal memenuhi tuntutan beliau agar menghentikan pembinaan penempatan haram di tanah milik rakyat Palestin. Dalam masa yang sama rundingan Palestin-Palestin (Fatah-Hamas) juga tergendala apabila Amerika ingin melantik Salam Fayadh sebagai Perdana Menteri yang ditolak oleh HAMAS.

Dalam keghairahan Mahmud Abbas untuk ke PBB banyak pihak menjangkakan langkah beliau tidak akan ke penghujung. Untuk memohon keahlian PBB negara yang memohon hendaklah terlebih dahulu mengemukan permohonan bertulis kepada SUA PBB Ban Ki Mon. Permohonan tersebut hendaklah mendapat sokongan 9 negara anggota majlis keselamatan daripada 15 keseluruhan dan permohonan itu hendaklah tidak diveto oleh mana-mana kuasa besar dalam majlis keselamatan. Secara teknikal perkara ini amat sukar berlaku kerana selain veto Amerika, terdapat lobi Israel yang kuat sedang rancak bergerak untuk menghalang Mahmud ke PBB.

Betul secara umum jika diandaikan Mahmud berjaya ke PBB dan Palestin diiktiraf sebagai negara anggota PBB, akan menyebabkan ketidak selesaan kepada Amerika dan Eropah dari sudut moral dan politik, tetapi implikasi di bumi nyata tidak semestinya menguntungkan rakyat Palestin.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Kristianisasi: Kebebasan bersuara atau penjajahan?
Isu pemeriksaan ke atas sebuah premis milik Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh JAIS baru-baru ini telah mengundang perbincangan di media massa dan menimbulkan pelbagai pendapat yang bercanggah antara satu dengan yang lain. Ada yang melihat dari aspek hak asasi dan kebebasan bersuara dan ada yang melihat dari segi ancaman akidah dan keselamatan berdasarkan agama dan perlembagaan Malaysia.

Hasil siasatan JAIS menjadi bukti yang jelas bahawa kegusaran umat Islam selama ini terhadap aktiviti Kristianisasi bukan lagi menjadi perkara yang tersembunyi.

Isu ini menjadi sensitif bagi umat Islam bukan sahaja kerana kerosakan akidah yang berlaku di kalangan masyarakat orang Islam – orang Islam yang hanya tinggal pada nama sahaja – tetapi lebih penting daripada itu, kita perlu memahami bahawa usaha tersusun pihak bukan Islam yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Murtad berbahaya dan Kristianisasi juga berbahaya kerana ia merupakan kesinambungan daripada serangan peperangan salib ke atas umat Islam secara halus.

Semua kita tahu bahawa usia Kristianisasi di Malaysia sudah lama bermula sejak awal era penjajahan pada tahun 1511M di mana askar-askar Portugis datang dengan membawa paderi-paderi yang ingin menyebarkan Kristian di tanah air kita.

Menyingkap sejarah moden kita menemui nama-nama seperti Natrah, Noraisyah Bukhari, Jamaluddin Othman dan Lina Joy yang telah menggegarkan sensiviti umat Islam.

Kita percaya bahawa ini adalah hasil dan natijah dan di belakangnya tentu ada perancangan yang tersusun rapi untuk mengkristiankan dan mengeksploitasi kebebasan beragama di dalam perlembagaan dan di atas nama hak asasi manusia.

Tanpa kita sedari sebenarnya mereka menggunakan peruntukan perlembagaan dan hak asasi manusia untuk mencucuk jarum permusuhan dan merosakkan akidah umat Islam.

Perkara yang paling penting perlu difahami ialah isu yang berlaku di DUMC itu tidak berkaitan dengan soal hak kebebasan beragama atau hak asasi manusia, bahkan ia adalah usaha ‘tabsyir’ (Kristianisasi) yang merupakan sebuah agenda penjajahan dalam bentuk moden.

Terdapat dua tujuan utama gerakan Kristianisasi. Pertama, memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian. Kedua, menjauhkan orang Islam daripada agama Islam.

Akan tetapi, Samuel Zwemer semasa Persidangan Kristian di Quds pada tahun 1935 M  berkata:

“….. tugas mubaligh Kristian di negara-negara lslam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat lslam, kerana mereka sedar orang Islam memegang pendirian bahawa agama Islam merupakan suatu petunjuk dan penghormatan bagi mereka. Tetapi tugas kalian yang terpenting ialah memurtadkan orang lslam keluar dari agama mereka agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah kemudian tidak mempunyai hubungan dengan moral yang telah menjadi landasan hidup seluruh bangsa.”

Dengan ini, matlamat utama Kristianisasi tidak semestinya untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada agamanya.

Berdasarkan kajian-kajian ilmiah yang sudah dibuat, usaha Kristianisasi ini bersifat global dan telah bermula sejak lama dahulu.

Di dalam Persidangan Colorado pada tahun 1978 M yang dihadiri 150 orang peserta di kalangan para mubaligh Kristian, mereka telah mengeluarkan satu resolusi yang agresif iaitu mereka bercita-cita untuk mengkristiankan 720 juta orang Islam seluruh dunia.

Pelbagai wasilah digunakan antaranya pendidikan, penyiaran, aktiviti kemasyarakatan dan kesihatan. Beratus buah sekolah didirikan, pelbagai akhbar diterbitkan dan banyak aktiviti kemasyarakatan dijalankan dalam menjayakan matlamat mereka.

