|

Peka terhadap agenda Kristianisasi

BANGI, 30 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyeru umat Islam di negara ini supaya lebih peka terhadap agenda Kristianisasi seperti yang terkandung secara halus dalam kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia.

Dalam kenyataan bertarikh 18 Julai 2012 itu, pihak berkenaan meminta seluruh warga gereja dan Kristian supaya memilih kerajaan yang menjaga hak kebebasan beragama termasuk memberi hak sama rata dalam menyebarkan agama tanpa sebarang pembatasan.

“Sebagai umat Islam, kita perlu peka dan memahami maksud ini serta berjuang untuk meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya.

“Sebagaimana kita maklum Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana bumi ini adalah tapak untuk kita pertahankan dan menegakkan firman Allah bahawa satu-satunya agama yang diterima Allah adalah agama Islam,” jelas Ustaz Abdullah Zaik.

Tegas beliau, semua pihak perlu menghormati perlembagaan yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan di samping memberi hak kepada agama-agama lain untuk diamalkan.

Walaupun demikian, terdapat sekatan dalam menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam dan hal ini jelas memberi kelebihan dan perlindungan kepada agama Islam.

“Jika itu misi dan visi mereka di Malaysia ini, maka ia suatu yang bercanggah dengan apa yang saya sebutkan tadi, iaitu semangat perlembagaan dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” tambah Ustaz Abdullah Zaik.

18 Komen untuk entri “Peka terhadap agenda Kristianisasi”

  1. Umat Islam adalah umat majoriti di negara kita. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Makna ‘boleh diamalkan dengan aman dan damai’ ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan iaitu Islam.Diperkuatkan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam.Inilah kedudukan istimewa Islam yang cuba dicabar sekarang-

    #isu akidah dan kesucian agama Islam bukan isu yang perlu di'parti-politik'kan, ia isu ummat sejagat.
    #bila kekuatan tonggak dan majoriti bertelagah, musuh mudah mengatur langkah.

  2. Umat Islam adalah umat majoriti di negara kita. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Makna ‘boleh diamalkan dengan aman dan damai’ ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan iaitu Islam.Diperkuatkan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam.Inilah kedudukan istimewa Islam yang cuba dicabar sekarang-

    #isu akidah dan kesucian agama Islam bukan isu yang perlu di'parti-politik'kan, ia isu ummat sejagat.
    #bila kekuatan tonggak dan majoriti bertelagah, musuh mudah mengatur langkah.

  3. Mohd Luttfi says:

    Soalan-soalan yang memerlukan pencerahan dari anda semua:

    Kenapakah, bila setiap kali pemimpin-pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melukai dan menghiris perasaan umat Islam, pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah terkedu lidah dari memberi respon yang membahagiakan sanubari masyarakat Islam di Malaysia?

    Adakah demi menjaga keharmonian Tahaluf Siyasi dan mengekalkan momentum untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya , maka suara-suara yang mempertikaikan kebijaksanaan mengutamakan pihak yang bukan Islam dari bangsa seakidah sendiri perlu dibendung dan ditentang?

    Adakah juga, berstatuskan parti politik dan jamaah Islam tertua di Malaysia, PAS dapat menjamin kedaulatan Islam dapat dibela dan dipertahankan sambil diapit oleh tekanan dan bantahan rakan se tahaluf di sebelah kiri, tuntutan-tuntutan Kristianisasi dan Liberalisma di sebelah kanan manakala masa depan jatidiri Melayu Muslim bagai telur di hujung tanduk di tanahair sendiri?

  4. Helmi Hamid says:

    Masalah kristianisasi di Malaysia ini sebenarnya sudah lama berlaku dan meskipun ada sekatan dalam penyebaran agama kristian di Malaysia tetapi masalah itu tetap berlaku di Sabah dan Sarawak, saya melihat sendiri perkara tersebut berlaku di daerah saya..perlu maklum bahawa agenda kristianisasi di Sabah dan Sarawak itu banyak datangnya dari luar negara.
    Dan kini kita sendiri dapat melihat agenda kristianisasi yang halus datang pula dari dalam negara kita sendiri seperti dalam artikel di atas..
    saya menyeru agar rakyat peka dan peduli dan ambil tindakan akan perkara ini dan dapat berhati-hati memilih pemimpin wallahualam.

  5. Mat Jo says:

    UMNO pun kelu lidah bila MCA hina Islam.

  6. Sebab tu kita mintak UMNO dan PAS bersepakat dengan satu sama lain, bukannya dengan parti kafir.

  7. Selagi kedua-dua parti tu tak bersepakat dan lemah, selagi tu dua-dua parti kelu lidah bile MCA atau DAP hina Islam.

  8. Mohd Luttfi says:

    Kalau UMNO dan PAS masing-masing kelu lidah, pilihannya terletak pada umat Islam sendiri yang perlu membuat keputusan dan tindakan di luar kotak politik Malaysia dalam batas undang-undang. Buat berdemo bukan mengangkat senjata sudah tentu bukan melalui revolusi. Akan tetapi membina kembali jatidiri Muslim yang telah diabaikan dan mempelopori satu agenda transformasi Islam yang berakar umbi dari sejarah bangsa Melayu sendiri dengan menjadikan kedaulatan Islam sebagai fokusnya. Kita menantikan terbentuknya generasi Salahuddin al Ayyubi dan Muhammad al Abu Muhammad Al-Fateh!

  9. Mohd Luttfi says:

  10. Mohd Luttfi says:

  11. Mohd Luttfi says:

  12. Mohd Luttfi says:

  13. Mohd Luttfi says:

  14. Mohd Luttfi says:

    Muhammad Al fateh, bukan Abu Muhammad Al-Fateh (angkara Auto Correct ni)

  15. Mohd Luttfi says:

    Muhammad Al fateh, bukan Abu Muhammad Al-Fateh (angkara Auto Correct ni)

  16. Mohd Luttfi says:

    Muhammad Al fateh, bukan Abu Muhammad Al-Fateh (angkara Auto Correct ni)

  17. Mohd Luttfi says:

    Muhammad Al fateh, bukan Abu Muhammad Al-Fateh (angkara Auto Correct ni)

  18. Mohd Luttfi says: