ISMAWeb » Naib Presiden I

Mesir: Hari penentu tiba… menang atau syahid
Ucapan  Mubarak untuk terus bertahan. Hingga bila? Hingga pertumpahan darah  ribuan nyawa, atau sehingga rakyat menangkapnya di dalam Istana dan  mengadilinya?

Hari ini masuk hari Khamis. Demo rakyat sudah berlalu seminggu.  Kelmarin (Selasa), Perhimpunan-1-Juta mencapai target. Bagi orang Mesir,  hari Jumaat adalah hari minggu dan hari berkumpul kerana ada solat  Jumaat. Saya menjangka esok, Jumaat adalah hari penentu. Jika  dibiarkan Jumaat akan datang bererti percaturan dan tawar-menawar  terlalu panjang dan lama.

Setelah Mubarak gagal menyuraikan rakyat yang  berhimpun di Medan Tahrir, beliau menawarkan tidak bertanding lagi  September 2011 (7 bulan) depan. Tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh  rakyat kerana tahu Mubarak akan menipu mereka ketika pilihanraya  September nanti, bahkan kemungkinan besar sebelum itu. Di saat itu rakyat  tidak boleh lagi berhimpun sekuat ini yang tidak pernah disaksikan  dalam sejarah Mesir. Rakyat menuntut Mubarak segera keluar dari Mesir  dan biarkan rakyat menentukan masa depan negara. Selagi tiada kemaraan  dan serangan rakyat, tentera Mesir tidak bertindak apa-apa, belum  menunggu arahan menembak sesiapa.

Medan  Tahrir. Sepanjang perkenalan saya dengan rakyat Mesir terhadap  pemerintah mereka, tidak mungkin rakyat Mesir akan berundur kosong dari  Medan Tahrir lalu menerima penindasan dan penghinaan ke atas mereka dan  anak cucu mereka beberapa dekad lagi.

Semalam, tentera Mesir pula mengajak rakyat menghentikan demo dengan alasan “Hasrat rakyat telah kesampaian kepada pihak pemerintah”.  Keputusan rakyat petang tadi menyebabkan saya termenung lama dan  merenung jauh. Pimpinan rakyat di segenap lapisan telah mencapai kata  sepakat bahawa rakyat adalah bersatu teguh dan menuntut Mubarak,  regimnya dan parlimennya hendaklah keluar dari Mesir. Tiada perbincangan  dengan orang yang telah tidak mempunyai apa-apa kuasa pada hakikatnya.  Dari senerio ini dapat disimpulkan:

[A] Jika rakyat bersurai dan pulang ke rumah sebelum Mubarak kalah:

Mereka tidak akan dapat berhimpun seramai itu lagi di masa akan  datang. Mubarak tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali. Rakyat  akan ditindas dengan lebih keras dan kejam melalui seluruh jentera  kerajaan terutamanya polis.

Rakyat akan pulang dalam keadaan hina dina, kemiskinan dan ketiadaan  kebebasan akan terus membelenggu mereka dan anak cucu mereka generasi  demi generasi. Separuh dari penduduk berjumlah 80 juta berpendapatan  kurang dari USD2 (RM6) sehari.

Tokoh-tokoh mereka akan dibunuh atau ditangkap dan tidak mudah untuk mencari pengganti yang seperti yang ada pada ketika ini.

Rakyat  sedang menunggu keputusan Mubarak dan tenteranya. Mubarak sedang  menunggu rakyat menguatkan perhimpunannya dengan menambah bilangan ke 8  juta orang. “Katakanlah kamu tidak menunggu kami melainkan (kami mendapat) salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid).  Dan kami pula menunggu pada kamu, kamu akan dikenakan Allah dengan azab  di sisiNya, atau (azab) dari kami. Maka kamu tunggulah. Sesungguhnya  kami (juga) menunggu bersama-sama kamu” (Surah At-Taubah: 52).

[B] Jika rakyat tidak merubah pendirian sehinggalah Mubarak keluar dari Mesir:

Mereka tidak boleh lagi berdiam diri hingga berminggu-minggu di  Medan Tahrir dan di tempat-tempat perhimpunan yang lain. Mereka harus  terus mara, menguasai seluruh jentera regim Mubarak yang penting  terutama Stesen TV, Kementerian Dalam Negeri dan Istana Presiden.

Jika tentera menghormati perasaan rakyat, berkhidmat untuk  rakyat, mereka dengan mudah menguasai keadaan. Rakyat Mesir termasuk  tenteranya adalah bangsa yang sayang menyayangi antara satu sama lain.  Sekiranya tiada pengaruh asing atau keputusan dari pihak luar, saya  percaya tentera akhirnya akan meletakkan senjata dan masuk ke barisan rakyat. Rakyat akan menang dan Mubarak akan diadili oleh rakyat.

Jika tentera patuh kepada pegawai dan ketua turus mereka untuk  menembak rakyat yang mara untuk menawan Stesen TV, Kementerian Dalam  Negeri dan Istana Presiden, sebanyak mungkin peluru akan dimuntahkan ke  arah penunjuk perasaan berjumlah jutaan. Ratusan malah ribuan nyawa  boleh terkorban namun arus jutaan manusia tiada siapa yang boleh  menghalang. Rakyat akan menang dan Mubarak tetap akan diadili oleh rakyat, tapi dengan lebih keras. Pengaruh asing akan cuba melobi ke arah  pilihan ini terutama Israel dan Amerika demi menjaga maslahatnya.  Dikatakan Amerika dan Barat di tahap ini sedang memujuk Mubarak untuk  melepaskan jawatannya demi mengelakkan pertunpahan darah. Saya  mencurigai khabar ini. Jika benar pun, ini lebih bermakna Mubarak  memberi laluan kepada timbalannya yang baru dilantik, Umar Sulaiman  untuk menjadi Presiden dan terus mengekalkan regim diktator yang lama.  Namun hasrat hakiki yang sebenar ialah tentera Mubarak memuntahkan  sebanyak mungkin peluru ke dada rakyat Mesir.

Ringkasnya, sekiranya Perhimpunan-8-Juta berjaya dilakukan di Medan  Tahrir pada hari Jumaat esok dan seterusnya, lalu bergerak untuk  memberikan pukulan terakhir kepada regim Mubarak, ada 3 pilihan akan  berlaku:

[A]  Pertama: Mubarak, Umar Sulaiman dan regimnya  akan mengalah, berundur, keluar dari Mesir. Rakyat menang dan mendapat  kebebasan membuat pilihanraya dan memilih kerajaan rakyat. Pertumpahan  darah dapat dielakkan. Ini menjadi harapan kita, yang disuarakan oleh  pemimpin-pemimpin rakyat dan saranan Dr Yusof Al-Qardhawy yang berucap  dari Qatar, tempat buangannya.

[B] Kedua:  Mubarak bertahan, tentera bertindak  tegas, membunuh seramai mungkin penunjuk perasaan dan menggagalkan  hasrat rakyat dengan menggunakan kekerasan. Rakyat gagal dan pulang ke  rumah masing-masing untuk dikenakan tekanan yang lebih kejam dan  dahsyat. Ini hasrat Israel dan harapan sebenar Amerika dan  sekutu-sekutunya termasuk sesetengah pemimpin Arab.