Usaha serius mereka dalam mencapai objektif dilihat dalam perbelanjaan yang digunakan setiap tahun. Berdasarkan rekod yang ada, pada tahun 1990, sebanyak USD 164 juta telah dibelanjakan. Pada tahun 1992 pula, sebanyak USD 181 juta dibelanjakan. Terdapat peningkatan sebanyak USD 17 ribu dalam tempoh 2 tahun yang menggambarkan kegigihan mereka.

Di seluruh dunia kini terdapat lebih daripada 270 ribu pendakwah yang bekerja sepenuh masa untuk gerakan ini. Lebih 22 ribu buah buku telah diterbitkan dan lebih 98 ribu buah pusat pendidikan telah didirikan. Usaha ini diperhebatkan lagi dengan tertubuhnya lebih 24 ribu pertubuhan-pertubuhan rasmi yang menjalankan usaha Kristianisasi di balik tabir.

Usaha mereka telah memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada umat Islam di negara kita.

Merujuk kepada kajian yang dijalankan bagi tahun 1994 hingga Mei 1997, mendapati bahawa sebanyak 60 hingga 210 permohonan bagi pertukaran nama telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 519 permohonan bertukar nama atas alasan ingin keluar dari Islam atau murtad. Walau bagaimanapun 48% sahaja yang diluluskan oleh JPN manakala 52% lagi telah ditolak atau ditarik balik oleh pemohon.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan mengejutkan mengenai kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa bahawa lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008.

Pada hari ini, gerakan Kristianisasi berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terangan telah melanggar peruntukan perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu.

Di dalam perlembagaan tercatat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut Islam.

Ini bermakna wujud larangan penyebaran agama selain Islam terhadap penganut agama Islam.

14 tuntutan IFC dijadikan sebagai bukti bahawa tuntutan kebebasan beragama digunakan secara salah untuk mengelirukan umat Islam dan mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka.

Sebagai contoh, mereka menuntut supaya orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dibenarkan kembali kepada agama asal mereka (murtad) tanpa diambil sebarang tindakan.

Akhir sekali, agenda Kristianisasi yang telah mengakibatkan ratusan manusia Muslim menjadi murtad perlu dilihat sebagai agenda penjajahan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Jadi pihak kepimpinan Islam perlu menangani perkara ini daripada perspektif yang betul. Ia bukan soal kebebasan beragama tetapi merupakan agenda antarabangsa yang bersifat penjajahan.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya umat Islam, para pemimpin Islam dan badan-badan Islam perlu peka kepada hakikat sebenar apa yang berlaku di sebalik kegiatan gereja Methodist.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Lihat politik dalam kepentingan ummah
HARI ini umat Islam di Malaysia khususnya Melayu telah terbahagi tiga, Pas, Umno dan PKR. Selain itu juga menghadapi banyak masalah dan cabaran khususnya tentang agenda fahaman liberalisme yang kini semakin berleluasa di Malaysia melalui proses globalisasi. WakiilSiasah KALSUM AHMAD menemubicara Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman. Ikuti apa pandangan beliau:

SIASAH: Sebagai NGO Islam, apa peranan ISMA dalam membantu membentuk masyarakat ke arah Islam syumul di Malaysia?

ABDULLAH ZAIK: Kita mengambil isu perpaduan um­mah ini sebagai isu penting sebab ia masalah survival umat Is­lam di Malaysia. Ia ada hubungkait dengan masalah kita untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini dalam percaturan politik negeri atau luar negeri. Kita menghadapi cabaran yang banyak untuk menegakkan agama Islam di tempat yang lebih baik atau untuk membela maruah dan kehormatan umat Islam, untuk itu kita mesti mempunyai satu kekuatan.

Hari ini kekuatan itu rapuh dan tak wujud, oleh itu kita tidak boleh menyaingi atau tawar menawar bargain power kita lemah. Bila tawar menawar lemah, kita tidak boleh mengenengahkan atau mempertahankan apa yang kita mahu. Sedangkan cita-cita, matlamat dan agenda ummah Melayu mestilah berkehendakkan matlamat, kedudukan dan meletakkan agama Islam itu di tem­pat yang tinggi.

Bagaimana mahu menegakkan semua itu kalau umat Islam tidak bersatu dalam satu agenda. Dalam hal ini Isma melihat persoalan ini lebih kepada isu semasa. Ia merupakan rentetan peristiwa atau timbunan pengalaman yang panjang akibat penjajahan, sejarah dan sebagainya hingga orang Melayu hilang identiti dan jati diri. Bila hilang semua ini, mereka sukar untuk mencari titik pertemuan. Mereka tidak boleh bersatu dan bersama dalam perkara-perkara yang dipersepakati bersama.

Dalam hal ini, langkah Isma adalah membangunkan semula tamadun ummah atau kehidupan Islam yang lebih syumul di atas asas sebagaimana Rasulullah membangunkan umat Islam yang pertama. Jadi fokus Isma yang pertama adalah mendidik umat dalam rangka mentarbiah mereka untuk bangunkan semula jati diri mereka kerana ummah yang memiliki jati diri sahaja yang mempunyai keperibadian yang mempunyai agenda. Dan ummah ini sahaja yang dapat bertarung di arena persaingan sengit yang sedang kita hadapi sama ada dalam negara atau luar negara.

