ASAC dedahkan ibu bapa kaedah didik anak menurut syariat
CHUKAI, 14 April – Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kemaman akan menganjurkan Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC) pada 28 April ini yang menyasarkan 200 orang peserta terdiri daripada ibu bapa dan golongan pendidik.
Seminar satu hari bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Kemaman dijangka mampu menarik perhatian masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti yang bakal diadakan.
ASAC akan menampilkan tiga orang penceramah yang berpengalaman iaitu Ustaz Rushdan Abdul Halim (Yang Dipertua ISMA Kuantan), Ustazah Nor Hayati Salleh (Ketua Wanita ISMA Kuantan) dan Dr Syarifah Karimah bt. Syed Muhammad, seorang pegawai perubatan lepasan Universiti Monash, Australia. Antara tajuk pembentangan yang menarik ialah seperti Kembara Sang Juara, Ummi.. Didiklah Anakmu dan juga Sayang Ayah Cinta Ibu.
Puan Norlydawati melahirkan harapan agar ASAC kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga daerah Kemaman.
Oleh: Mohd Johari Othman,
Wartawan ISMA