Pada  saya rakyat tetap akan mara dan membanjiri dan menawan pusat-pusat  penting di Kaherah. Persoalannya seramai mana nyawa yang terkorban  bergantung kepada bila tentera akan berhenti memuntahkan peluru-peluru  hidup di dada rakyat yang mara, adakah di permulaan kemaraan,  di pertengahan atau di akhir. Foto: Menteri Pertahanan, Field Marshall  Tantawi sedang bercakap dengan salah seorang tentera yang menjaga Stesen  Televisyen berdekatan Medan Tahrir. Adakah beliau akan berpaling tadah  seperti banyak revolusi-revolusi di dunia dan memihak kepada rakyat,  atau terus mengarahkan tenteranya menembak rakyat dan akhirnya nanti  diadili oleh Mahkamah Rakyat?

[C]  Ketiga: Mubarak bertahan, tentera bertindak  tegas, membunuh seramai mungkin penunjuk perasaan tetapi rakyat mara,  membanjiri dan mengalahkan regim Mubarak. Kesemua regim akan diadili  dengan keras kerana membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa. Ini yang  kemungkinan besar akan berlaku jika Mubarak silap dalam membuat  kira-kira sendiri sebagai rakyat Mesir dan menerima bulat-bulat nasihat  atau arahan dari Amerika dan Israel.

[D]  Keempat: Mubarak bertahan, namun setelah  nampak jumlah rakyat yang begitu ramai dan hasrat rakyat yang tidak  boleh dibendung lagi, tentera pangkat bawahan dan pertengahan akhirnya  akan bertukar dan masuk ke barisan rakyat. Rakyat akan menang dan  pertumpahan darah yang banyak dapat dielakkan. Ini akan berlaku  sekiranya tiada tekanan dari luar terutamanya Amerika dan  pemimpin-pemimpin rakyat berjaya meyakinkan tentera agar bersama mereka  membebaskan Mesir dari segala bentuk pengaruh asing dan kekejaman  bonekanya.

Presiden  Zainal Abidin Ali, pemerintah diktator negara Tunisia selama 22 tahun  tajaan Barat mengambil keputusan cabut lari ke luar negara apabila  kemarahan rakyat dan kesatuan mereka semakin memuncak. Ini membuka jalan rakyat menentukan masa depan mereka sendiri, menghidupkan demokrasi,  keadilan, ketelusan dan kebebasan dalam bercakap, televisyen dan  pilihanraya. Langkah beliau mengelakkan pertumpahan darah dalam negara  sesama umat Islam.

Sesetengah bertanya atau berpendapat bahawa tiba masanya Ikhwan  Muslimin memegang tampuk pemerintahan Mesir. Bangkitnya Islam di Mesir  bererti kesudahan riwayat Israel dan kuasa-kuasa besar dunia yang  mendokongnya adalah hampir tiba. Ini harapan semua pihak yang cintakan  Islam dan tanahair Islam. Ini harapan kebanyakan rakyat Mesir sendiri.  Akan tetapi Ikhwan mempunyai perhitungannya tersendiri.

Ketua  Ikhwan Muslimin Tunisia (Parti An-Nahdhah), Asy-Syeikh Abdul Rashid  Ghannusyi, tiba di Tunis Airport dari negara buangannya di England.  Ramai mendengar kemenangan Parti Inqaz di Algeria tahun 1991, tetapi  tidak ramai yang mendengar bahawa pada tahun yang sama Parti Nahdhah  menang pilihanraya di Tunis. Sebaik kemenangan, tentera Tunisia diarah  mengepung rumah Abdul Rashid Ghannusyi untuk membunuhnya, akan tetapi rakyat datang dan mengepung pula tentera menyebabkan keadaan menjadi  sengit. Di kala itu, tuan kepada negara, Perancis, mencadangkan agar  Abdul Rashid dibebaskan dan keluar ke negara luar. Sejak itu beliau ke  England dalam buangan. Saya pernah bertemu beliau di Muaz Islamic  Centre, Birmingham pada tahun 1995 dalam program Perhimpunan Musim Sejuk  pelajar-pelajar Malaysia. Ketika tiba di Tunisia kelmarin, beliau  mengatakan Parti Nahdhah berhasrat sekadar bertanding dalam pilihanraya  Parlimen, belum pilihanraya Presiden.

Pada hemat saya, di antaranya:

Menonjolkan Ikhwan di fasa terlalu awal ini hanya akan mengundang  serangan musuh, ekonomi atau tentera, dalam masa terlalu awal. Selepas  perjanjian Camp David (17/9/1978), Mesir mengimport kebanyakan makanan  rujinya, gandum dan tepungnya dari Amerika. Saya dimaklumkan kapal-kapal  pengangkut gandum Amerika hanya akan mencurahkan tepung ke Pelabuhan  Iskandariah hanya apabila bekalan tepung dalam negara Mesir mencukupi  untuk selama 2 minggu atau kurang. Ini bermakna Amerika memastikan  rakyat Mesir makan tepung sedia ada dan tidak menyimpannya. Sekiranya  Islam naik di Mesir, Amerika akan memotong bekalan tepung dan kestabilan  Kerajaan Islam di Mesir akan langsung tergugat bermula dalam tempoh  tidak lebih dari 2 minggu dan tidak akan tahu bila berakhirnya.

Jika rakyat berjaya mengalahkan Mubarak pada kali ini, pemimpin rakyat yang baru akan mewarisi segala peninggalan buruk yang  ditinggalkan oleh regim Mubarak dan regim-regim sebelumnya sejak puluhan  tahun yang lalu. Yang paling menonjolnya ialah kemiskinan yang melata  dan bilangan pencuri dan perasuah yang ramai kesan darinya,  sarang-sarang individu dan pegawai-pegawai polis yang mempunyai latihan  dan keterikatan dengan Israel dan Amerika dan keruntuhan akhlak dari  budaya Barat yang dieksport oleh Barat melalui berbagai cara. Ini jika  dilihat dari dalam.

Dalam kajian ilmu sosiologi, sesebuah negara atau pertubuhan adalah  seperti seorang insan. Ada masa sakit, baring terlantar dan fokus untuk  berubat dan menyihatkan dirinya, dan ada pula masa sihat, aktif dan  boleh berperanan kepada orang lain. Kesan dari pemerintahan regim-regim  yang lalu, Mesir sebuah negara yang sakit seperti yang disebut dalam (2)  di atas. Ia memerlukan masa untuk membaiki segala kerosakan yang  diwarisi, dengan sesegera boleh, supaya ia boleh segera berperanan  sebagai abang sulung kepada negara-negara umat Islam yang lain. Bukan  dari Maslahah Syarak, sebaik Islam bangkit, Mesir terus mencari sengketa  dengan negara lain sedang ia sendiri dalam keadaan sakit. Namun jika  Israel atau Kuasa-kuasa Besar yang memulakannya dahulu, Allah mengajar  dan mewajibkan pemuda-pemuda Islam memilih kemuliaan dan berjihad  mempertahankan sempadan negara. Allah swt mempunyai tadbirnya  tersendiri. Dia yang mengatur Perang Badar dalam keadaan para Sahabat ra  menyangka mereka tidak  bersedia. “Dia hendak membenarkan yang Hak, dan Dia hendak membatilkan yang Batil (melalui Perang Badar)” (Al-Anfaal).

Yang sangat asasi yang perlu difahami di sini mengenai manhaj  (cara kerja) dakwah Ikhwan Muslimin ialah ia sentiasa memastikan ia  adalah salah satu juzuk dari jasad umat, dan bukan terpisah darinya.  Oleh sebab itu manhaj seperti ini menolak harapan dan desakan agar  Ikhwan Muslimin memegang tampuk pemerintahan sebaik regim Mubarak  dijatuhkan. Ini adalah kerana yang menjatuhkan Mubarak secara langsung  adalah seramai beberapa juta orang dan bukan 80 juta penduduknya. Ikhwan  Muslimin mesti menjadi salah satu juzuk (bahagian) dari 80 juta  penduduk Mesir dan bukan dari 8 juta peserta demonstrasi. Oleh itu  Ikhwan Muslimin akan membuat keputusan sejauh mana keterlibatannya dalam  Parlimen dan Kerajaan Mesir hanya setelah keadaan dalam negara stabil,  sistem demokrasi yang sebenar dilahirkan di bumi nyata terlebih dahulu  dan semestinya melalui pilihanraya yang sebenar, bebas dan telus,  disertai oleh segenap lapisan masyarakat Mesir yang berbagai. Hal ini  juga memerlukan masa.

