Awasi arus globalisasi liberal
Sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyyah Yahudi memperkudakan dunia barat untuk menghancurkan Islam dan menghalang kebangkitannya semula.
Pertembungan Islam dan Yahudi di akhir zaman adalah pertembungan survival; sama ada Islam yang syumul lenyap dan gagal menegakkan semula khalifah atau gerakan globalisasi liberalisma dan humanisma yang akan lenyap.
Demokrasi liberal adalah agenda Yahudi untuk menjamin talibarut-talibarut mereka mendapat kuasa politik di seluruh dunia termasuk dunia Islam. Sebab dalam sistem liberal semua orang mempunyai kebebasan hak untuk memilih dan dipilih.
Pembunuh, peminum arak, penzina, mengkufurkan Allah, mensyirikkan Allah tetap akan mendapat hak untuk berkuasa dan mengatur sistem hidup di dunia ini jika manusia menerima liberalisma politik melalui saluran demokrasi dan perjuangan human rights.
Gerakan Islam adalah gerakan yang meletakkan gerakan Yahudi sedunia sebagai musuh. Gerakan Islam tidak akan memberi ruang kepada agenda liberalisma barat mendapat tempat di bumi ini kerana agenda itu adalah agenda Iblis yang berusaha memalingkan umat manusia daripada agama tauhid.
Ahli politik Islam perlu berpandangan jauh, memahami agenda musuh bukan sekadar meletakkan matlamat mendapat kuasa politik yang dekat dengan menumpang arus globalisasi barat untuk kepentingan sendiri.
Jika disebabkan kesilapan percaturan membawa kepada arus globalisasi liberal makin berkuasa dan gerakan Islam menghadapi pertembungan sengit, maka kesilapan ini tidak boleh dimaafkan ummah.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Pengerusi Biro Baitul Muslim,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Renungan2u


[...] ISMAWeb CommentsPowered by Facebook [...]