Bagaimana pula hubung kaitnya dengan perpaduan Me­layu?

Pada pandangan Isma, di Malaysia ini elemen perpaduan lebih banyak daripada elemen perpecahan. Di Malaysia ini bo­leh dikatakan semua orang Islamnya adalah berfahaman sunnah waljamaah. Tak ada yang berfahaman Syiah atau puak kabilah dan tidak timbul masalah mazhab. Dalam banyak perkara, umat Islam di Malaysia ini adalah sama sebab berasal dari satu rumpun. Hanya satu sahaja masalah di Malaysia ini iaitu masalah perbezaan pendekatan politik di antara nasionalis dan Islamis. Ia dijadikan konflik atau konfrontasi di antara kita.

Pada pandangan Isma, konfrontasi di antara mafhum Islam dalam memperjuangkan agenda ummah dengan mafhum nasio­nalis dalam memperjuangkan agenda bangsa kerana di Malay­sia ini umat Islam dan orang Melayu adalah sama. Jadi kalau orang nasionalis itu ikhlas dengan niatnya tentulah ianya akan memperjuangkan benda yang sama, perjuangkan agama dia dan memperjuangkan nasib bangsa dia. Begitu juga dengan pejuang Islami akan lebih ikhlas dengan bangsa dan masa depan bangsa dia. Jadi konfrontasi perlu ditamatkan.

Bercakap tentang konfrontasi, bagaimana pandangan ustaz tentang cadangan untuk menyatukan Umno dan Pas tetapi masih ada halangan yang menyebabkan penyatuan itu tidak dapat dilakukan?

Pada pandangan saya, ini adalah masalah politikal kepartian di mana parti masing-masing ingin mengejar dan mempertah­ankan kuasa. Pertikaian ini sudah terlalu lama hingga kita lupa untuk melihat isu ummah keseluruhan. Sepatutnya kalau kedua-dua parti melihat isu ummah keseluruhan, banyak perbezaan di antara kedua-dua itu boleh diatasi.

Kadang-kadang kita lupa bezakan dakyah politik dengan masalah sebenar, kadang-kadang isu ummah dilekakan dengan isu-isu politik. Apa masalah um­mah tak ada yang berfikir. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan ianya perlu diatasi.

Dalam hal ini Isma mengambil pendekatan membawa generasi muda supaya celik politik, melihat politik dalam kacamata kepentingan ummah keseluruhan bukan dalam konteks percaturan politik. Namun dalam hal ini, kita boleh membantu mana-mana parti un­tuk menang ataupun kalah tetapi adakah parti yang menang itu akan membawa kebaikan kepada keseluruhan ummah dan tidak mungkin juga akan menyebabkan maruah tergadai, negara dan agama tergadai. Contohnya seperti negara Iraq, menang sorak kampung tergadai.

Apa pandangan ustaz tentang kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi mengenai kuasa politik di tangan orang Me­layu?

Pada pandangan kita, perkara ini perlu kita pertahankan atas nama apa sekalipun yang boleh kita sebut atau pun tidak tetapi hakikatnya kuasa mesti berada di tangan orang Melayu dan orang Melayu kekal menjadi tonggak kuasa di Malaysia adalah sesuatu yang perlu kita pertahankan. Ini merupakan sebahagian daripada asas perjuangan Islam. Sebab itu Isma mengangkat syiar Melayu sebagai Islam berdaulat. Isma melihat untuk mengekalkan sur­vival Islam dan mengekalkan maruah dan martabat ummah agar terus dapat dipertahankan, tidak dicabar adalah dengan perpa­duan orang Melayu. Melalui cara ini sahaja orang Melayu akan jadi kuat dan mantap.

Jadi apabila Presiden Pas kata tonggak kuasa di Malaysia mesti berada di tangan orang Melayu, sepatutnya Pas perlu beri tumpuan kepada orang Melayu dan bagi saya itu bukan Asabiah. Masalahnya kita terperangkap dalam Asabiah. Kalau Pas mahu menggantikan Umno dia kena ambil isu Melayu.

Apa pula pandangan ustaz, bila Pas menyertai Pakatan bersama dengan parti bukan Islam?

Pada pandangan saya setiap orang atau kumpulan ada ijtihadnya sendiri. Dia berhak melaksanakan dalam kerangka yang dia kehendaki. Dalam hal ini, Isma meli­hat masalah itu adalah besar sebab ia membawa agenda li­beral dalam masyarakat dan konteks negara kita Malaysia.

Sebelum Pas bersama Pakatan, isu utama yang menjadi per­saingan adalah Islam. Sama ada Pas atau Umno, masing-masing mendakwa lebih Islam. Jadi, bila adanya persaingan, maka Islam akan menjadi kuat. Selepas pilihan raya ke-12, isu poli­tik di Malaysia adalah siapa yang lebih demokratik dan siapa yang lebih liberal. Bila ada parti yang mendakwa siapa yang lebih liberal, ini menunjukkan kita berlumba-lumba menemui piawaian Amerika untuk dibawa ke Malaysia. Sebab itu kita lihat Datuk Seri Najib tanpa halangan terus melaksanakan agenda global, dan ianya tidak boleh disekat.