Masyarakat umum dan Barat sendiri mengetahui bahawa Mubarak tidak  memiliki saingan di dalam Mesir kecuali Ikhwan Muslimin. Bahkan Ikhwan  Muslimin sendiri adalah bukan saingannya di dalam masyarakat Mesir. Oleh  kerana itu Mubarak didokong oleh hanya polis-polisnya dan Kuasa-kuasa  Asing semata-mata. Adapun parti-parti lain yang turut terlibat atau lebih  tepat lagi dilibatkan dalam mesyuarat pemimpin-pemimpin rakyat seperti  parti Nusairi, parti Wafd, parti Sya’ab, parti Al-Ghad dan seumpamanya,  mereka tidak lebih seperti parti-parti “nyamuk” seperti parti Berjaya  dan seumpamanya di Malaysia. Hakikatnya parti-parti tersebut adalah  individu-individu semata-mata seperti halnya parti Watani pimpinan  Mubarak.

Semoga Allah swt memenangkan umat Islam dalam berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia dan boneka-bonekanya yang menindas dan  menjadikan umat Islam ketinggalan jauh ke belakang dalam persaingan  dunia moden. Juga semoga Allah swt memelihara rakyat Mesir dari  berlakunya pertumpahan darah yang banyak, menerima mereka yang telah dan  bakal terkorban sebagai para Syuhadak, membaiki dan menstabilkan Mesir  sesegera boleh selepas huru hara. Semoga Allah swt terus menyelamatkan  Mesir selepas daripada itu dari serangan-serangan luar, ekonomi mahupun  ketenteraan, yang tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap bani  insan. Moga negara-negara umat Islam segera menyalurkan persaudaraan dan  bantuan yang diperlukan oleh rakyat Mesir dalam menghadapi sebarang  dugaan dan cabaran.

“Kami  ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di  muka bumi. Kami  hendak menjadikan mereka imam-imam (pemimpin di tempat mereka).  Kami  hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan  dunia).  Kami meneguhkan mereka di muka bumi. Kami (hendak) memperlihatkan   Firaun, Haaman dan tentera-tenteranya apa yang mereka takutkan   (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Pengajaran kejatuhan Zainal Abidin Ali di Tunis
“Syar’iyyah Sya’biah” itu lebih tinggi dari “Syar’iyyah Dusturiah” .

Apa yang telah dan sedang berlaku di Tunis merupakan suatu perkara  yang berlaku di alam nyata yang benar-benar difahami oleh pakar  undang-undang dan politik. Ia merupakan satu “syar’iyyah sya’biah” (legaliti dari umat) yang berada lebih tinggi daripada “syar’iyyah dusturiah” (legaliti dari perlembagaan). Dalam masa yang sama ia adalah satu peringatan yang jelas kepada  semua pihak di dalam dan luar negara, tanpa sebarang keraguan lagi  bahawa:

Semua rakyat yang ditindas sebenarnya boleh melakukan suatu yang  besar dan banyak. Sekiranya mereka bangkit dan bergerak dengan dorongan  kepentingan umum menentang kuasa yang zalim, maka pertolongan Allah  bersama mereka dan bekerja ke arah mencapai kepentingan mereka.

Kerajaan-kerajaan yang zalim dan rejim-rejim diktator lagi perosak  sebenarnya bukan di dalam posisi yang selesa dan aman. Kerana kezaliman  dan kerosakan yang mereka lakukan, mereka hidup di atas gunung berapi  kemarahan rakyatnya sedang kemurkaan Allah lebih teruk dan dahsyat lagi.  Ia boleh meletus pada masa dan bentuk yang tiada siapa dapat menyangka.

Petanda kepada Kuasa-kuasa Besar Dunia yang bermaharajalela yang  memiliki senjata dan kapal selam nuklear, wang yang melimpah ruah serta  menekan dan memastikan dominasi mereka ke atas Dunia Ketiga, terutamanya  Dunia Arab dan Islam, bahawa jelas apa yang berlaku di Tunis menunjukkan  bahawa kehendak rakyat itulah yang akhirnya akan menang, apatah lagi  sekiranya sesuatu umat itu bangkit dan berjuang dengan dorongan aqidah  dan pertolongan dari langit.

Seorang pemuda yang sedar lagi faham akan hakikat pertembungan  di antara Dunia Arab dan Islam berdepan dengan Dunia Amerika-Israel,  adalah lebih ditakuti oleh musuh-musuh Allah dari sebarang bentuk  persenjataan.

Ia adalah mesej yang jelas bahawa umat Islam ini masih hidup, tidak  mati dan tidak akan mati insyaAllah, membesar dalam keadaan jerih dan  payah, akan mencapai zaman matangnya dan terus menerus bergerak  di jalannya menuju ke arah perbaikan dan kestabilan yang hakiki, tidak  tunduk kepada sebarang tekanan dan ancaman.

Sebenarnya sebab-sebab dan dorongan-dorongan yang membawa kepada  berlakunya kebangkitan rakyat di Tunis terdapat juga di merata-rata  negara-negara Arab, khususnya Mesir. Ini adalah kerana faktor-faktornya  adalah sama sahaja iaitu penyelewengan, kezaliman, krisis ekonomi yang  semakin meruncing dan sistem diktator yang berlarutan.

Mendidik  umat menjadi peka dan mementingkan kepentingan umum mengatasi  kepentingan diri suatu tugas yang berat tetapi tidak mustahil. Bahkan  di antara risalah para Rasul-rasul terdahulu ialah merubah dan memimpin  umat ke arah peka, bertanggungjawab dan berkorban demi orang lain.

Dalam kita membentangkan hakikat-hakikat di atas, gerakan Islam yang sahih perjuangannya dalam masa yang sama:

Sangat menjaga kestabilan dan keamanan sosial dalam negara pada setiap ketika dan keadaan.

Meyakini bahawa “Nidhal Dusturi” (pertarungan berperlembagaan)  adalah laluan semulajadi yang dipilih ke arah perubahan yang  dicita-citakan dalam semua aspek ekonomi, politik dan sosial.

Gerakan Islam seharusnya menjadi sebahagian dari juzuk umat dalam  sebuah negara, melihat dan menganalisa pihak-pihak lain khususnya parti  pemerintah yang memiliki kemampuan lebih besar dalam membuat perubahan  dan pembaikan sekiranya mereka memiliki kehendak dan kemahuan ke arah itu.

Tentera  di negara-negara Barat dilatih untuk menyerang umat lain, akan tetapi  tentera di banyak negara umat Islam dilatih untuk mengawal dan bertempur  dengan kebangkitan rakyat mereka sendiri seperti di Turki,  negara-negara Arab dan lain-lain lagi. Betapa banyaknya wang, masa,  tenaga dan fikiran dihabiskan ke arah yang tak sepatutnya.

Sayangnya apa yang kita lihat, pihak yang memiliki kemampuan tidak  menunjukkan sikap yang bersungguh dan amali dalam mengambil langkah dan  usaha yang sebenar ke arah membenteras penyelewengan dan mencapai  perbaikan dalam negara. Jika pihak pemerintah tidak bertindak pantas  memikul tanggungjawab dan tidak  proaktif melakukan perbaikan yang  serius, ketahuilah bahawa kestabilan itu tidak akan berkekalan lebih  lama.

