Politik baru
Malaysia dijangka akan mencapai status negara maju dalam jangka masa 8 tahun dari sekarang. Visi yang diletakkan oleh Tun Mahathir ini telah menggerakkan negara ke arah satu matlamat tinggi yang dengan itu diharap bukan saja ekonomi negara akan menjadi lebih mampan tetapi masyarakat akan lebih matang. Pelbagai program transformasi telah dirancang bagi menaikkan ekonomi negara dan pendapatan rakyat.
Namun jika diteliti dari segi politik, saya melihat negara masih jauh dari target untuk mencapai kematangan. Kalau di negara-negara maju, kesilapan mana-mana ahli politik samada dalam skandal rasuah, seks atau salah guna kuasa, maka dengan sendirinya beliau akan berhenti tanpa menunggu kepimpinan membuat keputusan. Tetapi sebaliknya pula berlaku di negara ini di mana yang membuat salah atau yang dilihat membuat salah masih terus berkuasa dan mendapat keampunan pihak tertentu. Ini menjadikan rakyat begitu mual seolah-olah negara ketandusan manusia lain yang mampu untuk memimpin.
Begitu juga jika terdapat perbezaan antara parti dan pengikutnya maka yang menjadi mangsa adalah pengikut walaupun pengikut berada di pihak yang benar. Amat sukar untuk pimpinan parti menerima kritikan ahlinya secara objektf dan berlapang dada. Tetapi sebaliknya sesiapa yang memberikan pandangan yang berbeza maka ia akan dinyahkan dari parti, keburukan peribadi akan dijadikan tatapan masyarakat. Ia akan dihina dalam media-media utama seolah-olah tidak ada langsung kebaikan kepada mereka.
Yang anehnya ia bukan hanya berlaku kepada parti-parti tertentu tetapi juga berlaku kepada parti Islam. Lihat saja kepada apa yang berlaku kepada Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin. Pada satu ketika mereka berdua ditatang dan dijulang sebagai pemimpin masa depan PAS. Di mana saja mereka pergi puluhan ribu rakyat akan menghadirinya. Mereka berada di kedudukan yang tinggi dalam parti. Kehadiran mereka menyebabkan ramai golongan muda dan profesional menyertai parti, akhbar Harakah seperti pisang goreng panas yang menjadi rebutan rakyat.
Singkir
Tetapi kini, walaupun mereka memberikan pandangan yang ikhlas akan kedudukan parti yang sudah tersasar dari landasan asal namun mereka terus dihina dan ditentang oleh kawan dan lawan dalam parti. Mereka dianggap duri dalam daging, sebagai boneka lawan, kecewa kerana gagal memenangi apa-apa jawatan dalam parti, kecewa kerana mungkin tidak dicalonkan dan lain-lain lagi yang menunggu masa untuk didedahkan. Saya tidak menolak kemungkinan mereka berdua akan terus disingkir dari parti kerana desakan dari pihak-pihak tertentu membuatkan parti tidak ada pilihan lain. Amat malang jika ini berlaku kerana kedua-dua individu ini bukan saja berpendidikan tinggi, bijak malah mampu mampu membawa PAS ke tahap yang lebih tinggi.
Benarlah sebahagian orang berkata; politik itu kejam.
Visi 2020
Jadi apa sebenarnya yang ingin kita capai dalam Visi 2020? Apa maknanya ekonomi negara maju jika parti-parti politik dan pimpinannya masih berada pada tahap lama. Takut pada kritikan, tidak mahu mengaku kelemahan sendiri, kuasa menjadi gilaan dan rebutan, aib mengaibkan. Adakah dengan suasana seperti ini akan melahirkan politik yang matang? Di manakan kedudukan Islam ketika itu, adakah lebih terjaga atau dicairkan dengan pemikiran liberalism dan pluralism? Kalau ahli-ahli politik asyik bergaduh maka bila masa mereka akan berfikir tentang umat?
Malaysia benar-benar mendambakan budaya politik baru!
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung



Ana cukup setuju dengan kenyataan Timb Presiden ISMA yg amat kita kasihi. Budaya politik baru yg lebih matang dan sedia menerima teguran untuk kebaikan.Kalu adapun pengikut yang tidak selari dengan pendirian parti, maka ana amat berharap agar keaiban dan cerita2 kurang elok tidak menjadi tatapan umum.
saya kira ISMA mesti mengetuai perubahan ini.mungkin politik arus ketiga.
saya setuju. jika timbul isu atau luahan perasaan dari orang bukan Islam, bergegas-gegaslah sebahagian orang Islam untuk memberi penjelasan dan membetulkan keadaan hanya kerana tidak mahu orang bukan Islam terguris hati dan benci pada Islam. namun, jika ada sedikit teguran dari umat Islam sendiri yang menegur terus dihentam dengan cacian dan tuduhan yang bermacam-macam walhal nasihat itu ditujukan untuk kebaikan. sedar atau tidak sebenarnya tindakan tersebut telah memburukkan imej Islam lagi di hadapan orang bukan Islam.
TAZKIRAH UMUM: kita seharusnya mengkaji dgn lebih mendalam sebelum membuat komen…. kerana pulut santan binasa. kerana mulut badan binasa.
Too early to commend Tun Mahathir…he can be judged only by the attatinment of his vision in 2020. So far as a nation we are still far-far-far away from achieving the vision.
politik baru…kuasa ketiga (3rd force)…sudah agak lama diperkata…yg belum kelihatan ialah suatu gerakan yg menjuarai politik baru, yg mampu meraih sokongan massa…yg mampu dan meyakinkan semua akan kebolehan mengemukakan penyelesaian2 (solutions).
inilah contoh kepada senario POLITIKUS islam tak tahu bezakan demokrasi bebas dan demokrasi Islam. POLITIKUS islam tak tahu apa yang hendak diberikan kepada islam dan masyarakatnya. POLITIKUS islam terlebih menggunakan emosi berbanding strategi yang berasaskan ilmu. ia juga contoh kepada dunia politik yang dieksploitasi oleh politikus.
Hujah Dan huraian yang kurang matang Dan amat mendatar dalam memahami situasi POLITIK negara ini. Harus lebih bersifat fakta Dan hujah yang lebih bersifat analysis sebelum membuat komen terhadap mana- mana pihak. Saya cadangkan TIMB Pres ISMA perlu banyak baca tentang POLITIK semasa serta melihat secara lebih komprehensif arah tuju Dan rentak Bicara POLITIK Negara ini – apa pendirian ISMA secara jelas dalam situasi yg sedia Ada.