Jadi bila Pas menyertai PR, itu hak dia tetapi bagi Isma ianya tidak banyak menguntungkan umat Islam. Pandangan saya secara peribadi, apabila menyertai PR, seelok-eloknya kita kenalah pertahankan bahasa kita, lajnah, perjuangan dan semangat kita Islam. Sekiranya mereka benar-benar melaksanakannya saya hormati. Tetapi pada hari ini, kita nampak ianya menuju ke arah liberal dan tiada siapa yang boleh menghalang. Pengaruh liberal ini telah ditunggangi oleh musuh-musuh Islam iaitu barat. Mereka akan mengambil kesempatan kerana mer­eka ada NGO tersendiri dan ini akan diambil kesempatan oleh parti-parti politik yang mempunyai ketamakan tersendiri untuk mengambil tempat akan situasi ini.

Parti ini bukan berjuang sangat untuk demokrasi tetapi menunggang hak arus demokrasi yang dibawa oleh global. Global pula membawa demokrasi dan hak kesamarataan se­cara liberalisasi lalu ditunggang oleh mereka supaya me­reka mendapat hak lebih. Contoh tentang kesefahaman antara agama, mereka mahu semua agama sama ada Buddha, Islam, Hindu atau sebagainya di kedudukan yang sama. Ini menunjuk­kan maruah umat Islam makin hari makin rendah, Inilah bahayanya globalisasi. Ia berasaskan kepada humanisme, fahaman aktif yang menafikan agama. Seluruh kehidupan dipisahkan daripada agama.

Pas kata ia mampu ganti Umno, apa komen ustaz?

Pandangan saya sama juga dengan ahli-ahli akademik yang lain, Pas perlu banyak berubah tetapi tuntutan perubahan itu besar dan mungkin sukar dilakukan oleh Pas sendiri antaranya berkaitan dengan isu Melayu. Pas perlu ambil isu Melayu ke­rana kalau kita mahu meningkatkan taraf ekonomi orang Islam, ini bermakna kita terpaksa meningkatkan ekonomi orang Mela­yu. Tetapi ini tidak dilakukan kerana isu politik dengan Umno. Pas perlu melihat isu ini kerana ia perlu membuat perubahan tetapi sejauh mana Pas boleh buat perubahan.

Agenda Pas dengan Islam boleh membuka penyelesaian ke­pada permasalahan yang timbul sekarang. Pas kena kemukakan dalam bentuk yang lebih menyeluruh, besar dan lebih meluas.

Bukan sekadar hukum hudud atau pelaksanaan hukum jenayah. Kita mesti berusaha mencapai tonggak kuasa Islam yang boleh menjaga kehidupan manusia dalam pelbagai bidang. Jadi Pas perlu kepada satu rangka pemikiran yang konsisten.

Sumber: Akhbar Siasah, Bilangan 0246

Negara Berkebajikan Pas lebih ‘soleh’
UNTUK memberi kefahaman kepada bukan Islam terhadap Pas, Pas dalam Muktamar ke-57nya baru-baru ini telah menukar slogannya dari negara Islam kepada ‘Negara Berkebajikan’. Ekoran daripada itu banyaklah pandangan dan komen daripada pelbagai pihak khususnya Umno yang mempertikaikan tentang pendirian Pas tersebut. Jawapan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Haron Din telah menyatakan bahawa Negara Berkebajikan Pas adalah jauh berbeza daripada Umno. la berlandaskan kepada al-Quran, negara yang mendapat kebajikan di bawah keampunan Allah bukan berdasarkan kepada rasional akal yang dibuat mengikut hati sebagaimana BN. Bagaimana pandangan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdul­lah Zaik Abdul Rahman terhadap jawapan Pas tersebut. Bagi mengetahui jawapannya, ikuti bualbicara KALSUM AHMAD bersama beliau menerusi telefon.

Siasah: Apa komen ustaz tentang Negara Berkebajikan yang diimpikan oleh Pas dengan Neg­ara Kebajikan yang dikatakan oleh BN?

USTAZ ABDULLAH ZAIK: Dalam hal ini saya tidak boleh beri pandangan khusus kerana Pas sendiri belum lagi keluarkan buku hijau tentang takrif sebenar tentang Negara Berkebajikan ini. Yang ada sekarang hanyalah melalui ucapan dasar sewaktu muktamar ke-57 baru-baru ini serta apa yang bo­leh saya lihat di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas.

Dalam hal ini apa yang boleh saya berikan pandangan, Pas dilihat lebih ‘soleh’ berbanding Umno. Soleh di sini pada pandangan saya adalah lebih baik, lebih amanah, kurang penyelewengan baik dari segi dasar ataupun peribadi para pemimpinnya.

Saya tidak kata semua pemimpinnya ama­nah tetapi kalau dilihat di negeri-negeri di bawah pentadbirannya penyelewengan dari segi pentadbiran atau rasuah adalah lebih rendah.

Bagaimana pula pandangan Ustaz ten­tang istilah kebajikan?

Istilah ini biasa dalam politik. Kebajikan sudah lama dibincangkan oleh sistem kapitalis dan sosialis sejak abad ke-19 lagi. Kebajikan telah menjadi pengimbang di antara kedua-dua sistem.

Dalam sejarah, sistem kapitalis mementingkan kebajikan kerana untuk mengelak rungutan daripada pihak pekerja buruh. Sosialis pula menjadikan kebajikan sebagai dasar peijuangan mereka membela nasib pekerja yang ditindas majikan.