Sesungguhnya matlamat Ikhwan Muslimin ialah membina generasi baru dari kalangan orang-orang yang beriman dengan ajaran-ajaran Islam yang  sahih. Mereka bekerja mencorak orang ramai dengan corak Islam yang  sempurna. Jalan Ikhwan pula ialah merubah suasana umum masyarakat dan  mentarbiyah pendokong Dakwah dengan ajaran-ajaran Islam sehingga mereka  menjadi teladan kepada orang-orang lain… Ikhwan berjalan menuju  matlamat mereka melalui batas-batas jalan mereka di atas. Adapun jalan  revolusi, Ikhwan Muslimin tidak memikir dan bergantung kepadanya. Ikhwan  tidak meyakini menfaat dan hasilnya. Walaupun begitu Ikhwan berterus-terang kepada pemerintah di Mesir, sekiranya keadaan dalam negara  berkekalan seperti ini dan pemerintah tidak mengambil langkah segera  membaiki keadaan, pasti ia akan membawa kepada revolusi yang bukan dari  perbuatan Ikhwan, akan tetapi dari tekanan suasana, tuntutan keadaan dan  cuai terhadap perbaikan-perbaikan dalam masyarakat. [Hasan Al-Banna]

Semoga Allah SWT memelihara kita dari hidup di bawah pemerintah yang  zalim, ketidakstabilan dan kacau bilau dalam negara dan kelesuan rakyat  yang tidak endah apa yang berlaku di sekelilingnya. “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka (jiwa, sikap, akhlak dsb)” (Al-Quran).

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Dakwah kita adalah Dakwah Cinta
Bila menyelami hakikat cinta, saya teringat tragedi yang menimpa  sahabat lama saya Allahyarham Baharudin yang lemas  bersama 3 orang  anaknya sekitar awal tahun 2000-an.  Kami pernah bersama-sama menuntut di  Australia pada tahun 1980-an dan bertemu dalam  program-program nasional  seAustralia. Pertemuan yang paling saya ingat ialah di dalam perkhemahan musim  panas pertama dianjurkan iaitu Summer Camp 1984 di Marion Mosque,  Adelaide.

Apa yang telah berlaku dalam tragedi itu ialah mereka sekeluarga  berkelah  di pantai Desaru, Johor, di mana Allahyarham cuba hendak  menyelamatkan anaknya  yang dibawa ke tengah laut oleh ombak sehingga  dia sendiri hanyut.  Dalam masa yang sama, rupa-rupanya di belakang  beliau, ada anaknya juga yang lain yang ingin menolong bersama-sama  ayahnya  walaupun usianya kecil, lalu bertarung dengan ombak besar yang  tinggi lagi  ganas, lupa kemampuan diri demi ayah dan adik beradik yang  dicintai.  Tragedi berakhir dengan kesemua 4 orang mereka mati lemas  ditelan ombak.

Saya kagum dengan salah satu dari naluri manusia yang diciptakan  Allah swt  untuk manusia iaitu perasaan cinta dan sayang. Cinta ini  boleh ke tahap  seorang boleh melupai dirinya demi untuk apa atau siapa  yang  dicintainya. Demikianlah potensi cinta. Ia boleh mencetuskan   keajaiban-keajaiban yang tidak tergambar oleh manusia. Allah swt   menciptakan musuh-musuh Agama dan segala bentuk kemampuan mereka   merencana dan bertindak. Tetapi Allah juga mencipta Rasul-rasulNya,   para Mujaddid dan Duat seperti kita sehingga ke Hari Kiamat. Dia Yang   Maha Berkuasa membekali dalam naluri kita potensi cinta, agar kita   bermatian berjuang melupai keselesaan diri, demi Dia, Rasul dan   AgamaNya.

Oleh sebab itu, Cinta banyak diulang-ulangi di dalam Al-Quran dan  Al-Hadis. “Katakan  (kepada mereka ya Muhammad) sekiranya kamu mencintai  Allah maka  ikutilah (perjuangan) aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan   mengampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran: 31). Rasul saw bersabda  bermaksud, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga Allah dan  RasulNya lebih dia cintai melebihi dari selain kedua-duanya” (Hadis).

Bagi pencinta-pecinta Islam yang hakiki, tiada yang lebih besar cara   membuktikan di depan Allah akan cinta mereka ini selain bekerja keras   untuk memenangkannya berdepan dengan musuh-musuhnya, melupai keselesaan   diri di rumah atau di pejabat, atau perniagaan yang menggoda dengan   peluang-peluang keuntungan yang banyak. Duat lebih rela mengorbankan   jiwa, duit, masa dan nyawa demi mencapai cita-cita Islam yang telah dia   fahami dan pusakai dari Seerah Rasulullah saw, kekasih yang  dicintainya.

Yang  aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan  ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah  adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada  Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan  tanpa kasih sayang. Minima kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri). “Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr). Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat  ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana  sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain  mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama  selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian. “Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) di antara satu sama lain” (Al-Quran). Beginilah kita sepatutnya. [Imam Hasan Al-Banna]

Oleh itu, satu hakikat penting yang harus kita sama-sama insafi dan  hidupkan di dalam perjuangan ini ialah Dakwah kita ini menyeru kepada   Cinta. Cinta Allah, Rasul dan balasan di Akhirat sebagai asas. Begitu   juga Dakwah kita mengajar agar cinta kepada teman-teman seperjuangan dan   masyarakat Islam di sekeliling kita. Dari asas dan titik tolak perasaan  Iman dan Cinta inilah  kita menyeru manusia. Ke arah Cinta juga kita  mendidik mereka sehingga mereka pula menjadi pejuang-pejuang Agama dan  Kebenaran yang kuat kecintaannya kepada Allah, Rasul dan oranag-orang  beriman.

Kita  mahu masyarakat kita mengetahui bahawa mereka adalah lebih kita sayangi  dari diri kita sendiri. Mereka adalah kekasih jiwa-jiwa kita ini,  hingga jiwa dan nyawa kita rela terkorban  menjadi tebusan demi mencapai keagungan untuk mereka, sekiranya  perjuangan menuntut tebusan sedemikian. Jiwa-jiwa kita rela bersusah  payah membayar harga yang mahal demi mendapatkan kemuliaan bagi agama  dan cita-cita mereka. Kita tidak mengambil pendirian sedemikian  melainkan kerana perasaan cinta ini yang telah memenuhi segenap  hati-hati kita, melupakan kita tentang tempat tidur dan mengalirkan  airmata kita. Amat berat kita rasakan terhadap apa yang sedang dialami  oleh masyarakat kita. Kita bekerja di jalan Allah untuk orang ramai  lebih banyak dari kita bekerja untuk diri kita sendiri. Kami adalah  untuk anda semua wahai kekasih-kekasih kami, bukan untuk selain kamu.  Tidak akan datang hari di mana kami berjuang untuk selain kamu” (Imam  Hasan Al-Banna).

