Sertai Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Perak
Umat Islam khususnya mereka yang berada Perak dan kawasan berhampiran dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Peringkat Negeri Perak sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perjuangan membanteras gejala murtad di dalam masyarakat. Perhimpunan ini akan berlangsung pada 17 Disember 2011 (Sabtu), di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, bermula bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Hadirlah beramai-ramai bagi menzahirkan sokongan anda!