Dalam persaingan ini, dilihat tiada beza kebajikan yang diperjuangkan mereka. Semua pihak cuba memenuhi tuntutan kebajikan tetapi mungkin ada perbezaan dari segi pelaksanaan yang berdasarkan kepada kredibiliti dan kejujuran pemimpin.

Golongan pemerintah perlu memberi keba­jikan dan memenuhi kehendak rakyat jika mahu terus dipilih sebagai pemerintah.

Menurut Datuk Haron Din, Negara berkebajikan yang dikehendaki oleh Pas adalah berlandaskan kepada al-Quran dan bukan berdasarkan kepada rasional akal, yang dibuat mengikut hati. Pendek kata ne­gara yang mendapat kebaji­kan di bawah keampunan Allah?

Dalam konteks Paka­tan Rakyat, Pas melaungkan negara ‘berkebajikan’ sama tetapi dengan merujuk kepada hasrat Islam. Dalam hal ini, Pas ada kemunasabahan syiling kepada negara islam kerana Pas mengimplikasikan dasar Is­lam.

Tetapi sejauh mana Pas boleh meninggikan syiling pelak­sanaan dasar Islam dalam perundangan, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, politik dan lain-lain dalam negara, inilah yang masih belum dapat dipastikan.

Mengapa ia tidak dapat dipastikan? Jawa­pannya ialah kerana menegakkan negara Is­lam bukan dasar perjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya, negara ‘berkebajikan’ yang mendapat keampunan Allah yang cuba diterangkan oleh Pas sebagai Baldatun Toiyibatun wa Rabbun Ghafur bergantung kepada sejauh mana Pas boleh merealisasikan sebuah pemerintahan yang melaksanakan syariah Al­lah dalam segenap aspek kehidupan dan melahirkan masyarakat yang patuh kepada Allah.

Sejauh mana ustaz melihat negara berkebajikan ini dapat dilaksanakan oleh Pas?

Dalam konteks persepakatan PR dan resolusi-resolusi pakatan sebelum ini, pelak­sanaan Islam dan negara Islam bukan agenda yang disepakati.

Dalam hal ini, kita perlu melihat di masa depan, bagaimana Pas menghadapi situasi dalam PR dalam perjuangannya menjadikan negara yang mendapat keampunan Allah kerana negara tersebut perlu laksanakan Islam sepenuhnya dalam segenap aspek.

Kesimpulannya, isu yang lebih utama ialah, sejauh mana Pas dapat mengembalikan reference kehidupan dan pemerintahan Islam dan mengangkat syiling sekularism dan pemerintahan yang juga menjadi dasar PR.

Sumber: Akhbar Siasah, Bilangan 0270 (24-30 Jun 2011)

Peranan Syiah dalam kebangkitan di Bahrain
Keadaan di Bahrain semakin panas. Protes anti-kerajaan mewarnai bandar-bandar utama Bahrain. Terbaru, 9 anggota polis cedera teruk akibat dirempuh oleh kereta yang dipandu laju oleh penunjuk perasaan. Di mahkamah pula hakim telah menjatuhkan hukuman mati kepada empat penunjuk perasaan dan hukuman penjara kepada tiga yang lain atas kesalahan membunuh 2 anggota polis.

Protes bermula sejak 14 Februari. Ketika itu, negara-negara Arab lain turut dilanda masalah yang sama. Sejak pertengahan Mac lalu, kerajaan telah mengisytiharkan undang-undang darurat bagi membanteras perjuangan anti-kerajaan.

Bahrain dihuni oleh dua puak besar iaitu Sunni dan Syiah. Mengikut statistik yang dikeluarkan akhbar Al-Wasat, jumlah penduduk Bahrain adalah seramai 1.23 juta orang, 0.58 juta adalah rakyat asal manakala 0.66 juta adalah pendatang asing.

Menurut sumber yang sama, sebanyak 38% adalah Syiah, 58% adalah Sunni dan baki 4% adalah agama-agama lain. Walau bagaimanapun, sumber Syiah melaporkan bahawa bilangan mereka di Bahrain mencecah sehingga 70% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Mereka mengambil kesempatan daripada angin perubahan yang berlaku di Tunisia dan Mesir dan negara-negara Arab yang lain untuk tidak ketinggalan dalam membuat pembaharuan. Mereka menuntut kerajaan monarki itu jatuh dan digantikan dengan kerajaan baru. Kerajaan sekarang dituduh berat sebelah dan tidak menyebelahi puak Syiah.

Mereka mahu polisi neutralisasi yang dianjurkan kerajaan dihentikan. Polisi itu diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengimbang peratus majoriti masyarakat Syiah. Ramai pekerja asing didakwa diberi kerakyatan mudah bagi tujuan itu.

Perjuangan rakyat di Bahrain tidak boleh dilihat dari aspek perjuangan rakyat semata-mata bahkan di sana terdapat unsur perjuangan mazhab. Daripada laporan-laporan yang disiarkan, unsur Syiah merupakan pihak utama dan terpenting.

Syiah mempunyai sebuah parti sebagai pentas mereka beraksi.  Parti Al-Wefaq telah mendapat 18 kerusi di dalam parlimen negara itu yang berjumlah 40 kerusi pada pilihanraya 2006.  Parti itu merupakan parti pembangkang terbesar.