Sebaliknya sebarang perjuangan lebih-lebih lagi perjuangan Islam yang  tidak didasari dan diwarnai dengan Ukhuwwah dan kasih sayang adalah  perjuangan yang pasti akan gagal. Ini adalah kerana tanpa kasih sayang,  organisasi tersebut telah hilang salah satu ciri keimanan yang  terpenting seperti yang dianjurkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran, dan  ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Kita sendiri dapat  gambarkan sekiranya perjuangan yang tidak mempunyai gaji dan upah  seperti Dakwah ini tidak mampu menyirami anggota-anggotanya dengan Iman  dan Ukhuwwah, lambat laun mereka akan lebih tertarik dengan dunia dengan  segala perhiasan dan godaannya. Contoh dan pengalaman yang berlaku di  depan mata kita terlalu banyak berlaku. Kata mengata, jatuh menjatuh,  cantas mencantas sebenarnya membakar hangus isi dan intipati ruh  perjuangan sesebuah jemaah seperti api di dalam sekam.

Ya Allah, kurniakan kami kecintaan kepadaMu, rasulMu dan   kekasih-kekasihMu. Kurniakanlah juga kepada kami kecintaan kepada mereka   yang berjuang untuk memenangkan AgamaMu. Kasihkan kami kepada isteri,   anak-anak dan keluarga kami. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki   hati-hati ini. Amin.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Kelebihan puasa Hari Asyura
Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar  Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah  swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya: وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”.

Maksud Hari-hari Allah ialah ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti  selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan  Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani  Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..”  bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.

Dalam satu hadis menyebut  “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar di mana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم”  bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda “أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..”  bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”. يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر  (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi  hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu  bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura  merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan  dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah di antara  anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada  kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai  sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.

Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?

Kebanyakan ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan  menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam  Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan  Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan  bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).

Ibnu Al-Munir  mengatakan kebanyakan ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh.  Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga  berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat  Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)،  yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).

Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد  سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد،  وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم  يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد:  1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura,  dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram,  kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari  Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia  menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi  no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah  Hari Kesembilan sahaja.

Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين  صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول  الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم  “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام  المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada  hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para  Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh  orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun  depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih  hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh  itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian ulamak mengatakan sunat  berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak  menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Di kalangan mereka  ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati  agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.

Pendapat sebahagian ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا”  bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan  (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan  sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari  ke-9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke-9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke-10 Muharram.

Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak  kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan  membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka  yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut  sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk  syarah hadis Muslim no 1136).

Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita  di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri,  keluarga dan masyarakat kita ke arah mendaulatkan kembali Islam di negara, rantau dan dunia ini. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Kelebihan 10 hari-hari pertama Zulhijjah
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 malam-malam terakhir  Ramadhan. Tetapi adakah ramai di kalangan umat kita yang maklum kelebihan  10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada  suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan  pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.” Para sahabat baginda  bertanya, “Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)?” Ujar baginda, “Tidak juga Jihad di jalan Allah  kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak  membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan  agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada  suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan  pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya  tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu  Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik  amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya:  Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan  (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima)  tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya –  terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di  antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang  dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu  dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya,  makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t  yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa  hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di  bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya  diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis  Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan  amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana  maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari  rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya  Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan  seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada  kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan  digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih  disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan  yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara  amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari  itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh  (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada  waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima  waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari  waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir  bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya  berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari  raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan  sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah  menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan  seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila  kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang  ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan  dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain: “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi  mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari  kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan  janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang  dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke  tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus  kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri  dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan  tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya  kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara  berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya  mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia  merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.  Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan  Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan  sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan  yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah,  berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya,  mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Kerajaan berkhidmat kepada rakyat atau kepada Barat?
Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya  merenung kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa  rakyat memilih mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan  berkhidmat untuk pihak lain terutama kepada Barat dan kuasa-kuasa besar.

Muslimat  Turki menuntut  kebebasan memakai hijab di premis-premis awam di Turki,  sebuah negara  umat Islam diperintah oleh orang Islam. Kelihatan beberapa  lelaki Turki  bertopeng hitam, menggambarkan masyarakat kulit hitam  ditindas di  Amerika pada kurun ke-18 sebagai golongan kelas kedua dalam  negara.

Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan  ada ke tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap  Islam yang hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta  dunia dan sayang kepada kerusi tampuk kekuasaan. Bagi mereka, mereka  akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya mereka mendapat  dokongan Barat dan kuasa-kuasa besar, itu yang lebih penting. Jika  tidak, Barat akan mengganggu gugat kestabilan karier politik dan periuk  nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada  Barat bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar. Oleh  itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak serta kehendak rakyat dibelakangkan.

Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan,  kekuatan ekonomi dan keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di  dalam negara itu sendiri. Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih  besar yang menentukan segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha  Perkasa. “Lalu kamu melihat orang-orang yang ada penyakit di  dalam hati bersegera (merujuk dan melutut) kepada mereka (Yahudi dan  Kristian) dengan berkata, “Kami takut ditimpa bencana”. Mudah-mudahan  Allah mendatangkan kemenangan atau sesuatu perkara dari sisiNya, lalu  mereka menyesal terhadap apa yang mereka sembunyikan” (Surah  Al-Maidah).

Kita bukan sahaja mengajak mereka menginsafi agenda mereka  yang salah hanya dengan asas keimanan dan menggunakan nas-nas Quran dan  Hadis. Malah kita mengajak mereka supaya melihat contoh-contoh yang  telah dan sedang berlaku di dunia yang menguatkan pandangan dan hakikat  ini. Lihat negara China yang membangunkan rakyat dan ekonomi mereka  tanpa perlu tunduk kepada Barat dan kuasa-kuasa besar. Lihat umat di  Gaza, Palestin yang mempu mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan  mereka dalam Perang 22-hari dua tahun lalu tanpa perlu melayani tekanan  dan kehendak Barat dan kuasa-kuasa besar. Lihat sesetengah pemimpin umat  Islam yang lantang menolak agenda dan kehendak Barat dan kuasa-kuasa besar sedang mereka masih di tampuk pemerintahan dengan dokongan rakyat  yang tidak berbelah bagi.

Pada  tahun 2010 ini, muslimat di Kosovo, Eropah masih berusaha menuntut hak  dan kebebasan memakai tudung. 90% rakyat Kosovo (merdeka tahun 2008)  beragama Islam dipimpin oleh orang Islam.

Kesan dari merujuk dan melutut kepada agenda dan kehendak Barat dan kuasa-kuasa besar dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat dari golongan  cerdik pandai mahupun masyarakat biasa yang sedar dan mengamatinya,  walaupun dalam banyak perkara di sesetengah negara, ia cuba  disembunyikan dari pengetahuan rakyat jelata. Di antara fenomena tersebut  ialah:

Muslimat Turki menuntut hak dan kebebasan individu dalam memakai hijab (tudung) sempena cuti musim panas yang akan berakhir dan penggal  persekolahan yang akan bermula. Perlembagaan Sekular Turki melarang  sebarang amalan yang bertentangan dengan prinsip sekular Kamal Ataturk.

PERTAMA: Melarang pemakaian hijab (tudung menutup  aurat wanita) di berbagai premis dan keadaan. Ini bukan sahaja mencabar agama Islam, tetapi sangat bertentangan dengan hak kebebasan manusia yang  disanjung tinggi oleh sistem demokrasi itu sendiri yang dimaklumi  bertunjangkan kebebasan mengundi, memilih, berfikir, menyuarakan  pendapat apatah lagi memakai hijab!! Adalah suatu yang menghairankan  apabila hijab dilarang oleh pihak berkuasa orang Islam di negara umat  Islam sedang hampir di semua negara Barat seperti di Amerika, England,  Australia, Germany dan sebagainya, hijab langsung bukan merupakan satu  isu bagi mereka!!

