Hanieyah: Lawatan yang berjaya
11 Januari 2012 - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh bersama delegasi kerajaan yang mengiringi beliau selamat pulang ke Semenanjung Gaza pada Selasa malam 2012/10/01, melalui pintu sempadan Rafah selepas mengadakan melawat rasmi ke negara-negara Arab dan Islam, bermula dari Mesir, Sudan, Tunisia dan Turki, berakhir dengan perjumpaan dengan Sheikh Azhar, Ahmed Al-Tayeb dan ulama-ulama Azhar di Kaherah.
Haniyeh menegaskan bahawa lawatan beliau benar-benar berjaya, terutamanya dalam memecahkan sekatan politik yang dikenakan ke atas kerajaan yang dipilih rakyat Palestin dan Semenanjung Gaza, walaupun terdapat usaha-usaha menyekat lawatan rasmi beliau tetapi tidak berjaya.
“Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa sentiasa hidup dalam hati sanubari saudara-saudara kita di semua negara yang kami ziarahi, Sheikh Al Azhar Ahmed Al-Tayeb sendiri telah berjanji akan mengadakan persidangan antarabangsa pertahanan Masjid Aqsa, dan kita akan dijemput menghadirinya, dan kita dapat melihat bagaimana mereka berperanan dan menjadikan isu ini – Aqsa, Palestin dan Gaza – keutamaan mereka, dan kamu semua rakyat Gaza menjadi contoh kesabaran apabila berdepan dengan kepungan”, tambah beliau lagi.
Kepulangan beliau disambut meriah, bermula dari sempadan Rafah bersama beberapa pegawai keselamatan dan datuk bandar Rafah, Mesir sebelum di sambut oleh rakyat Palestin sendiri di sepanjang jalan Syarie Salah Eddin.
Sumber: Aman Palestin