Parti Al-Wefaq terus memprotes kerajaan dan mengemukakan pelbagai tuntutan. Mereka menuntut keadilan, kebebasan dan pembelaan hak asasi manusia dan menuntut kerosakan dihentikan selain menentang polisi neutralisasi kerajaan.

Asalnya parti itu bermula dengan penubuhan Parti Dakwah di Najaf, Iraq dan ditubuhkan cawangannya di Bahrain. Kemudian ditubuhkan pula harakah Ahrar Bahrain yang berpusat di London. Pada 2002, parti Al-Wefaq secara rasmi ditubuhkan demi meneruskan misi Parti Dakwah sebelum ini dan gerakan Ahrar Bahrain.

Dengan itu, tidak dapat dinafikan penglibatan secara langsung Syiah di dalam kebangkitan rakyat di Bahrain. Kerajaan Bahrain dalam kenyataannya baru-baru ini telah menuduh Hizbullah dan Iran terlibat memberi sumbangan, latihan dan sokongan kepada parti Al-Wefaq yang akhirnya menimbulkan keadaan huru-hara yang berterusan sehingga sekarang.

Al-Wefaq walaubagaimanapun menafikannya dan mengatakan perjuangannya sudah bermula sejak dahulu lagi dan perjuangan ini didasari perjuangan kebangkitan rakyat Bahrain sendiri tanpa jolokan atau bantuan luar.

Kekacauan dalaman negara telah menyebabkan Bahrain meminta bantuan luar bagi menangani masalah tersebut. Arab Saudi tanpa berlengah lagi menyahut seruan itu dan telah menghantar seramai 3500 orang tenteranya pada bulan Mac.

Iran yang 80% rakyatnya Syiah tidak berpuas hati dengan tindakan Arab Saudi. Mereka membantah. Dalam pada itu, 700 rakyat Iran berdemontrasi di hadapan pejabat kedutaan Saudi di Iran. Jika Saudi tidak menarik balik tenteranya, tidak mustahil akan ramai lagi akan berhimpun membuat bantahan.

Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki bersetuju dengan perjuangan rakyat Bahrain. Kata beliau, mereka mempunyai hak untuk bebas daripada keganasan dan cengkaman tirani. Nouri Al-Maliki adalah seorang Syiah dan juga merupakan pimpinan Parti Dakwah Iraq, parti asal Parti Al-Wefaq.

Pendirian Iran dan Iraq yang sedemikian berpunca daripada sentimen mazhab Syiah yang tinggi. Hubungan yang rapat di antara puak Syiah tidak dapat menafikan wujudnya pengaruh dan peranan besar aliran Syiah sekalipun berlainan negara.

Kesimpulannya, Syiah mempunyai peranan besar terhadap apa yang berlaku di Bahrain. Tidak hairan jika Syeikh Yusuf Al-Qardawi berkata tidak akan berlaku revolusi kerajaan di Bahrain, namun apa yang akan berlaku adalah revolusi mazhab.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Manhaj hidup muslim di zaman kebendaan
Dunia kini dilanda arus deras kebendaan dan ia menyelubungi segenap  aspek kehidupan. Situasi dunia hari ini yang didominasi barat tidak  meletakkan agenda lain dalam sistem mereka melainkan kebendaan sebagai  fokus utama. Lihat sahaja corak kehidupan masyarakat barat, mereka  berlumba-lumba mengejar ‘title’ siapa yang lebih kaya dan berharta,  siapa yang lebih kuat berkuasa dan siapa yang lebih ternama.

Pengaruh budaya hidup barat ini telah melanda kehidupan kita di dalam  dunia Islam. Bukan sekadar budaya barat ditiru dan kebendaan menjadi  prioriti, bahkan juga orang Islam dilihat makin lemas demi memuaskan  hawa nafsu.

Sesungguhnya Islam tidak menolak kebendaan dan keduniaan bahkan Islam  memandang dari sudut yang lebih syumul lagi. Kehidupan bukan sahaja  terdiri daripada aspek kebendaan, ia juga terdiri daripada aspek rohani  dan spiritual.

Allah mengajar manusia bahawa aspek rohani adalah aspek yang perlu diutamakan.

Allah berfirman:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي  أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ * ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ * إِلَّا  الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

*فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ

“Sesungguhnya Kami telah mencipta  manusia sebaik-baik penciptaan. Lalu Kami letakkannya di tempat paling  bawah. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka  pahala yang tidak putus-putus”.

Lihatlah bagaimana manusia yang dijadikan Allah sebaik-baik  penciptaan menjadi hina apabila meminggirkan aspek rohani yang disebut  sebagai iman dan amal soleh.

Arus kebendaan yang sangat kuat menyebabkan kita leka dan lupa bahawa  dunia ini hanyalah sementara dan segala nikmatnya hanyalah angka-angka  kosong yang tidak bernilai di akhirat nanti. Oleh yang demikian, Islam  mengajar kita supaya seimbang dalam menunaikan hak diri. Jika kita sibuk  mengisi kehidupan dengan mencari harta dan kesenangan, pengisian hati  tidak boleh dipinggirkan sama sekali. Seperti mana kita tidak pernah  lupa makan untuk mengisi perut, begitu juga kita tidak boleh lupa untuk  berzikir, solat, berdoa untuk mengisi keperluan hati dan rohani.  Bukannya kita perlu berpuasa sepanjang masa, berkhalwat siang dan malam  berzikir mengingati Allah, tetapi kita harus menunaikan segala hak  dengan penuh keseimbangan.