KEDUA: Memberi kebebasan Budaya Kuning (Barat) yang  merosakkan untuk menjalar dan membarah di dalam masyarakat Islam. Ini  dibenarkan bermaharajalela melalui internet, televisyen, media massa  lain seperti akhbar, majalah, iklan di tempat awam dan lebuh raya dan  sebagainya. Begitu juga dalam acara-acara seperti konsert ala-Barat,  arak, judi dan lain-lain. Tanya  kepada para ibu bapa Islam siapakah yang suka anak-anak muda mudi  mereka dimomok dan dipengaruhi oleh budaya yang merosakkan ini, nescaya  mereka tidak menyukainya, bahkan telah banyak nasihat, tunjuk ajar,  bimbingan yang telah mereka curahkan untuk anak-anak mereka dalam  berdepan dengan budaya yang menyerang ini.

Saya sering merenung,  alangkah beruntungnya professional bukan Islam yang sepenuh masa mereka  boleh digunakan untuk cemerlang dalam profession (karier) dan perniagaan  masing-masing, sedang ramai golongan professional Islam seperti saya  yang hanya suku masa saya boleh ditumpukan kepada bidang professional  yang saya ceburi dan 3/4 masa, fikiran dan tenaga yang berbaki terpaksa  dicurahkan untuk menyelamatkan anak-anak saya, masyarakat dan umat dari  serangan Budaya Kuning yang sedang rakus melanda negara saya !

Setelah  memohon untuk memakai tudung selama 24 tahun sejak tahun 1984  di sepanjang era pemerintahan Dr Mahathir, akhirnya pada tahun 2008 di  era Abdullah Badawi, Radio dan Televisyen Malaysia membenarkan Hamidah Hamzah memakai tudung, iaitu setelah 62 tahun penubuhan RTM.

TIGA:  Mengguna pakai peraturan yang mentadbir  masyarakat Islam berupa perlembagaan dan undang-undang yang banyak tidak  selari dengan agama Islam itu sendiri!! Sekali lagi di sini saya  sering merenung melihat umat dan bangsa di seluruh dunia. Pengalaman  pernah tinggal di Australia selama 5 tahun, di Mesir selama 8 tahun dan  mengunjungi banyak negara serata dunia menyedarkan akan satu hakikat  bahawa umat-umat selain Islam di dunia dapat hidup ditadbir oleh  kehendak dan sistem ideologi mereka seperti Kristian, Kapitalis, Komunis  dan lain-lain, sedangkan umat Islam hidup ditadbir oleh kehendak asing  dari agama mereka dan jauh dari ideologi Rabbani yang mereka anuti.

EMPAT: Para pemimpin masyarakat Islam sentiasa  mengelak untuk berpakat, sedang Allah swt menyuruh kepada kesepakatan di  dalam banyak ayat di dalam Al-Quran seperti firmanNya bermaksud, “Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah…”. FirmanNya lagi bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan RasulNya, jangan kamu  bertingkah, nanti kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah.  Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (At-Taubah).

Saban hari saya melihat masyarakat Islam di akar umbi tak kira dari  parti dan pertubuhan mana mereka berdaftar, boleh berjumpa, bermesyuarat  dan berpakat di surau, masjid, sekolah dan sebagainya dalam banyak  kenduri kendara, keselamatan dan pengurusan kampung dan perumahan serta  banyak isu masyarakat setempat,  sedang para pemimpin mereka pula  langsung tidak boleh bermesyuarat dan berpakat bersama walau dalam satu  dua perkara demi kepentingan agama dan bangsa. Para cendekiawan dan  cerdik pandai, bila melihat fenomena ini akan mengamati untuk siapa  pemimpin ini berkhidmat, kepada rakyat atau kepada Barat??

Adalah  lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada rakyat daripada  berkhidmat kepada Barat. (Foto: Israel, Palestin, Mesir dan Jordan  dipanggil ke White House, Washington untuk menguatkan tekad ke arah  meningkatkan tekanan terhadap gerakan-gerakan pembebasan Palestin yang  didokong oleh majoriti rakyat Palestin).

Umat Islam semakin ramai yang sedar dan kembali menghayati Islam.  Bilangan dan peratus mereka seperti itu bertambah dari hari ke sehari,  bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Saya sentiasa ingat kata-kata  yang sering diungkap oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Marhum Ustaz  Mustafa Masyhur, “Kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan umatnya  yang bertambah dari hari ke sehari, berbanding zaman kegelapan  (kejahilan) yang lalu adalah umpama matahari yang sedang naik di waktu  subuh dan pagi. Siapakah yang boleh menghalangnya dari terus terbit,  menukarkan kegelapan malam kepada cahaya siang yang akhirnya terang  benderang”.

Benarlah kata-kata beliau. Namun hakikat yang begitu  mudah ini, tidak atau seolah-olah tidak difahami oleh ramai pemimpin  negara umat Islam. Mereka sering mencanang di merata-rata tempat dan  majlis bahawa negara mesti seiring dan jangan ketinggalan dari kemodenan  dan teknologi semasa, namun mereka sendiri ketinggalan dalam bersama  penghayatan Islam yang semakin meningkat bukan sahaja di dalam negara,  bahkan dalam masyarakat Islam antarabangsa.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Ustaz Dahlan kembali ke rahmatullah
Pada jam 9.55 pagi, 18 September 2010 yang lalu, pengasas jemaah HALUAN,  Ustaz Dahlan Mohd Zain (gelaran Dato’ Kaya Bakti) kembali ke rahmatullah  setelah lebih 40 tahun berjuang di dalam jihad dan dakwah di Malaysia. Al-Marhum meninggal dunia setelah 491 hari (1 tahun 4 bulan 4 hari) isterinya yang dikasihi, Datin Halimaton binti Hussein pulang ke rahmatullah pada 14 Mei 2009. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan untuk saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman …” (Al-Quran).  Saya membawa isteri dan semua anak-anak saya ke Perlis pada hari itu  supaya mereka mengenali lebih dekat tokoh-tokoh dakwah di Malaysia dan  mengambil teladan dari mereka. “Barang siapa yang hendak  mencontohi, maka ambillah contoh dari orang yang telah mati. Kerana  orang yang masih hidup masih belum selamat dari fitnah (dugaan)”.

Ustaz Dahlan beroleh ijazah di dalam bidang syariah dari Universiti  Baghdad, Iraq. Beliau kembali ke tanahair dan mula aktif di lapangan dakwah sejak di akhir tahun 1960-an khususnya di dalam ABIM (ditubuhkan  tahun 1972).

Mengimbau kembali zaman Kebangkitan Islam Haraki yang pertama pada   tahun-tahun 1980-an dahulu, saya mula mengenali dakwah yang dibawa   Al-Marhum sejak tahun 1981 ketika di tingkatan 4 di MRSM Kuantan, iaitu  kira-kira 30  tahun lalu. Manhaj amal Al-Marhum yang menekankan persoalan dan  pembentukan akidah pada diri para pendakwah berupa pembersihan jiwa,  penumpuan terhadap akidah seperti di fasa Makkiyah dan penolakan total  terhadap segala bentuk jahiliyyah zaman moden ini begitu menonjol  terutama tahun-tahun 1980-an dahulu dan sedikit sebanyak mengesani jiwa dan  pemikiran saya sehingga ke hari ini. Minat dan ketekunan saya membaca  risalah-risalah “Fikratuna” di Jalan Kent pada tahun 1980-an  adalah lantaran banyak berkisar kepada penekanan topik-topik di atas.

