Pengerusi Biro Dakwah ISMA ditimpa kemalangan
BANGI, 1 Februari - Presiden dan seluruh barisan Jawatankuasa Pusat ISMA mengucapkan takziah kepada Pengerusi Biro Dakwah ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah dan ahli keluarga beliau atas kemalangan yang menimpanya semalam.
Beliau mendapat kemalangan tersebut akibat dilanggar oleh sebuah kereta semasa menunggang motosikal di Ampangan, Seremban.
Ustaz Abdul Halim kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana mengalami pneumothorax (angin dalam selaput paru-paru) dan subcapsular hematoma pada hati (pendarahan selaput hati).
Beliau terpaksa bernafas menggunakan bantuan alat pernafasan kerana kekurangan oksigen disebabkan kecederaan yang dialami pada bahagian paru-paru tersebut.
Menurut Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, beliau dan seluruh ahli ISMA berkongsi kesedihan atas kemalangan yang telah menimpa Ustaz Abdul Halim yang di luar jangkaan semua.
“Kita berdoa agar beliau kembali sembuh serta menyerahkan kepada Allah agar memberi inayah dan penjagaan sepenuhnya kepada beliau dan keluarga beliau,” ujarnya lagi.




Semoga Allah menyelamatkan Ust Halim dan kembali sembuh segera. Seluruh warga ISMA mendoakan Ust. InsyaAllah.
Smg anak2 beliau terutamanya anak murid ana sendiri, sarah..tabah atas ujian ini
Semuga Allah sembohkan dan dapat berkhidmat pada agama lagi, InsyaAllah.
Semoga Allah segera pulihkan sejahteraan kesihatan beliau… Amin
semoga allah memudahkan urusan ust dan keluarga. ikhlas sy mndoakan.
Semoga ustaz sembuh segera………..
syafakallah ustaz
Kemalangan apa
[...] laman rasmi ISMA (Pusat), ismaweb.net, beliau mendapat kemalangan tersebut akibat dilanggar oleh sebuah kereta semasa menunggang [...]
Syafakallah Ust. Abdul Halim…