Keseimbangan yang dimaksudkan terkandung di dalam firman Allah di dalam Surah Al-Qasas, ayat ke-77:

وَابْتَغِ فِيمَا آَتَاكَ اللَّهُ  الدَّارَ الْآَخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ  كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ

وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

“Carilah apa-apa yang Allah sediakan  untukmu di akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia, dan  berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah  kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka  kepada orang yang membuat kerosakan”.

Sebagai muslim, kita menjadikan dunia itu sebagai ladang menuju  akhirat. Meskipun dunia itu melalaikan, bukanlah bererti kita menolak  terus keduniaan, akan tetapi kita mengambil segala manfaatnya sebagai  bekal bertemu Allah. Konsep inilah yang dinamakan zuhud. Imam Ahmad Ibn  Hanbal ditanya, adakah seseorang itu boleh dikatakan zuhud sedangkan dia  memiliki 1000 dinar? Beliau menjawab, benar dia boleh dikatakan zuhud  apabila bertambah hartanya dia tidak gembira, dan apabila berkurang dia  tidak bersedih. Nabi Sulaiman juga boleh dijadikan contoh mereka yang  zuhud sekalipun memiliki kekayaan yang tidak mampu ditandingi orang  lain.

Nabi Muhammad pernah memperakui di dalam sebuah hadis bahawa dunia  itu memang nikmat yang menyeronokkan. Nabi bersabda dalam sebuah hadis  riwayat Imam Muslim daripada Said Al-Khudri R.A:

إن الدنيا حلوة خضرة وإن الله مستخلفكم فيها فينظر كيف تعملون فاتقوا الدنيا واتقوا النساء

فإن أول فتنة بنى إسرائيل كانت في النساء

“Sesungguhnya dunia itu manis kehijauan  (lazat seperti buah manis yang hijau), dan sesungguhnya Allah menjadikan  kamu khalifah di dunia ini maka Allah akan melihat apa yang kamu  lakukan (ketaatan atau kemaksiatan), dan takutlah (akan fitnah) dunia,  dan takutlah (akan fitnah) wanita, sesungguhnya fitnah yang mula-mula  menimpa Bani Israel adalah pada wanita”.

Islam mengajar kita sifat tajarrud untuk berlepas diri dengan  nikmat-nikmat godaan dunia. Tajarrud membawa erti bersih dan suci  daripada dunia. Orang yang tajarrud daripada dunia ialah orang yang  tidak melekat sedikit pun dunia padanya. Untuk tajarrud kita terlebih  dahulu perlu mengenal pasti apa yang ingin kita tinggalkan, iaitu dunia  dan segala yang ada padanya meliputi harta, pangkat, wanita dan takhta.

Demi memastikan hati kita tajarrud (bebas) daripada dunia, maka kita  memerlukan perjuangan umpama rakyat sesuatu negara berjuang membebaskan  negaranya daripada cengkaman musuh. Dengan bersenjatakan iman dan taqwa,  mudah sahaja bagi kita menundukkan musuh kebendaan dan keduniaan itu.  Namun ada satu syarat besar iaitu kehendak dalam diri yang kuat.  Keazaman yang padu dan hati benar-benar kuat niatnya sahaja yang mampu  melawan arus kuat gelombang dunia.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Ra’d, ayat ke-11:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah diri mereka sendiri”.

Dalam memastikan kejayaan dalam perjuangan tersebut, di sini perlunya  peranan Al-Quran, kekhusyukan solat, pengharapan tinggi dalam berdoa  dan tuntutan memperbanyakkan ibadah sunat untuk menghampirkan diri  kepada Allah.

Tanpa kita sedari, sebenarnya ramai umat Islam memilih jalan  ber’uzlah’ untuk memastikan diri mereka tidak terjatuh ke dalam godaan  dunia. Mereka mengasingkan diri daripada masyarakat untuk memberi  perhatian kepada ibadah. Namun adakah ‘uzlah’ sedemikian yang diamalkan  Nabi dan para sahabat? Memang benar Nabi beriktikaf di 10 malam terakhir  bulan Ramadan dan bukankah masjid Nabi itu merupakan pusat aktiviti  masyarakat ketika itu? Oleh itu ‘uzlah’ yang diajarkan di dalam Islam  sebenarnya adalah ‘uzlah’ di dalam jiwa. Kita masih tetap bergaul dengan  masyarakat tetapi hati kita bersih dan suci daripada dunia.

Pergaulan dengan masyarakat hukumnya wajib untuk menunaikan tuntutan  amar makruf nahi mungkar. Siapa lagi yang akan membawa dakwah ke  tengah-tengah masyarakat kalau bukan para daie?

Begitulah bagaimana Islam mendidik umatnya dalam berhadapan dengan  arus kebendaan yang melalaikan. Umat Islam diseru supaya kembali kepada  Islam dan meneliti kehidupan para salafus soleh seterusnya menjadikan  Islam sebagai manhaj hidup di zaman kebendaan di akhir zaman.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

25 Januari: Satu titik perubahan
25 Januari yang lalu merupakan satu tarikh atau hari yang besar bagi  dunia Islam khususnya rakyat negara Mesir di mana semua lapisan  masyarakat tidak kira usia, pangkat, taraf pendidkan, turun beramai-ramai  untuk melakukan revolusi yang berpusat di Medan Tahrir, Kaherah.  Berakhir dengan jatuhnya rejim diktator yang telah mencengkam kedamaian  rakyat selama 30 tahun.