Apabila kali pertama saya menaiki pesawat untuk melanjutkan pelajaran ke  Australia pada tahun 1983, di antara bahan-bahan Islam yang saya bawa  bersama ialah kaset-kaset ceramah beliau di antaranya bertajuk ‘Tasawwur Aqidah‘.  Di zaman tersebut yang belum ada internet, kaset-kaset ceramah merupakan  salah satu bekalan ilmu, ruh dan semangat yang sangat penting.

Saya  (berbaju batik corak biru) menyampaikan takziah dan berbual dengan  Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin b. Abd Rahman (berdiri depan saya)  di MATRI, selepas pengkebumian Ustaz Dahlan.

Tahun 2010 ini sahaja menyaksikan pemergian ke rahmatullah dua pengasas jemaah dakwah di Malaysia iaitu Ustaz Ashari Muhammad (pengasas jemaah Global Ikhwan) dan Ustaz Dahlan Mohd Zain sendiri  (pengasas jemaah Haluan). Pengerusi penaja yang menubuhkan jemaah ABIM  pada 6 Ogos 1971, Ustaz Abdul Wahab Abdullah telah kembali ke  rahmatullah lebih awal lagi. Oleh itu dekad-dekad di hadapan menyaksikan  perjalanan jemaah-jemaah Islam di Malaysia tanpa pengasasnya, tetapi  sejauh atau sedekat mana jemaah itu bergerak di atas manhaj, ideologi  atau fikrah yang diasaskan oleh pengasas itu sendiri.

Saya  (kiri) bersama anak bongsu Al-Marhum (tengah) dan Ir. Zaizul Azizi,  Presiden PEMBINA ketika menziarahi para waris Al-Marhum di rumah mereka.

Al-Marhum dimasukkan ke hospital pada 8 Ogos lalu, 2 hari sebelum  bermula bulan puasa Ramadhan kerana sesak nafas dipercayai akibat  paru-paru berair. Al-Marhum sempat menjalani dialisis sebanyak 3 kali  sebelum keadaan beliau merosot diikuti kegagalan buah pinggang,  paru-paru berair dengan beberapa serangan jantung dan stroke  sebelum  pihak keluarga mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah pada  pagi Sabtu 18 September semalam. Kira-kira jam 9.55 pagi pada hari yang  sama, Ustaz Dahlan menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan  keluarga dan para pendakwah HALUAN yang giat bekerja demi Islam serta  masyarakat yang dibimbing olehnya, khususnya melalui pusat pendidikan  Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI), Tunjung, Perlis yang diasaskan beliau  bersama sahabat-sahabat seperjuangannya.

Ucapan saya kepada ahli-ahli waris Al-Marhum dan kepada ikhwah-ikhwah  di dalam Haluan adalah apa yang diajar oleh Allah swt melalui RasulNya  di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap   sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan   ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata).

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Raikan Aidilfitri mengikut sunnah
Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada sekalian muslimin dan muslimat. Di hari kemenangan dan kegembiraan ini  marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam  perjuangan. Sempena Aidil Fitri ini marilah kita melihat kembali beberapa petunjuk  Seerah mengenainya.

Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw  mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran,  lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di  dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya  Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang  lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (Riwayat Abu Daud).

Di Hari Raya, Nabi saw pergi ke tempat solat melalui satu jalan dan  kembali dengan melalui jalan yang lain (riwayat Abu Daud dari Ibnu  Umar). Berkata Ummu Atiyah ra bermaksud, “Rasulullah saw  mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat  solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari  tersebut) dan doa orang-orang Islam” … “wanita yang haid berada di  tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud).

Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu  Atiyah meminta di kalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan  pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh  sirap, memasang langsir, menyusun juadah dsb di pagi Raya janganlah  sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan  menikmati kelebihan-kelebihannya.

Solat Hari Raya Rasulullah saw dan para Sahabat ra adalah merupakan  perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan semua penduduk termasuk  semua wanita dan kanak-kanak tanpa kecuali. Ia hari kegembiraan bersama.  Wanita haid juga diminta ke tempat perhimpunan. Jika saiz masjid  terhad, maka dibuat di padang yang lapang, seperti di zaman Nabi saw.  Dengan ini kesemua mereka dapat menyaksikan kebesaran Dakwah ini dan  kebaikan untuk penganutnya. Doa diaminkan bersama oleh semua. Abu Hurairah ra ada meriwayatkan bahawa pernah berlaku hujan, maka Nabi saw dan para Sahabat ra bersolat Raya di dalam masjid (riwayat Abu Daud).

Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)”. Dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (subhanallah) dan Tahmid (alhamdulillah)“. Disunatkan menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibdah khusus seperti solat, zikir, tilawah dsb.

Bermaafan  di pagi Raya, terutama kepada ibu bapa adalah salah satu adat Melayu  yang terbaik dan menonjol berbanding dengan umat Islam yang lain. Islam  mengambil apa yang terbaik dari satu umat untuk dicontohi oleh umat yang  lain.

Di pagi  hari Raya Aidil Fitri, sunat menjamah makanan sebelum ke tempat solat  Raya Aidil Fitri, manakala sunat menjamah makanan selepas solat Raya  Aidil Adha. Nabi saw bersolat Raya tanpa azan, qamat, sunnah qabliah  mahupun sunnah bakdiah. Baginda saw bertakbir sebanyak 7 kali di rakaat  pertama dan 5 kali di rakaat kedua dalam solat Aidil Fitri. Abu Waqid  Al-Laithy ra berkata, “Nabi saw membaca  Qaaf Wal Quranum Majid dan Iqtarabatis sa’ah wan Syaqqal Qamar“.

Oleh kerana ia suatu perhimpunan tahunan terbesar, suara Nabi saw  terhad, maka selepas berkhutbah Nabi saw mengajak Bilal bin Rabah pergi  ke tempat kaum Muslimat dan memberikan kata-kata nasihat kepada mereka  pula. Di akhirnya Nabi saw mengajak kaum wanita bersedekah sempena Hari  Raya, lalu mereka berlumba-lumba bersedekah dengan wang dan perhiasan  yang dipakai dengan diletakkan di kain yang dihampar oleh Bilal.  Kemudian sedeqah tersebut dibahagikan kepada faqir miskin di situ.  Alangkah gembiranya mereka dapat bersedeqah di hadapan Rasulullah di  hari Raya. Alangkah gembiranya faqir miskin di situ yang menerimanya  untuk dibawa pulang seperti kanak-kanak Malaysia mendapat Duit Raya.

Alangkah  gembiranya berhari raya bersama ibu tercinta. Kenangan sejak kecil  hingga dewasa yang takkan dilupa. Terima kasih ibu. Jasamu membesar,  menyayangi dan mendidik anak-anak tidak mungkin dapat dibayar dengan  wang ringgit mereka. “Ya Allah, ampuni kami dan kedua orang tua kami. Rahmatilah mereka sepertimana mereka membesarkan kami sejak kami kecil” (Al-Quran).

Fenomena positif Hari Raya di Malaysia di antaranya ialah ziarah  menziarahi dan maaf bermaafan sesama sanak saudara dan masyarakat.  Anak-anak pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan saudara mara  mengeratkan lagi silaturrahim. Menziarahi tanah perkuburan, asalkan  dengan cara yang makthur (adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw)  mengingatkan kita kefanaan dunia dan kepalsuan godaannya. Menghiasi  rumah dengan sederhana, membuat rumah terbuka, mencari dan menghubungi  waris, sahabat handai dan teman lama dan apa sahaja yang boleh  mengeratkan Ukhuwwah Islamiah (kasih sayang sesama Islam) ketika dan  menjelang Hari Raya adalah sangat dialukan. Bagi pelajar dan mereka yang  berada di luar negara, menziarahi dan berkenalan dengan saudara seIslam  dari bangsa-bangsa yang lain seperti Arab, Indo-Paki, Bosnia dsb  merupakan salah satu hikmah Hari Raya yang utama.

Maksud hadis di atas, “Adalah para Sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka di  Hari Raya, mereka akan mengucapkan sesama mereka “Taqabbalallahu minna  wa minka” (Moga Allah menerima (ibadat yang dikerjakan) dari kami dan  dari anda)” (hadis yang sahih sanad-sanadnya pada Imam Al-Bany).

Fenomena negatif di Malaysia yang boleh diperbaiki lagi termasuk  sebahagian rancangan TV, samada nyanyian artis, tarian atau drama oleh  mereka yang mendedahkan aurat, bergaul bebas apatah lagi  ditontoni ramai, pembaziran dalam membuat persiapan terlalu berlebihan  dalam membakar bunga api, membeli pakaian, perhiasan dsb dengan  mencurahkan wang bukan kepada umat Islam.

Syawal datang selepas Ramadan.  Matlamat Ramadan adalah taqwa (surah Al-Baqarah). Adapun melabuhkan  tirai Ramadan dengan Syawal bersama-sama bentuk-bentuk yang bertentangan  dengan taqwa, jelas mensia-siakan hikmah puasa, tarawih dan tilawah  sepanjang Ramadan. Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril datang  kepada aku dan berkata (berdoa), jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang  sempat beramal di bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak diampunkan. Aku  (Nabi saw) berkata Ameen (perkenankanlah)” (Hadis).

Semoga Allah swt menanam ketaqwaan dan kegembiraan kepada kita dan  umat Islam sempena Aidil Fitri ini dan menunjukkan jalan petunjukNya.  Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Merebut Lailatul Qadar di 10 malam terakhir
“Di malam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran). Pernah di malam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke  langit dunia, Baitul Izzah. (Foto pertama bumi dari angkasa lepas oleh  Yuri Gagarin 1969).

Ramadan 1431H/2010M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin  menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya,  yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan  pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah  malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk  mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari  isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan  bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan  (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam  Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat  dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua  urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Di antara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di  malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat  Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri,  merancang untuk amalan diri, keluarga dan dakwah dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama di segi keyakinan,  kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalendar harian  agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu  semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

Memahami bahawa setinggi mana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita  di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah  kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran). Tiang kepada agama ialah solat.

Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk  Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan  AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 malam  terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak  memahaminya.

Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

Jika anda bekerja di bawah majikan, kenal pasti hari-hari yang akan  dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda  tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba beriktikaf di masjid  sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Jumaat 3 Sept hingga 5  Sept 2010.

Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau  assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir  Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan  mencari tiket nanti.

Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 malam terakhir,  agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli-belah, memasang langsir,  membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya  seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan  menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang  bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri  masing-masing. Madrasah 10 malam terakhir Ramadan yang bakal dilalui  boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani  ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh  rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Ramadan ISMA di bumi GAZA
Di antara hikmat Ramadan ialah berpuasa, bersedekah dan merasakan kepayahan hidup mereka yang miskin dan tidak bernasib baik. Oleh  kerana itu juga Zakat Fitrah difardhukan di dalam bulan ini menjelang  Aidil Fitri. Ia adalah manifestasi sifat rahmah umat Islam terhadap  golongan lain yang tidak seperti mereka. Bantuan dihulurkan agar  sebahagian umat Islam turut merasa gembira meraikan Hari Raya yang  mulia.

Kehadiran pimpinan pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di bulan  Ramadan ke bumi Gaza baru-baru ini bukan sahaja memberi bantuan barangan  makanan dan ubat-ubatan berjumlah USD150,000 kepada umat Islam  Palestin, namun hakikat yang lebih mendalam dari bantuan yang zahir itu  ialah kebersamaan dan persamaan ISMA dan rakyat  Malaysia itu sendiri bersama di dalam perjuangan umat Palestin dan dunia  Islam di seluruh aspek fikrah, ruh, hati dan jiwa. Rombongan pimpinan  pusat Ikatan Muslimin diketuai oleh Presiden sendiri, Ustaz Abdullah  Zaik Abdul Rahman bersama-sama dengan Timbalan Presiden, Abdul Rahman  Mohd Dali dan AJK Pusat, Zaim Shaari.

Presiden Ikatan Muslimin, Ustaz Abdullah Zaik bersama Perdana Menteri Palestin,  Al-Akh Al-Mujahid Ismail Haneeya.

Adalah tidak benar orang menyangka bahawa ISMA hanyalah  sekadar memberi tumpuan kepada ibadat khusus dan zikir seperti halnya  banyak tarikat-tarikat sufi. Para Sahabat r.a. tidak mengenali Islam  seperti bentuk itu. Akan tetapi mereka beriman kepada Islam sebagai  akidah dan ibadah, tanahair dan warganegara, akhlak dan material,  pengetahuan dan undang-undang, toleransi dan kekuatan.

Adalah tidak benar orang mengatakan bahawa ISMA tidak  mengendahkan tanahair dan kecintaan terhadapnya. Akan tetapi orang-orang  Islam adalah orang yang paling ikhlas terhadap tanahairnya dan paling  berkorban untuk memerdekakan tanahair-tanahair yang dijajah seperti  Palestin dan seumpamanya. Di kala ramai penyeru-penyeru kebangsaan hanya  terbatas dalam sempadan negaranya sahaja, ISMA percaya  sebagai suatu akidah yang tegas bahawa sebarang tolak ansur terhadap  penjajahan di mana-mana bahagian bumi dan tanahair Islam seperti Palestin  dan seumpamanya adalah merupakan satu jenayah yang tidak diampunkan  sehinggalah penjajah mengembalikannya kepada umat Islam.

Perdana  Menteri Palestin, Ismail Haneeya yang berpusat di Gaza, Palestin. Gaza  yang dikepung dan disekat telah menunjukkan kepada dunia dalam perang  tahun lalu bahawa umat Islam mampu mengalahkan Israel dan kuasa-kuasa besar dunia yang mendokongnya asalkan mereka berpegang teguh dengan  panduan Allah swt di dalam Al-Quran.

Tidak tepat mereka yang menyangka ISMA adalah pendakwah  yang malas dan cuai sedang mereka menyatakan bahawa seseorang Islam itu  sebenarnya mesti menjadi pemimpin dalam setiap perkara. Mereka tidak  redha melainkan memimpin, bekerja, berjihad dan kedepan dalam tiap  perkara termasuk ilmu, kekuatan, kesihatan dan material.

Adalah silap orang yang menyangka bahawa ISMA bekerja  untuk kepentingan diri sendiri akan tetapi mereka bekerja untuk matlamat  yang telah digariskan Allah swt. Matlamat mereka juga adalah demi  kepentingan Islam dan umat Islam di setiap zaman dan tempat.

Di atas kaedah-kaedah tetap dan ajaran-ajaran Islam yang mulia  tersebut, Allah swt mengajak kita bekerja, berlepas diri dari semua  fikrah dan ideologi yang tidak bertepatan, menafkahkan semua tenaga demi  akidah kita. Jika kita menyahutnya, maka ia adalah kebaikan untuk kita  di dunia dan akhirat. Allah akan memberi kejayaan kepada kita seperti  Dia telah memberi kejayaan kepada generasi-generasi Islam terawal.

Semoga Allah swt menerima ibadah kita di bulan yang mulia ini,  meringankan bebanan umat kita di serata pelusuk dunia dan mengembalikan  umat Islam yang lalai kepada ajaran-ajaranNya yang mulia. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku