Mesir benarkan rakyat Palestin masuk tanpa permit
Rakyat Palestin yang ingin memasuki negara Mesir kini tidak lagi perlu menunjukkan dokumen perjalanan dan visa seperti sebelum ini.
Dalam kejadian pada ada awal pagi Isnin, sekumpulan 7 orang rakyat Palestin dibenarkan masuk ke negara itu tanpa sebarang sekatan.
Menurut laporan media antarabangsa, peraturan baru itu membolehkan rakyat Palestin yang menetap di Palestin, termasuk di Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem memasuki negara Mesir.
Kejadian ini memberi petunjuk bahawa presiden baru Mesir bersungguh-sungguh mahu membantu jirannya yang disekat oleh Israel sejak 5 tahun lalu.
Walaubagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan berhubung peraturan baru itu.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Morsy telah memulakan langkah dalam mencapai persefahaman antara pihak Hamas dan Fatah.
Minggu lepas, Morsy telah bertemu dengan Mahmud Abbas dan Khalid Masy’al dalam siri pertemuan yang berasingan.
Pelbagai isu telah dibincangkan termasuklah bantuan minyak dan elektrik untuk rakyat Gaza dan hubungan dengan Israel.
Ketua pihak berkuasa Palestin, Mahmud Abbas berkata, pintu rundingan dengan Israel sudah ditutup.



alhamdulillah
Syabas….moga2 berterusan agar rakyat palestine tidak terkongkong dan terus terseksa. Amin….
Alhamdulilah. Tetapi terowong tetap dipelihara, supaya dapat digunakan semasa sesak dimasa hadap. Pandangan politik boleh berubah bila bila masa.