Namun,  setakat manakah perubahan yang dapat dilakukan di Mesir sehingga kini?  Adakah dengan revolusi sahaja dapat menyelesaikan segala permasalahan  atau krisis yang melanda sesebuah negara itu?

ISMA  berpendapat bahawa dengan revolusi sahaja tidak dapat menyelesaikan  permasalahan sesebuah negara itu khususnya negara-negara di Teluk Arab  yang kini satu persatu negara Arab mencetus revolusi di negara  masing-masing. Seharusnya, memerlukan kepada usaha yang berterusan dan  menyeluruh serta berperingkat.

Berbalik  kepada revolusi di negara Mesir, revolusi yang dilakukan sebenarnya  bukanlah suatu perubahan total kepada masa depannya, tetapi merupakan  satu permulaan perubahan baru untuk menjadi lebih baik dan bebas demi  masa depan negara.

Revolusi  bukanlah satu-satunya manhaj perubahan tetapi peluang yang boleh diguna  pakai oleh gerakan-gerakan Islam dengan mengambil unsur positif  daripada revolusi yang berlaku.

Antara unsur-unsur positif yang boleh diambil daripada revolusi yang lepas adalah:

1. Dapat menjatuhkan rejim diktator yang mencengkam kebebasan masyarakat Mesir hampir selama 32 tahun.

2. Berakhirnya penindasan ke atas rakyat Mesir.

3. Berakhirnya tekanan dan penindasan terhadap gerakan-gerakan  dakwah di Mesir dan bebas melaksanakan kerja-kerja dakwah kepada  masyarakat.

Mursyidul am Ikhwanul Muslimin berpendapat Mesir setelah berlakunya  revolusi antaranya akan berusaha membawa kepada mengembalikan  kedudukannya iaitu kepimpinan dalam negara-negara Islam khususnya  negara-negara Arab. Seterusnya, menjadikan Mesir sebagai sebuah negara  yang akan memimpin tamadun dan akan mengembalikan semula kedudukan  strategiknya di kalangan dunia Arab khususnya.

Peranan Mesir sebelum ini telah dijatuhkan oleh rejim Mubarak  sehingga peranan dan kedudukan Mesir di rantau Asia Barat menjadi  rendah, jadi dengan berlakunya revolusi yang lepas dapat mengembalikan  serta membawa Mesir kepada perubahan.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya revolusi di Mesir ialah:

i. Rakyat inginkan perubahan kepada keterbukaan, antaranya  disebabkan politik di Mesir yang tidak bebas, dan campur tangan kerajaan  di dalam hal ehwal peribadi individu sehingga berlakunya pembunuhan.

ii. Pengaruh liberalisasi atau hak asasi manusia, kesan  daripada pemikiran barat melalui pendidikan di Mesir, dan tertubuhnya  pelbagai NGO yang membawa fahaman ini sehingga tercetusnya revolusi demi  untuk menjaga hak asasi manusia.

iii. Suasana politik dan sistemnya yang tertutup sebelum ini  memberi kesan kepada semua masyarakat khususnya kepada Ikhwan, anggaran  jumlah penangkapan dari 500 hingga 1000 orang anggota Ikhwan hampir  setiap tahun, serta memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Begitulah antara faktor-faktor yang mencetuskan revolusi yang  lepas, kekejaman kerajaan atau rejim sebelum ini terhadap masyarakat  adalah menyeluruh, tidak kira sama ada faktor usia, kerjaya, agama dan  sebagainya.

Kesimpulannya, revolusi yang belaku merupakan suatu tuntutan  kebebasan yang umum dan hala tujunya tidak dapat dipastikan lagi,  kemungkinan setiap pihak yang terlibat cuba untuk memandu ke arah tujuan  masing-masing.

Dengan ini, ISMA membuat dua kemungkinan tentang perubahan yang akan  berlaku di Mesir. Pertama, semua rakyat akan bersama-sama ke arah  mengembalikan  Mesir sebagai peranan yang besar di Teluk Arab dan dunia Islam, serta mengembalikan kedudukan Mesir yang strategik.

Kedua, sekiranya tiada persefahaman di antara masyarakat Mesir dan  pimpinan-pimpinan politik dalam mengembalikan peranan Mesir seperti  diterangkan sebelum ini, kemungkinan akan berlakunya krisis politik yang  mana semua pihak ingin memperjuangkan agenda masing-masing, yang  akhirnya akan memberi kesan kepada ekonomi terutamanya dalam aspek  pendidikan.

Selain itu, Mesir juga akan membuka ruang kepada kuasa-kuasa  luar untuk campur tangan dan seterusnya akan menguasai Mesir disebabkan faktor strategiknya akibat daripada berlakunya krisis politik  dalaman Mesir. Akhirnya, tidak mustahil Mesir akan mengalami suati krisis  yang lebih teruk dari sebelum ini.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

* Wawancara Ustaz Abdullah Zaik dengan wartawan ISMA Mesir. Dipetik daripada laman web rasmi ISMA Mesir.